Pages

Friday, May 21, 2010

Al Farabi cendekiawan Islam pelbagai bidang



Abu Nasr Al Farabi juga dikenali di barat sebagai Alpharabius merupakan pakar dalam pelbagai bidang dan merupakan salah seorang saintis dan ahli falsafah agung di Iran dan dunia Islam pada zamannya.
Beliau yang lahir pada 872 Masehi juga merupakan seorang ahli kosmologi, logik, ahli muzik, psikologi dan sosiologi.
Asal usul dan susur galur Al Farabi tidak pernah direkodkan semasa hidupnya secara jelas tetapi berdasarkan kepada khabar angin atau tekaan semata-mata.
Apa yang dapat dipastikan, selepas Al Farabi mendapat didikan awal di Farab dan Bukhara, beliau berpindah ke Baghdad pada 901 bagi melanjutkan pelajaran.
Beliau belajar di bawah seliaan Yuhanna Ibn Haylan di Harran dan tinggal di Baghdad selama 40 tahun bagi memahirkan diri dalam beberapa jenis bahasa dan pelbagai bidang ilmu.
Beliau meninggalkan Baghdad pada 941, berpindah ke Aleppo dan mendapat sokongan daripada pemerintahHamdanid di Syria iaitu Saif Ad Daula.
Farabi yang mengembara ke Kaherah, Mesir meninggal di Damascus antara 14 Disember 950 dan 12 Januari 951.
Sememangnya tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang etnik Farabi dan semua sumber hanya diketahui selepas 300 tahun kematiannya.
Antara cendekiawan yang mengkaji mengenai kehidupan Farabi adalah Professor Dimitri Gutas yang telah mengkaji sumber asas mengenai latar belakang Farabi.
Dokumen paling lama mengenai latar belakang Farabi ditulis oleh pakar sejarah arab zaman pertengahan iaitu Ibn Abi Usaibia yang menyatakan bapa Al Farabi berasal dari Iran.
Muhammad Ibn Mahmud Al Shahruzi yang hidup sekitar tahun 1288 Masehi dan menulis mengenai Farabi, mengatakan beliau berasal dari Iraq.
Ibn Al Nadim yang hidup sezaman dengan Farabi dan sahabat baik Yahya Ibn Adi (pelajar cemerlang Farabi berasal dari Faryab di Khorasan.
Farabi memberikan sumbangan kepada pelbagai bidang ilmu seperti logik, matematik, perubatan, muzik, falsafah, psikologi edan sosiologi.
Al Farabi juga merupakan ahli logik Islam pertama yang membangunkan logik buka Aristotle dan membincangkan topik berkaitan hubungan antara logik dan nahu.
Al Farabi juga menulis buku mengenai sosiologi awal Muslim dan buku mengenai muzik yang bertajuk Kitab Al Musiqa (The Book Of Music).
Munurut Seyyed Hossein Nasr dan Mehdi Aminrazi , buku berkenaan merupakan kajian teori muzik Iran pada Zamannya manakala barat memperkenalkan buku berkenaan sebagai buku muzik arab.
Manakala Al Farabi Meaning of the Intellect mengenai terapi muzik di mana beliau membincangkan mengenai kesan terapi muzik pada rohani.
Sebagai ahli falsafah, Al Farabi merupakan pengasas sekolah falsafah Islam awal yang dikenali sebagai Farabism atau Al Farabism.
Sekolah falsafah Al Farabi memecahkan falsafah Plato dan Aristotle dan berubah daripada metafizik kepada metodologi.
Semasa usahanya berfikir mengenai alam semula jadi First Cause, Al Farabi menemui had pengetahuan manusia.
Beliau mempunyai pengaruh yang besar pada sains dan falsafah bagi beberapa abad dan diiktiraf sebagai yang Aristotle kedua dalam ilmu pengetahuan.
Al Farabi juga dikenali kerana menjalankan kajian awal berkaitan fizik Islam.
Dalam kajian termodinamik, beliau telah menjalankan kajian pertama mengenai kewujudan hampagas.
Dalam bidang psikologi karya Al Farabi, Social Psychology dan Model City merupakan yang pertama membincangkan mengenai psokologi sosial.
Al Farabi serta Ibn Sina dan Ibn Rushdi lebih dikenali sebagai Peripatetics atau rasionalis di kalangan masyarakat Muslim. - estidotmy

No comments: