EMMA WATSON (tengah), Rupert Grint dan Daniel Radcliffe bergambar semasa mereka tiba untuk menonton tayangan perdana filem Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 2 di London kelmarin. |
LONDON - Kegirangan pelakon Emma Watson ketika muncul di karpet merah di Trafalgar Square di sini tidak lama apabila dia dan pelakon lain menangis ketika memberi penghormatan kepada filem tersebut,Harry Potter and The Deathly Hallows - Part 2 di sini kelmarin.
Dia yang muncul dengan membawa aura magisnya yang tersendiri dengan mengenakan gaun bertingkat-tingkat Oscar De La Renta kelihatan amat sedih.
Dia yang melakonkan watak Harmonie, hadir ke Trafalgar Square tersebut bersama pelakon-pelakon lain untuk menonton tayangan perdana filem itu sambil bertemu peminat.
Ketika rakan pelakon yang berlakon bersamanya, Rupert Grint memberi ucapan, Watson tidak dapat menahan air mata dan penerbit filem, David Heyman, menawarkan bahunya sebagai tempat dia menangis.
Sambil menangis, aktres itu mengucapkan terima kasihnya sambil ditenangkan oleh pelakon lain termasuk penulis novel tersebut, JK Rowling.
Filem itu turut dibintangi oleh Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia
No comments:
Post a Comment