Pages

Tuesday, June 14, 2011

Israel siasat kes kecurian enjin pesawat

TEL AVIV: Polis tentera Israel semalam membuka siasatan terhadap kehilangan bahagian pesawat, kata jurucakap tanpa mengesahkan laporan media mengenai kecurian lapan enjin jet pejuang.

“Polis tentera membuka siasatan terhadap perkara itu,” katanya memberitahu AFP tanpa memberi sebarang maklumat atau mengesahkan laporan kecurian dari pangkalan udara Tel Nof dekat Tel Aviv.

Pegawai tentera udara yang dipetik akhbar Maariv berkata bahagian yang dicuri adalah lapan enjin dari jet pejuang F-15 dan F-16 dari pangkalan udara Tel Nof.
Mereka berkata ia tidak jelas bagaimana kecurian berlaku tetapi bahagian yang dicuri itu tidak lagi boleh digunakan dan kemungkinan dicuri kerana nilainya sebagai besi terpakai, kata akhbar itu.

Penyiasatan yang dipetik akhbar itu berkata setiap enjin dengan berat beberapa tan dan cara dibawa keluar hanyalah menggunakan trak yang besar dan mencetuskan spekulasi pencuri mendapat bantuan orang dalam pangkalan itu.

Pegawai tentera yang dipetik akhbar HaYom menjelaskan perbuatan itu sebagai sangat serius. – AFP
Berita Harian Online | Israel siasat kes kecurian enjin pesawat

No comments: