STOCKHOLM - Seorang ibu berusia 56 tahun di Sweden, Eva Ottoson bakal menjadi wanita pertama di dunia yang menjalani pembedahan pemindahan rahim untuk diberikan kepada anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu berharap anak perempuannya, Sara Ottoson, 25 yang dilahirkan tanpa organ reproduksi dapat hamil dengan menggunakan rahim ibunya.
"Saya seorang guru biologi dan tiada masalah menerima hakikat bahawa saya akan mengandungkan anak dengan menggunakan rahim sama yang pernah saya diami," kata Sara.
"Saya lebih memikirkan tentang ibu saya yang akan menjalani pembedahan yang serius," tambahnya.
Pasangan anak beranak itu dilaporkan akan menjalani pembedahan tersebut di Hospital Universiti Sahlgrenska, Sweden pada musim bunga tahun depan.
Sekiranya pembedahan itu berjaya, Sara dibenarkan untuk mengandung dengan menggunakan kaedah permanian berhadas selepas setahun. - Agensi
No comments:
Post a Comment