Pages

Wednesday, February 8, 2012

Ikan Araipaima diternak secara komersial di Peru





LIMA - Sejenis ikan gergasi yang hidup di Sungai Amazon, Paiche diternak secara komersial di Peru bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara.

Isi Paiche yang rendah lemak dan tanpa pencemaran raksa menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar ikan dari Amerika Syarikat (AS) hingga ke Eropah.

Paiche yang boleh membesar sehingga mencapai berat 100 kilogram dengan panjang lebih 2.5 meter sekali gus menjadi antara ikan terbesar di dunia dan makanan utama penduduk pribumi sejak zaman dahulu.

Kini, ikan itu diternak oleh sebuah syarikat di Peru, Amazone untuk tujuan komersial selain memulihara spesies berkenaan daripada pupus.

"Ia bagus untuk dimakan, rasa ikan ini enak hampir seperti rasa ikan siakap putih tetapi dengan tekstur yang lebih lembut," kata Jose Duarte yang bekerja sebagai cef restoran Itali, Taranta di Boston, AS.

Lebih popular dengan nama ikan Arapaima, Paiche adalah sejenis ikan maging.

Menurut beberapa orang cef, isi paiche mudah dilapah dan tidak mudah hangit apabila dimasak kerana kandungan kalogen ikan ini yang tinggi. - ReutersKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: