Pages

Thursday, May 10, 2012

Bencana jika tahanan mati

myMetro | Bencana jika tahanan mati:

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memberi amaran, kematian mana-mana tahanan Palestin yang mogok lapar di penjara Israel akan menjadi satu bencana yang mungkin mencetuskan tindak balas yang tidak dapat dikawal.
“Ia amat berbahaya, kata Mahmoud ketika Pertubuhan Palang Merah mendesak rejim Zionis memindahkan enam tahanan yang dikatakan di ambang kematian ke hospital.

“Jika ada tahanan yang mati hari ini atau esok atau minggu depan, ia akan menjadi satu bencana dan tidak ada orang yang dapat mengawal keadaan itu,” kata pemimpin Palestin itu ketika diwawancara di pejabatnya di Ramallah.
“Saya memberitahu Israel dan Amerika Syarikat, jika mereka tidak mendapat mencari penyelesaian untuk mengakhiri mogok lapar ini serta-merta, bermakna mereka melakukan jenayah.” Kira-kira 1,600 daripada 4,800 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar pada 17 April lalu, menyertai beberapa rakan mereka yang memulakannya lebih awal, sebagai membantah layanan buruk di penjara Israel dan menuntut ditamatkan pengurungan seorang diri serta membenarkan lebih banyak kunjungan dari anggota keluarga.

Tahanan itu, termasuk aktivis Islam dari Hamas dan Jihad Islam serta anggota Fatah yang diketuai Mahmoud.

Nasib mereka yang mogok lapar mendapat perhatian penduduk wilayah Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan setiap hari di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. - Reuters

No comments: