Pages

Monday, June 13, 2011

Ibu rayu anak pulang




KOTA BHARU- Seorang ibu kini bersedih dan merayu supaya anak perempuannya kembali dengan selamat ke pangkuannya selepas hampir seminggu tidak pulang ke rumahnya di Meranti, Pasir Mas.

Khatijah Adam, 48, bimbang kerana anaknya, Rafidah Abdul Halim, 22, menghilangkan diri sejak Rabu lalu selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Long Yunus dekat sini dengan menaiki motosikal jenis Ego dengan nombor pendaftaran DBN 9180.

Khatijah berkata, anaknya yang bekerja sebagai kerani di sebuah premis membaiki kenderaan itu keluar bekerja pada jam 8 pagi dan kebiasaannya akan pulang kira-kira jam 6 petang setelah selesai kerja.

”Sebelum hilang dia ada menghubungi memberitahu mahu membaiki motosikal tetapi pada lewat petangnya dia masih belum juga pulang.

”Selang beberapa jam kemudian dia menelefon lagi memberitahu tidak dapat pulang kerana lampu motosikalnya pula yang rosak dan perlu dibaiki, tetapi setelah menunggu hingga ke malam dia masih belum balik, saya semakin bimbang dan sudah beberapa malam tidak dapat melelapkan mata,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Khatijah berkata, ahli keluarga tidak akan memarahinya tetapi memintanya supaya pulang segera kerana terlalu bimbang dengan keselamatannya dan semua merinduinya.

Sementara itu, saudaranya, Che Museh@Mazni Awang berkata, anak sepupunya itu belum pernah tidak pulang dan dia sangat bimbang kerana sekarang banyak kejadian buruk dilaporkan media.

Katanya, beberapa hari lalu, Rafidah ada menelefon saudaranya yang berada di Seremban untuk meminta sejumlah wang supaya dimasukkan ke dalam akaunnya tetapi sejurus itu dia gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

”Saya juga dimaklumkan dia ada pinjam kira-kira RM1,000 daripada kawan-kawannya dan kehilangannya ini berlaku selepas Rafidah pulang dari kenduri kahwin di Kuala Lumpur tetapi mengejutkan kerana didapati dia tidak menghadiri kenduri tersebut.

”Kami sudah puas berikhtiar termasuk melakukan solat hajat dan juga mencarinya di sekitar kawasan tetapi menemui jalan buntu. Saya berharap sesiapa yang mengenalinya serta mempunyai maklumat supaya dapat menghubungi di talian 0199670698,” katanya.
SH

No comments: