Ah Kaw (kiri) menunjukkan ular aneh yang ditangkapnya di Nibong Tebal, kelmarin.
PARIT BUNTAR - Pekerja kolam udang yang sedang membersihkan kolam terkejut apabila menemui seekor ular aneh di tepi kolam itu di Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.
Berikutan itu, seorang anggota Bomba Sukarela Parit Buntar dipanggil untuk menangkap reptilia tersebut kerana bimbang spesies ular yang tidak dikenal pasti itu berbisa.
Reptilia bertubuh lembik seberat 10 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan pekerja kolam berkenaan kerana bentuk muka menyerupai belut.
Anggota bomba sukarela dikenali Ah Kaw berkata, reptilia itu ditemui berendam di tepi kolam udang dan mudah ditangkap.
“Saya tidak pasti ular itu jenis apa kerana badanya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu kasar seperti kulit biawak.
“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu,” katanya semasa ditemui Sinar Harian di Balai Bomba Parit Buntar di sini kelmarin.
Ah Kaw berkata, dia pelik dengan haiwan itu kerana tidak agresif seperti ular lain semasa ditangkap.
“Kami dimaklumkan ia sejenis ular air dan dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni,” katanya.
Berdasarkan bentuknya, s spesies ini dikenali sebagai ular belalai gajah (elephant trunk snake).

No comments:
Post a Comment