BEIJING: Pegawai China yang rasuah menyalurkan lebih AS$120 bilion (RM360 bilion) ke luar negara dalam tempoh hampir dua dekad, menurut tinjauan Bank Pusat.
Antara 16,000 dan 18,000 pegawai kerajaan dan eksekutif firma milik negara itu lari keluar negara atau lenyap bersama lebih 8,000 bilion yuan (RM377 bilion) daripada pendapatan haram, kata kajian itu.
Pegawai lebih berjawatan tinggi membawa lebih banyak wang kebanyakan melarikan diri ke negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia manakala yang lain cenderung memilih Russia dan Thailand.
Sebilangan mereka yang melakukan kesalahan menggunakan Hong Kong sebagai batu loncatan ke negara Komanwel manakala yang lain bersembunyi di negara kecil seperti Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur sebelum mereka mendapat dokumen diperlukan untuk ke Barat.
Presiden Hu Jiantao dan pemimpin tertinggi lain menyifatkan wabak rasuah di China sebagai satu ancaman kepada parti Komunis dan berikrar untuk mengikis sikap itu. – AFP
Berita Harian Online | China rugi RM360 bilion kerana rasuahAntara 16,000 dan 18,000 pegawai kerajaan dan eksekutif firma milik negara itu lari keluar negara atau lenyap bersama lebih 8,000 bilion yuan (RM377 bilion) daripada pendapatan haram, kata kajian itu.
Pegawai lebih berjawatan tinggi membawa lebih banyak wang kebanyakan melarikan diri ke negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia manakala yang lain cenderung memilih Russia dan Thailand.
Sebilangan mereka yang melakukan kesalahan menggunakan Hong Kong sebagai batu loncatan ke negara Komanwel manakala yang lain bersembunyi di negara kecil seperti Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur sebelum mereka mendapat dokumen diperlukan untuk ke Barat.
Presiden Hu Jiantao dan pemimpin tertinggi lain menyifatkan wabak rasuah di China sebagai satu ancaman kepada parti Komunis dan berikrar untuk mengikis sikap itu. – AFP
No comments:
Post a Comment