Pages

Monday, February 27, 2012

Israel bakal hancur: Iran



myMetro | Israel bakal hancur: IranTEHERAN: Menteri Pertahanan Iran berkata, serangan Israel ke atas Republik Islam itu akan membawa kepada kehancuran negara Yahudi berkenaan, lapor stesen televisyen kerajaan semalam.
Menurut Ahmad Vahidi, tanpa sebarang keraguan, Israel akan menerima akibat jika rejim Zionis itu menggunakan kuasa ketenteraannya ke atas Iran.

Bagaimanapun, Press TV yang menyiarkan kenyataan Ahmad itu tidak menjelaskan apa tindak balas Iran jika negara terbabit diserang Israel.
Komen itu dianggap satu daripada kenyataan paling keras dikeluarkan Iran yang kini ditekan kerana menjalankan program nuklear.

Kenyataan Ahmad itu juga membayangkan Iran pasti bertindak balas jika kemudahan nuklear di negara itu diserang mana-mana pihak.

Sesetengah pegawai Israel berkata, negara Yahudi itu mesti bertindak menjelang musim panas ini jika mereka benar-benar mahu menggagalkan program nuklear Iran.
Menurut mereka, Teheran kini memindahkan lebih banyak peralatan di loji berkenaan jauh ke bawah tanah dan tidak mampu dimusnahkan bom Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata laporan terkini Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menyediakan bukti tambahan bahawa penilaian Tel Aviv terhadap Iran selama ini adalah benar.
Kenyataan Netanyahu menyebut, program nuklear Iran kini diteruskan tanpa sebarang gangguan. - AP

'via Blog this'

No comments: