INILAH asrama pelatih lelaki (kiri) dan perempuan yang didakwa menjadi tempat 13 penagih dadah dikurung dengan kaki mereka dirantai di Kampung Bukit Gasing, Marang semalam. |
KUALA TERENGGANU - Polis menahan tiga lelaki termasuk pengurus sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak penagih dadah bagi membantu siasatan berhubung kes mengurung dan merantai kaki 13 pelatih dalam kejadian di Marang dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan yang dibuat bapa salah seorang mangsa selepas gagal menemui anaknya di situ.
Katanya, sebaik diserbu, pihaknya menemui 11 lelaki berusia di antara 15 dan 36 tahun dikurung dan kaki mereka dirantai di sebuah rumah yang dijadikan asrama untuk penagih dadah di Kampung Bukit Gasing, Marang.
"Kita turut menyelamatkan dua wanita berusia 23 dan 24 tahun yang dikurung di sebuah rumah berasingan di Jalan Bukit Gasing berdekatan dengan asrama lelaki.
"Pemeriksaan awal mendapati kesemua 11 lelaki yang dikurung dan dirantai di rumah tersebut dipercayai turut didera, ditampar dan dirotan," katanya di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara
No comments:
Post a Comment