LONDON - Britain dan Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel membatalkan tindakan ketenteraan terhadap Iran dan program nuklearnya selepas mengetahui kapal perang Iran sedang melalui Terusan Suez untuk berlabuh di pelabuhan Tartous yang mengundang ketegangan di rantau ini.
Ketua turus tentera AS, Martin Dempsey dan Setiausaha Kementerian Luar Britain, William Hague, menegaskan serangan rejim terhadap Iran bakal mewujudkan ketidakstabilan di rantau itu namun menggesa Israel membanyakkan sekatan antarabangsa terhadap Teheran.
Kelmarin, Dempsey turut menyatakan tindakan Israel adalah tidak cermat dan Hague pula menyindir rejim itu sebagai kurang bijak.
Dempsey menyuarakan kebimbangan terhadap serangan rejim bakal mencetuskan serangan balas ke atas sasaran AS di teluk atau Afghanistan yang menempatkan pasukan tentera negara barat itu.
“Persoalan itu yang sedang bergelut pada fikiran kami dan melihat ianya amat kurang bijak pada ketika ini,” kata Dempsey.
Dempsey yang menggambarkan Iran sebagai pelakon rasional percaya sekatan-sekatan antarabangsa ke atas negara itu yang ditumpukan kepada hubungan diplomatik membuahkan hasil.
“Saya rasa Israel perlu menggunakan kaedah sekatan ekonomi dan tekanan diplomatik dan menunjukkan kesediaan berunding dengan Iran,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment