SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles. |
LOS ANGELES: Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah yang ditemui di bilik hotelnya.
Mayat Whitney diterbangkan dari Los Angeles dengan jet peribadi dan dibawa ke rumah pengurusan mayat Whigham di Newark yang menguruskan pengebumian bapanya pada 2003.
SISA sandwich ayam dan pencukur yang berselerakan di atas lantai bilik air. |
MAYAT Whitney tiba di Rumah Pengurusan Mayat Whigham, semalam. |
“Pihak berkuasa perlu menentukan tiada siapa yang bersalah terlepas. Mungkin ada dakwaan dalam kes ini,” kata sumber itu. Koroner belum menentukan punca kematian Whitney, tetapi dipercayai dia mati mungkin akibat campuran dadah sebelum dia tenggelam di dalam tab mandi di mana mayatnya ditemui.
Rakan Whitney mengatakan kematian tidak dijangka penyanyi itu bukan “satu kejutan besar” berikutan “tahap kesihatan dan emosi semakin teruk” dialaminya yang turut dibantu oleh pihak lain. “Kedengarannya ia memang sedih, tetapi ia bukan satu kejutan besar, namun ia tetap sukar dipercayai,” kata seorang pemuzik kepada majalah People. “Ada kuasa jahat yang dilawannya secara peribadi dan terang-terangan selama beberapa tahun. Dia berada dalam lingkungan kesedihan dalam tempoh yang lama dan apabila anda mempunyai rakan seperti itu di keliling anda yang mendorong kepada perlakuan sedemikian...dia tidak dapat menolak kejahatan itu,” katanya.
Menurut satu sumber, penyanyi itu menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan dadah.
“Dia kelihatan seperti mayat hidup,” kata sumber itu. Menurut RadarOnline, pengurusan Hotel Beverly Hilton juga meminta koroner meninggalkan mayat Whitney di bilik hotel itu hingga parti pra-Grammy Clive Davis selesai.
Satu sumber memberitahu laman web berkenaan, keputusan itu dibuat “sebagai menghormati Whitney Houston” dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan. - DM
myMetro | Doktor Whitney bakal disoal siasat:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment