LOS ANGELES 18 Feb. - Barisan pelakon utama filem Transformers 3: Dark of the Moon termasuk Josh Duhamel, Shia LaBeouf dan Rosie Huntington-Whiteley dilaporkan tidak akan membintangi semula filem terbaru itu.
Duhamel berkata, dia tidak fikir semua pelakon terbabit akan kembali membintangi filem tersebut.
''Saya tahu LaBeouf tidak akan melakukannya. Saya tidak rasa Tyrese Gibson atau Huntington-Whiteley akan melakukannya juga.
''Setiap kali filem seumpama ini mendapat sambutan, mereka akan membuatnya sebanyak mungkin,'' katanya kepada rancangan televisyen, E! News.
Dia berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai perkembangan filem Transformersterbaru arahan Michael Bay. - Agensi
No comments:
Post a Comment