Pages

Thursday, December 22, 2011

Mangsa terdedah ancaman wabak

CAGAYAN DE ORO: Penduduk yang terselamat daripada banjir kilat di selatan Filipina dilapor semakin terdedah kepada ancaman wabak, termasuk kolera dan demam kepialu.

Kira-kira 44,000 orang yang melarikan diri daripada banjir besar yang memusnahkan bandar setinggan di kawasan berhampiran muara sungai lima hari lalu kini menumpang di pusat pemindahan.


Bagaimanapun, pegawai bimbang kawasan berkenaan berpotensi menjadi tempat pembiakan wabak.

“Kami memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menguruskan mayat sehinggakan terlupa kepada masalah di pusat pemindahan.


“Jika berlaku sebarang wabak atau ancaman kepada kesihatan, ia datang dari pusat pemindahan itu,” kata Penolong Setiausaha Kesihatan, Eric Tayag dalam wawancara dengan televisyen ABS- CBN.


Pihak berkuasa di bandar pelabuhan Cagayan de Oro dan Iligan, antara kawasan paling teruk terjejas, berusaha menguruskan ratusan mayat reput dan bau busuk sejak beberapa hari lalu.

Kelmarin, Iligan mula mengebumikan secara beramai-ramai mayat yang sudah dikenali sementara pihak berkuasa Cagayan de Oro sudah melakukan persiapan untuk mengebumikan mangsa ke dalam kubur sebesar kolam renang di sebuah tanah perkuburan tempatan.


Pegawai kedua-dua pandar itu berkata, tidak ada kesan wabak di pusat pemindahan, khususnya di sekolah dan gimnasium, setakat ini.

Bagaimanapun, keadaan masih kelam-kabut kerana kekurangan pekerja bantuan berkemahiran untuk menguruskannya,.


Pegawai Kesihatan Iligan, Levy Villarin berkata, kemudahan pengagihan air paip bandar itu ditutup bagi mengelak kemungkinan dicemari air banjir sementara trak bomba digunakan untuk mengagih air ke 16 pusat pemindahan.


“Masalahnya ialah kami hanya mempunyai satu atau dua tandas di setiap sekolah untuk diguna oleh 3,000 hingga 4,000 orang.


“Untuk mengelak wabak, kami perlukan air bersih dan tandas bergerak,” katanya. - AP

myMetro | Mangsa terdedah ancaman wabak:

'via Blog this'

No comments: