Sania dan Mohammad ketika ditemui wartawan di rumah mereka di Muzaffarabad. - Foto AFP
Remaja tidak minat kahwin diatur keluarga
Muzaffarabad: Percintaan melalui dunia maya atau online kini menjadi fenomena baru di Pakistan dengan lebih 2.1 juta penduduknya mempunyai akses untuk melayari internet.
Profesor sosiologi di Universiti Quaid-e-Azam, di Islamabad, Profesor Mohammad Zaman berkata walaupun perangkaan itu terlalu kecil berbanding 180 juta penduduk Pakistan, perkahwinan yang diatur keluarga kini semakin tidak diminati.
Keluarga paksa saya kembali ke kampung dan bercerai, tetapi saya enggan," Sania, pelajar
“Perkahwinan hasil perhubungan di internet adalah aliran baru di Pakistan. Perkembangan teknologi semakin meningkat di negara ini dan perkara yang secara tradisinya menjadi larangan kini semakin pudar.
“Melalui dunia maya, lelaki dan wanita boleh bertukar maklumat peribadi dan bertukar gambar, perkara yang dilarang keras di dalam masyarakat tradisional negara itu. Internet mengubah cara golongan muda berfikir,” katanya.
Layari laman sembang
Seorang pelajar di Rawalpindi dikenali sebagai Sania, 22, masih belajar di sekolah menengah apabila beliau melayari laman sembang dan berkenalan dengan seorang pelajar kolej Mohammad. Mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin.
Bagaimanapun bagi bapanya yang bekerja sebagai pemandu trak, percintaan dan hasratnya untuk berkahwin dengan Mohammad memberi malu besar kepadanya.
Sania dianggap mencemar maruah ibu bapa dan keluarganya kerana memilih jodohnya sendiri dan berkahwin atas dasar cinta.
“Tiada sesiapa di dalam keluarga saya berkahwin dengan orang luar dari daerah kami. Ia adalah satu tradisi,” katanya.
Selama beberapa tahun mereka meminta izin daripada keluarga masing-masing untuk berkahwin tetapi ditolak. Berikutan itu Sania nekad melarikan diri ke Muzaffarabad.
Keluarga enggan terima
Di sana, Mohammad menemuinya dan mereka berkahwin pada hari itu juga. Keluarga Mohammad menerimanya, tetapi keluarga Sania sendiri enggan menerima.
Selepas dua tahun berkahwin, mereka terus hidup di dalam ketakutan.
“Dua kali saya keluarga saya datang dan memaksa saya kembali ke kampung dan bercerai dengan suami tetapi saya enggan. Saya berjaya melarikan diri,” katanya.
Kini Sania dan suaminya sudah berpindah ke rumah satu bilik di sebuah kawasan setinggan, menukar nombor telefon dan tidak berani keluar ke bandar.
“Keluarga saya mengugut akan membunuh saya jika ada peluang,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment