Pages

Sunday, June 12, 2011

Zionis cipta gempa hapus al-Aqsa




ANGGOTA polis Israel meronda pekarangan masjid al-Aqsa menyebabkan belia Palestin marah dan melontar batu ke arah mereka.
ANGGOTA polis Israel meronda pekarangan masjid al-Aqsa menyebabkan belia Palestin marah dan melontar batu ke arah mereka.

Aktivis Palestin dedah rancangan Yahudi gali terowong bawah masjid

TEHRAN: Kerajaan Israel sentiasa cuba menguasai semula masjid al-Aqsa yang didakwa dibina di tapak kuil Yahudi dan antara rancangannya untuk memiliki semula tempat itu ialah mencipta gempa bumi palsu, kata aktivis Palestin.
Sehubungan itu, Hasan Khater menggesa semua negara Islam menunjukkan bantahan terhadap rancangan Israel terhadap kiblat pertama umat Islam itu.
“Ada beberapa senario bagi mengenai rancangan Yahudi memusnahkan masjid al-Aqsa.

“Tetapi, semua negara Arab dan Islam selain masyarakat antarabangsa memegang hak menjaganya dan bukannya Zionis yang menentukan masa depan sesuai bagi masjid itu,” kata Hasan yang juga Setiausaha Agung Barisan Islam Kristian al-Quds.

“Pihak berkuasa Zionis mencari jalan menguasai masjid al-Aqsa dan mengeluarkan arahan bagi kemusnahannya melalui gempa bumi palsu bagi membolehkan Zionis meneruskan operasi menggali dan me-ngorek di bawah masjid berkenaan,” kata Khater.

Beliau kemudian membidas negara Islam kerana terus menutup mulut berhubung tindakan jahat Israel di bumi Palestin dan percaya tindakan berdiam diri umat Islam menggalakkan Tel Aviv meneruskan rancangan mereka itu.
April lalu, Yayasan Warisan dan Kebajikan Al Aqsa (Wakaf) Islam melaporkan Israel meneruskan penggalian di bawah masjid Al Aqsa untuk mewujudkan rangkaian terowong sekitar masjid itu.

Yayasan itu menyebut bahawa aktiviti menggali itu menjejaskan kawasan di bawah masjid dan sekitarnya melalui kerja yang ditingkatkan sejak beberapa bulan lalu.

Yayasan itu mendedahkan, kerja menggali dan mengorek berkenaan dijalankan di bawah Tembok Al Boraq (Tembok Ratapan bagi orang Yahudi) berhampiran Moghrabi Gate (Bab Al Magharba, Al Silsila Gate (Gate of the Chain), dan Al Mat-hara Gate.

Dalam kejadian terbaru yang bertujuan menaikkan kemarahan penduduk Palestin dan Islam, pelampau Yahudi sengaja memecahkan sebotol arak di pekarangan al-Aqsa, Khamis lalu.

Pegawai masjid berkata, satu kumpulan pelawat Yahudi dilihat minum wain dan didakwa memecahkan beberapa botol arak di pekarangan al-Aqsa ketika menyambut upacara agama diberi nama ‘Shavout.’ – Agensi


Berita Harian Online | Zionis cipta gempa hapus al-Aqsa

No comments: