“Saya menghias katil dan telefon berbentuk burger dan keju. Motosikal saya juga digelar Hamburger Harley kerana dihiasi dengan kentang bersama sos tomato,” katanya.
Katil dan bilik beliau juga dihias menggunakan konsep burger dan makanan ringan lain.
Sperl bersama Hamberger Harley di rumahnya. |
Harry Sperl, 57, mengumpul koleksi Burgerbilia selama 23 tahun sebelum dipamerkan di rumahnya di Daytona Beach, Florida.
Menurutnya, terdapat lebih 1,000 cendera hati dan hiasan dalaman berkonsepkan burger.
“Walaupun dilahirkan di Wettenberg, Jerman, makanan penduduk AS itu amat sebati dengan diri saya,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, kini beliau terpaksa mengurangkan pengambilan burger kerana mengalami masalah kolesterol.
“Masalah kolesterol bukan penghalang untuk saya berhenti menikmati burger. Saya hanya mengurangkan tabiat pengambilan burger iaitu hanya tiga kali sehari,” katanya dipetik dari laporan DailyMail
No comments:
Post a Comment