Pages

Wednesday, July 4, 2012

Wakil khas ICC kembali ke Belanda

Wakil khas ICC kembali ke Belanda
Dua daripada wakil khas ICC sampai ke Belanda, semalam
AMSTERDAM - Empat wakil Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang ditahan di Libya empat bulan lalu, selepas melawat anak bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam, tiba di Belanda, semalam.
Jurucakap ICC, Fadi El-Abdallah mengesahkan kesemua wakil khas itu masih belum terjamin keselamatan kerana akan dipanggil ke Mahkamah Libya bagi melengkapkan proses penghakiman.
Menurutnya, empat wakil khas yang bertugas di ICC berpangkalan di Hague itu tiba di Belanda awal pagi semalam tetapi enggan mendedahkan lokasi pendaratan pesawat mereka.
"Mereka dibebaskan oleh kumpulan militan berpangkalan di bandar Zintan, kesemua mereka selamat dan akan bertemu semula dengan keluarga masing-masing dalam masa terdekat ini," katanya.
Terdahulu, wakil-wakil khas itu diterbangkan ke Rom dengan sebuah pesawat yang ditaja kerajaan Itali sebelum menggunakan perkhidmatan penerbangan berbayar.
Wakil-wakil khas ICC termasuk peguam Australia, Melinda Taylor ditahan di bandar Zintan, barat daya Tripoli sejak 7 Jun lalu selepas menghulurkan bantuan bagi persiapan mempertahankan anak lelaki Muammar Gaddafi.

No comments: