Pages

Tuesday, June 14, 2011

Penerbangan terjejas lagi dek debu

MALAP: Pemandangan di pusat peranginan San Martin de Los Andes, di kawasan pergunungan Patagonia, Argentina, yang diselubungi debu tebal ekoran letupan gunung berapi di Chile, kelmarin. -- Foto REUTERS


LETUPAN GUNUNG BERAPI CHILE
Khidmat di New Zealand dan Australia dibatal buat hari kedua
WELLINGTON: Awan debu dari gunung berapi di Chile yang meletus menjejas penerbangan di New Zealand dan Australia buat hari kedua semalam.Syarikat penerbangan Australia, Qantas, berkata semua penerbangan dari dan ke pulau selatan Tasmania serta New Zealand telah dibatalkan.Tiga penerbangan Qantas ke Buenos Aires di Argentina dan Los Angeles di Amerika Syarikat juga dibatalkan.Namun, semua penerbangan dari dan ke Melbourne, Australia, disambung semula semalam.Sebanyak 110 penerbangan Qantas dibatalkan kelmarin dan semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 penumpang terkandas.Lagi 12,000 penumpang penerbangan tambang murah Jetstar turut terjejas ekoran pembatalan serupa.'Ini berdasarkan piawaian keselamatan kami. Menjadi dasar syarikat Qantas bahawa kami tidak akan beroperasi jika ada awan debu,' kata jurucakap Qantas, Cik Olivia Wirth.Semalam, syarikat penerbangan Virgin Australia berkata selamat untuk menyambung penerbangan ke Melbourne, Tasmania dan New Zealand, sambil menarik perhatian pesawatnya akan memesongkan laluan penerbangan atau mengalihkan ketinggian penerbangannya bagi memastikan pesawat melalui kawasan bebas debu.Negara-negara di Amerika Selatan, seperti Chile, Argentina, Uruguay dan Brazil, tidak dapat meneruskan penerbangan sejak beberapa hari lalu berikutan letusan gunung berapi di Chile itu mulai 4 Jun lalu.Amaran dan gangguan penerbangan itu terjadi 14 bulan selepas penerbangan di seluruh Eropah dihentikan akibat letupan gunung berapi Iceland, Eyjafjallajokull.Apabila gunung berapi tersebut meletus, lebih 100,000 penerbangan terpaksa dibatalkan di benua itu.Penguasa Penerbangan Awam (CAA) New Zealand berkata kepulan debu menyelubungi seluruh ruang udara negara itu semalam dan keadaan itu dijangka kekal sepanjang 24 jam mendatang.Bagaimanapun jurucakap CAA, Encik Bill Sommer, berkata pihaknya percaya adalah selamat bagi pesawat membuat penerbangan di bawah kepulan awan debu itu.Namun, keputusan membatalkan atau tidak penerbangan terletak pada syarikat penerbangan sendiri.Syarikat penerbangan Air New Zealand berkata ia telah meneruskan 473 penerbangan kelmarin dan membawa lebih 26,500 penumpang, selepas membuat penyesuaian pada laluan penerbangan.'Memang lebih mudah membatalkan saja penerbangan, tetapi kami telah berusaha keras untuk mengubah laluan penerbangan bagi membawa penumpang kami selamat ke destinasi mereka,' kata juruterbang Air New Zealand, Kapten David Morgan.Menurut beliau, laluan alternatif itu bermakna pesawatnya terpaksa menggunakan 10 peratus lebih banyak minyak. -- AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: