Pages

Sunday, February 19, 2012

Warga Maghribi ditahan cuba letup bangunan Capitol

WASHINGTON: Seorang imigran Maghribi ditahan, semalam apabila dia cuba melakukan pengeboman berani mati di bangunan Capitol di sini, dalam operasi rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kata pegawai kerajaan.
FBI berkata, operasi rahsia itu sebagai sebahagian penyiasatan keganasan jangka panjang dan suspek ditahan beberapa blok dari bangunan Capitol ketika dia cuba meletupkan bahan letupan yang disembunyikan dalam anak baju dipakainya. “Pihak berkuasa berjaya merampas dan menghapuskan bahan letupan dan senjata automatik yang dimiliki suspek,” kata kenyataan dikeluarkan FBI.

Jabatan Kehakiman mengenal pasti identiti suspek sebagai Amine El-Khalifi, 29, imigran dari Maghribi yang tinggal di Virginia secara haram. “Amine didapati cuba meletupkan dirinya di bangunan Capitol,” kata pendakwa raya, Neil MacBride dalam satu kenyataan jabatan itu. “Dia dipercayai mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan merancang untuk melakukan pengeboman itu mengikut kaedahnya tersendiri,” kata kenyataan itu. - AFP

No comments: