Pensyarah UIAM keluar kenyataan akaun MAIS, LZS ‘kebal’ daripada diaudit
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita dengan tindakan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.
Baginda bertitah, kenyataan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu tidak tepat kerana akaun MAIS dan LZS sudah diaudit Jabatan Audit Negara dan mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara.“Beta disembah maklum bahawa MAIS dan LZS sudah diaudit dan akan terus diaudit Jabatan Audit Negara pada tahun akan datang.“Beta berharap Abdul Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan serta meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapatkan fakta yang tepat dan betul,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Wisma Audit Selangor di sini. Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Mengulas perkara itu, Abdul Aziz berkata, beliau sedia menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan isu berkenaan kerana yakin ada pihak cuba melaga-lagakan beliau dengan baginda.
“Saya tidak mempersoalkan mengenai audit MAIS, sebaliknya hanya memberi pandangan terhadap pindaan undang-undang yang memberi kuasa kepada MAIS.
“Saya bukan mahu membangkitkan kemarahan baginda. Saya rasa baginda sedar yang saya menulis secara meluas mengenai kuasa pemerintah sebagai ketua negeri dan ketua agama,” katanya menerusi emel.
Pada 11 November lalu, Abdul Aziz dalam laporan disiarkan sebuah portal berita berkata, Sultan Selangor melampaui kuasa dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak daripada diaudit jawatankuasa audit awam.
Sementara itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, semua jabatan dan agensi di negeri itu perlu mengambil iktibar daripada kelemahan dinyatakan audit seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan supaya tidak berulang.
Baginda yakin faedah daripada setiap sen dibelanjakan akan dapat direalisasikan jika unsur kecekapan ekonomi dan keberkesanan sentiasa dipraktikkan dalam pengurusan kewangan.
“Prinsip nilai wang dalam setiap perbelanjaan kerajaan harus diberi perhatian serius. Jika perkara negatif berlaku, tentu ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap keupayaan penjawat awam menguruskan kewangan negeri ini, sekali gus mencalarkan imej perkhidmatan awam Selangor," titah baginda.
Baginda bertitah, ketua jabatan dan agensi di negeri ini perlu memberi perhatian serius dan teliti dalam hal berkaitan kewangan dan memastikan segala prosedur kewangan dipenuhi supaya tidak ditegur audit.
“Beta difahamkan, penyata kewangan kerajaan negeri, jabatan dan badan berkanun negeri pada keseluruhannya baik daripada segi penyediaannya mengikut jadual dan memperoleh sijil bersih daripada audit,” titah baginda.
Berita Harian Online | Sultan dukacita dakwaan Aziz Bari:SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita dengan tindakan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.
Baginda bertitah, kenyataan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu tidak tepat kerana akaun MAIS dan LZS sudah diaudit Jabatan Audit Negara dan mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara.“Beta disembah maklum bahawa MAIS dan LZS sudah diaudit dan akan terus diaudit Jabatan Audit Negara pada tahun akan datang.“Beta berharap Abdul Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan serta meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapatkan fakta yang tepat dan betul,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Wisma Audit Selangor di sini. Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Mengulas perkara itu, Abdul Aziz berkata, beliau sedia menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan isu berkenaan kerana yakin ada pihak cuba melaga-lagakan beliau dengan baginda.
“Saya tidak mempersoalkan mengenai audit MAIS, sebaliknya hanya memberi pandangan terhadap pindaan undang-undang yang memberi kuasa kepada MAIS.
“Saya bukan mahu membangkitkan kemarahan baginda. Saya rasa baginda sedar yang saya menulis secara meluas mengenai kuasa pemerintah sebagai ketua negeri dan ketua agama,” katanya menerusi emel.
Pada 11 November lalu, Abdul Aziz dalam laporan disiarkan sebuah portal berita berkata, Sultan Selangor melampaui kuasa dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak daripada diaudit jawatankuasa audit awam.
Sementara itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, semua jabatan dan agensi di negeri itu perlu mengambil iktibar daripada kelemahan dinyatakan audit seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan supaya tidak berulang.
Baginda yakin faedah daripada setiap sen dibelanjakan akan dapat direalisasikan jika unsur kecekapan ekonomi dan keberkesanan sentiasa dipraktikkan dalam pengurusan kewangan.
“Prinsip nilai wang dalam setiap perbelanjaan kerajaan harus diberi perhatian serius. Jika perkara negatif berlaku, tentu ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap keupayaan penjawat awam menguruskan kewangan negeri ini, sekali gus mencalarkan imej perkhidmatan awam Selangor," titah baginda.
Baginda bertitah, ketua jabatan dan agensi di negeri ini perlu memberi perhatian serius dan teliti dalam hal berkaitan kewangan dan memastikan segala prosedur kewangan dipenuhi supaya tidak ditegur audit.
“Beta difahamkan, penyata kewangan kerajaan negeri, jabatan dan badan berkanun negeri pada keseluruhannya baik daripada segi penyediaannya mengikut jadual dan memperoleh sijil bersih daripada audit,” titah baginda.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment