Pages

Friday, February 10, 2012

Pemberontak perlu senjata



TIGA mayat pemberontak yang didakwa dibunuh oleh tentera Syria dibawa ke atas kenderaan untuk dikebumikan di daerah masyarakat Sunnah di Bab Amro, bandar Homs, kelmarin. – REUTERS


WASHINGTON 9 Feb. – Pemberontak di Syria berkata, mereka bukan mengharapkan bantuan tentera asing tetapi memerlukan lebih banyak senjata untuk dibekalkan kepada puluhan ribu pejuang termasuk askar rejim yang berpaling tadah bagi menewaskan ‘jentera maut’ Presiden Bashar al-Assad.

Rayuan bantuan daripada pemberontak itu disuarakan ketika tentera rejim Assad terus membedil bandar raya Homs di Syria, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam serangan terbaru hari ini.

Para komander yang beroperasi di bawah Tentera Syria Bebas (FSA) berkata, Amerika Syarikat (AS) terutamanya patut mengambil dasar lebih keras terhadap Assad dan mencari jalan untuk menyalurkan senjata api, pelancar roket dan senjata berat yang lain kepada pemberontak.

Mereka membuat seruan itu dalam siaran secara langsung menerusi laman web dari beberapa lokasi rahsia di sekitar Damsyik dan disiarkan di ibu negara AS ini, semalam.

“Perkara utama ialah bantuan bekalan lojistik kerana kami mampu meneruskan perjuangan ini sendiri, kami tidak meminta bantuan askar asing,” kata komander yang dikenali dengan nama Mohammad kepada kira-kira 50 orang termasuk wartawan dan pakar Asia Barat yang berkumpul untuk menonton siaran itu di pejabat sebuah badan penganalisis keselamatan negara.

Kata Mohammad, pemberontak memerlukan sokongan ketenteraan dan bantuan bekalan kerana ‘bilangan kami mencukupi, cuma kami tidak memiliki senjata’.

“Kami berdepan dengan jentera maut paling kejam di dunia, dan pemberontak hanya menggunakan senjata ringan untuk bertempur dengan kereta kebal,” katanya.

Kelmarin, Senator Republikan, John McCain berkata, masanya telah tiba untuk menimbangkan langkah membekalkan senjata kepada penentang rejim Assad kerana hampir segala usaha diplomasi sudah menemui jalan buntu.

Bagaimanapun White House dan Jabatan Negara AS menyambut dingin cadangan McCain itu.

“Kami belum menimbangkan langkah itu buat masa ini,” kata jurucakap Presiden Barack Obama, Jay Carney.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland pula berkata, menyalurkan lebih banyak senjata ke Syria bukanlah jawapannya. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: