Pages

Wednesday, June 15, 2011

Serah teman wanita dirogol bergilir-gilir

Dua beradik ditahan dalam serbuan di Taman Perling

JOHOR BAHRU: Seorang pemuda merogol teman wanitanya sebelum menyerahkan mangsa untuk dirogol secara bergilir-gilir oleh adiknya dan seorang rakan mereka dalam kejadian di pinggir bandar ini minggu lalu, ditahan polis di flet sewaan dekat Taman Perling di sini, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit masing-masing berusia 24 dan 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, yang menyerbu flat yang terletak di tingkat empat perumahan dekat Jalan Camar 14, Taman Perling, kira-kira jam 10.30 malam.
Ketika serbuan, dua beradik terbabit yang dikatakan sedang memasak, cuba menyembunyikan diri tetapi tidak berhasil kerana polis sudah mengenal pasti kedudukan mereka di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, berkata kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis juga sudah mengenal pasti identiti dan sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol terbabit,” katanya.

Difahamkan, dalam serbuan itu, polis merampas tilam, bantal, cadar serta pakaian dalam dua beradik terbabit untuk ujian forensik bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dua beradik terbabit yang berasal dari Kota Tinggi, dikatakan menyewa flet berkenaan berikutan bekerja di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Pasir Gudang itu, menjadi mangsa rogol selepas keluar bersiar-siar dengan membonceng motosikal teman lelakinya, sebelum dipujuk datang ke rumah suspek.

Setibanya di flet sewaan teman lelakinya, gadis itu dipaksa masuk ke dalam bilik suspek sebelum diarah menanggalkan pakaiannya.

Remaja berkenaan pada mulanya enggan mengikut arahan suspek terpaksa akur kerana ketakutan apabila suspek memaksa dan mengugut akan mencederakan serta meninggalkan mangsa sekiranya tidak mahu mengikut kehendaknya.

Suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak tiga kali sebelum mangsa diserahkan kepada adiknya dan seorang lagi rakan mereka yang menunggu untuk melakukan perbuatan sama secara bergilir-gilir.

Selepas dikurung dalam bilik berkenaan beberapa jam, teman lelaki mangsa kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta pada jam 1 pagi pada Jumaat.

Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibunya sebelum dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang.
Berita Harian Online | Serah teman wanita dirogol bergilir-gilir

No comments: