- Syaitan Melarang Manusia Beribadat kepada Allah.- Inilah kerja syaitan setiap hari, cuba menghasut manusia supaya mengingkari suruhan Allah. Namun bagi orang yang beriman sentiasa muhasabah diri dan menguatkan usaha melakukan ibadat.
- Syaitan pujuk manusia supaya tidak taat - Hasutan yang paling menakutkan adalah melambat2kan suruhan Allah. Syaitan ini membisik ke telinga kita dengan bisikan melambat2kan taubat, melakukan ibadat dan sebagai nya. Padahal kita tahu bahawa kita patut menyegerakan taubat supaya kita tidak mati dalam kekufuran.
- Syaitan mendorong manusia menyegerakan amal ibadat - syaitan selalu menggesa kita dalam melakukan ibadat. Contoh nya, semasa kita solat berapa ramai yang mampu mengkhusyukkan bacaan mereka. Pasti fikiran kita terganggu oleh bisikan berkaitan hal dunia. Betulkan? Jadi bila terjadi macam tu, pasti solat kita sekejap jer.
- Syaitan mendorong manusia beramal kerana manusia - ini dinamakan hipokrit la. Dia buat2 baik sebab manusia. Contoh nya, dia sembahyang sebab disuruh dan nak jaga hati orang yang tersayang. Kalau putus dengan orang tu,komfem tak sembahyang nya. Ini salah satu bisikan syaitan lah ni.
- Syaitan memuji amalan seseorang - bisikan seperti "betapa tinggi darjatmu dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurna dirimu" mampu menggugat iman manusia. Bagi mereka yang kuat iman mampu menangkis bisikan tu dengan merasakan keagungan dan kesempurnaan adalah milik Allah.
- Syaitan menyebarkan Penyakit riyak - cara ni yang paling kita takuti kerana ia tanpa kita sedar. Contoh nya, kita beribadat malam2 seperti melakukan solat tahajud tak pun solat hajat. Riyak ni muncul apabila kita terdetik dihati mengutuk rakan kita yang tak bangun beribadat malam2. Merasakan kita telah mengumpul banyak pahala. Kadang2 ia muncul apabila kita cuba menyembunyi amal ibadat kita jadi kita merasakan hanya Allah dan kita saja mengetahui,padahal ia telah memunculkan sifat riyak.
- Syaitan menanamkan keraguan - bisikan ni muncul apabila ibadat yang kita lakukan telah menjadi tanda tanya andai Allah menerima ibadat kita? Adakah selama kita beribadat ni telah merugikan masa andai Allah tidak menerima amalan kita? Macam2 gaya persoalan yang menjadi bisikan di lubuk hati kita.
sumber http://perfectomurice.blogspot.com
No comments:
Post a Comment