Pages

Wednesday, June 15, 2011

Tunisia bicarakan mantan presiden 20 Jun

TUNIS: Perbicaraan terhadap bekas Presiden Tunisia, Encik Zine el Abidine Ben Ali, yang kini dalam buangan di Arab Saudi akan dimulakan pada 20 Jun ini.

Perdana Menteri sementara Tunisia, Encik Beji Caid Essebsi, semalam memberitahu saluran televisyen Al-Jazeera, Encik Ben Ali dan sekutunya akan berdepan dengan lebih 90 pertuduhan.
Setakat ini, kerajaan Arab Saudi tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan Tunisia bagi menyerahkan bekas presiden itu kembali untuk menghadapi perbicaraan berkenaan.Encik Ben Ali telah melarikan diri dari Tunisia pada Januari lalu menyusuli bantahan rakyat ke atas pemerintahannya selama 23 tahun.Menurut anggota keluarganya, Encik Ben Ali telah mengalami serangan angin ahmar pada Februari lalu dan sejak itu tidak pernah muncul di khalayak ramai.Pihak berkuasa baru Tunisia berkata pihaknya akan membicarakan Encik Ben Ali dan isterinya, Cik Leila Trabelsi, atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan dadah dan senjata, walaupun mereka gagal hadir di mahkamah.Sebelum ini, pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai bernilai AS$27 juta ($33 juta), senjata dan dadah seberat hampir dua kilogram di istana Presiden.Pihak berkuasa juga akan menyiasat dakwaan pembunuhan, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram serta penyeludupan artifak purba.Satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu oleh peguam Encik Ben Ali, Encik Jean-Yves Le Borgne, mengecam siasatan dan perbicaraan yang bakal diadakan itu.'Perbicaraan yang bakal diadakan di Tunisia terhadapnya hanya sandiwara semata-mata, yang bertujuan memutuskan secara simbolik pertalian dengan masa lampau,' kata Encik Le Borgne.Sebelum ini, Encik Ben Ali berkata beliau tidak mempunyai aset atau hartanah di Perancis atau di negara luar lain.Namun, beberapa negara Eropah berkata mereka telah membekukan aset yang dimiliki Encik Ben Ali dan sekutunya. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: