Pages

Tuesday, February 21, 2012

Gagal tidur angkara syaitan

Pengerusi darulsyifa

KOTA BHARU - Pakar Perubatan Islam tidak menolak penyakit misteri yang dialami seorang pemuda sehingga gagal melelapkan mata sejak lapan tahun lalu disebabkan sihir ataupun saka.

Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, hanya dua faktor berkenaan yang biasa mempengaruhi individu terlibat di mana kedua- duanya adalah angkara syaitan.

“Penyakit yang dialami pemuda berkenaan berpeluang untuk sembuh kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita berusaha dan berikhtiar serta lakukan rawatan secara konsisten,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zaki berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyakit misteri yang dihadapi seorang pemuda dari Tok’ Uban, Pasir Mas, Ziyan, 26.

Zaki berkata, pihaknya sedia membantu dan percaya akan dapat mengembalikan pemuda berkenaan kepada kehidupan normal seperti manusia lain.

“Saya belum melihat kes ini, dan hanya membaca berita yang disiarkan akhbar ini, namun saya yakin dengan izin Allah dia dapat disembuhka. Saya pernah mengubati pesakit yang tidak dapat tidur selama 14 tahun, dan alhamdulillah selepas lima bulan menerima rawatan, dia kembali menjalani hidup dengan normal,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk membantu pemuda berkenaan dan yakin turut menceritakan pengalamannya mengubati penyakit seumpama ini.

Menurutnya, Ziyan mungkin boleh mengunjungi Pusat Rawatan Darussyifa’ cawangan Pasir Mas yang terletak di Surau Taman Mekasar pada setiap Sabtu antara 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi membolehkan pihaknya membantu.

“Rawatan di rumah juga akan dilakukan, bagi memastikan kawasan rumah juga bebas daripada perkara- perkara yang boleh mengundang semula penyakit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian semalam melaporkan penderitaan dialami Ziyan, yang disyaki disihir sejak berusia 18 tahun sehingga mengubah sebahagian besar kehidupan dan perangainya.Gagal tidur angkara syaitan - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

1 comment:

noorherdayu safina said...

salam disini saya ada satu kisah yang masih lagi terjadi pada suami saya,boleh dikatakan hampir tiga tahun dia dapat satu penyakit yang pelik dia selalu tertarik seperti orang kena sawan apabila makan ubat yang diberi doktor pun masih sama juga keadaanya,sumi saya bagitahu pd saya seandainya (sawan) itu nak jadi dia cuba bkak ayat ayat alquran dlm handphone dia x jadi nak (sawan),