Pages

Friday, February 17, 2012

Penentang tolak perlembagaan baru

BEIRUT: Kumpulan pembangkang Syria semalam menolak cadangan perlembagaan baru serta menggesa pengundi memulaukan pungutan suara yang dijadualkan hujung bulan ini.

Mereka juga berikrar untuk meningkatkan usaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.


“Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) menggesa rakyat Syria menolak dan memulaukan pungutan suara itu sebagai cara mengesahkan tentangan terhadap rejim penjenayah itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan berkenaan.

Menurutnya, rejim Bashar sudah hilang kelayakan dari segi perlembagaan dan sosialnya dan tidak ada jalan lain kecuali menggulingkannya.


“Deraf perlembagaan itu hanyalah alat politik atau kertas dasar yang ditulis oleh rejim yang kejam.


“Kami tidak nampak pilihan lain kecuali menggulingkan rejim berkenaan bersama-sama simbol, perwakilan dan ideologi asasnya,” kata LCC, kumpulan yang bertanggungjawab menganjur tunjuk perasaan anti-Bashar.

Menurutnya, deraf perlembagaan itu tidak menawarkan pindaan penting. “Ia tidak lebih daripada cubaan rejim itu untuk menonjolkan diri mereka secara berbeza berbanding sebelum ini,” kata kumpulan itu.


Bashar yang berdepan dengan pemberontakan terhadap rejimnya sejak 11 bulan lalu, semalam mengumumkan pungutan suara pada 26 Februari depan selepas kerajaannya menolak tuduhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa ia melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Bagi Perubahan Demokratik, sebuah lagi kumpulan pembangkang berkata, ia juga merancang memulaukan pungutan suara itu. - AFP

myMetro | Penentang tolak perlembagaan baru:

'via Blog this'

No comments: