5 suspek militan ditembak mati di Bali - Global - Sinar Harian:JAKARTA - Lima suspek militan ditembak mati oleh polis Indonesia dalam dua serbuan di Bali, semalam.Menurut jurucakap Ketua Polis Nasional, Saud Usman Nasution, kelima-lima suspek yang ditembak mati itu dipercayai mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah, sebuah kumpulan serantau yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.
"Pihak polis percaya mereka merupakan kumpulan kecil Jemaah Islamiah," katanya dipetik agensi berita Reuters.
Menurut ketua unit antikeganasan, pegawai polis telah melakukan serbuan di beberapa lokasi berbeza di sekitar Bali.
Polis turut berjaya merampas senjata api dan peluru yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengeboman di Bali pada 2002.
Kejadian pengeboman di Bali yang telah mengorbankan lebih 200 nyawa itu dipercayai didalangi kumpulan Jemaah Islamiah.
Suspek yang terbunuh semalam turut didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang melakukan rompakan bank di Medan pada 2010.
'via Blog this'

No comments:
Post a Comment