Pages

Wednesday, November 17, 2010

Kisah Haji Abdullah bin al-Mubarak

Abdullah bin al-Mubarak hidup di Mekkah. Pada suatu waktu, setelah menyelesaikan ritual ibadah haji, dia tertidur dan bermimpi melihat dua malaikat yang turun dari langit.
“Berapa banyak yang datang tahun ini?” tanya malaikat kepada malaikat lainnya.
“600.000,” jawab malaikat lainnya.
“Berapa banyak mereka yang ibadah hajinya diterima?”
“Tidak satupun”
Percakapan ini membuat Abdullah gemetar. “Apa?” aku menangis. “Semua orang-orang ini telah datang dari belahan bumi yang jauh, dengan kesulitan yang besar dan keletihan di sepanjang perjalanan, berkelana menyusuri padang pasing yang luas, dan semua usaha mereka menjadi sia-sia?”
“Ada seorang tukang sepatu di Damaskus yang dipanggil Ali bin Mowaffaq.” Kata malaikat yang pertama. “Dia tidak datang menunaikan ibadah haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan seluruh dosanya telah diampuni.”
Ketika aku mendengar hal ini, aku terbangun dan memutuskan untuk pergi menuju Damaskus dan mengunjungi orang ini. Jadi aku pergi ke Damaskus dan menemukan tempat dimana ia tinggal. Aku menyapanya dan ia keluar. “ Siapakah namamu dan pekerjaan apa yang kau lakukan?” tanyaku. “Aku Ali bin Mowaffaq, penjual sepatu. Siapakah namamu?”
Kepadanya aku mengatakan Abdullah bin al-Mubarak. Ia tiba-tiba menangis dan jatuh pingsan. Ketika ia sadar, aku memohon agar ia bercerita kepadaku. Dia mengatakan: “Selama 40 tahun aku telah rindu untuk melakukan perjalanan haji ini. Aku telah menyisihkan 350 dirham dari hasil berdagang sepatu. Tahun ini aku memutuskan untuk pergi ke Mekkah, sejak istriku mengandung. Suatu hari istriku mencium aroma makanan yang sedang dimasak oleh tetangga sebelah, dan memohon kepadaku agar ia bisa mencicipinya sedikit. Aku pergi menuju tetangga sebelah, mengetuk pintunya kemudian menjelaskan situasinya. Tetanggaku mendadak menagis. “Sudah tiga hari ini anakku tidak makan apa-apa,” katanya. “Hari ini aku melihat keledai mati tergeletak dan memotongnya kemudian memasaknya untuk mereka. Ini bukan makanan yang halal bagimu.” Hatiku serasa terbakar ketika aku mendengar ceritanya. Aku mengambil 350 dirhamku dan memberikan kepadanya. “Belanjakan ini untuk anakmu,” kataku. “Inilah perjalanan hajiku.”
“Malaikat berbicara dengan nyata di dalam mimpiku,” kata Abdullah, “dan Penguasa kerajaan surga adalah benar dalam keputusanNya.”
******
Abu Abdurrahman Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al Marwazi lahir pada tahun 118 H/736 M. Ia adalah seorang ahli Hadits yang terkemuka dan seorang petapa termasyhur. Ia sangat ahli di dalam berbagai cabang ilmu pengetahuan, antara lain di dalam bidang gramatika dan kesusastraan. Ia adalah seorang saudagar kaya yang banyak memberi bantuan kepada orang-orang miskin. Ia meninggal dunia di kota Hit yang terletak di tepi sungai Euphrat pada tahun 181 H/797 M.
*********
Kisah di atas diambil dari buku “Warisan Para Awliya” karya Farid al-Din Attar.

Fadhilat Ayatul Kursi

1. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya. Juga keluarga, anak-anak, dan harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Orang yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripadapencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100 kali, Insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

Pelajar berskirt labuh kena halau





2010/11/17

BANDA ACEH: Seorang pelajar di Akademi Kejururawatan Muhammadiyah di sini berkata, kelmarin dia diharamkan daripada memasuki kampus kerana memakai skirt panjang. 

Saya dihalau ke luar kampus, dilarang daripada menghadiri kelas dan dipinggirkan daripada mengambil peperiksaan akhir dengan tidak diberi borang ujian hanya kerana saya pergi ke kuliah memakai skirt, kata Zakiah Drajat, 30.Katanya, dia mula memakai skirt ke kampus semester sebelumnya dan segera merasa tidak dialu-alukan. Saya memakai skirt namun ia masih sejajar dengan peraturan akademi yang mengatakan pelajar perlu memakai baju putih dan seluar biru. Dalam buku peraturan akademi 2009, tiada apa yang melarang pemakaian skirt, katanya.

Murtala Daud, timbalan pengarah akademi berkata sejak ia diasaskan 11 tahun lalu, akademi itu mempunyai peraturan yang meminta pelajar wanita memakai seluar panjang longgar. 

Peraturan sekolah perlu diikuti. Dia melanggar peraturan, justeru dia layak digantung. 

Setiap sekolah memiliki peraturan sendiri dan pelajar tidak boleh melakukan apa yang mereka mahu, katanya. Agensi 

Mangsa Merapi perlukan ‘kamar asmara’

JAKARTA: Selepas beberapa minggu hidup bersesak-sesak di pusat perlindungan sementara dengan bekalan dan minuman yang mencukupi, mangsa letupan Gunung Merapi kini amat memerlukan ‘kamar asmara.’
“Jika ada kamar asmara mungkin bagus,” kata pengantin baru, Ari Margareta, 18, kepada wartawan akhbar Republika.

Dia adalah antara ratusan ribu penduduk sekitar Merapi yang terpaksa tinggal di pusat perlindungan sementara, termasuk di sebuah stadium di Yogyakarta sejak Merapi meletup akhir Oktober lalu.

Kesesakan di pusat perlindungan sementara itu tidak memungkinkan mereka memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

Pentadbir di bandar Yogyakarta masih memikirkan sama ada mahu membina ‘kamar asmara’, konsep yang pernah diketengahkan ketika daerah itu dilanda gempa bumi besar pada 2006. Petugas kumpulan sukarelawan tempatan yang membantu penduduk menangani trauma kejadian melalui pemulihan psikologi, Insan Nurrohman berkata, selain menyediakan bantuan makanan dan pakaian, ruang peribadi juga adalah keperluan asas yang perlu disediakan untuk mangsa yang sudah berkahwin.

Katanya, ia boleh dibina dalam bentuk khemah atau pondok kayu. Insan berkata, pengalaman selepas gempa bumi pada 2006 menunjukkan kamar berkenaan adalah selamat dan tidak menimbulkan masalah sosial. “Ada jadual dan tempoh masa yang ditetapkan untuk orang menggunakannya,” kata Insan.

Menurutnya, sesetengah penduduk berasa malu untuk meminta keperluan itu. - Agensi

Persamaandarjat manusia






SERUAN haji bergema kembali menghimpunkan umat Islam dari segenap penjuru dunia dalam melaksanakan tanggungjawab Rukun Islam kelima.
Para jemaah haji akan menghadap ke arah kiblat yang sama dengan hanya membawa keperluan yang terhad.
Bahkan, mereka pergi hanya berbekalkan beberapa helai pakaian dan keperluan tertentu serta meninggalkan segala harta benda di kampung halaman masing-masing untuk mencari keredaan Ilahi.
Ketika ihram, jemaah haji akan memakai dua helai kain putih. Simboliknya tentang pakaian ihram itu adalah ia melambangkan persamaan darjat bagi semua manusia yang menunaikan seruan ibadah haji.
Mereka sama sekali dilarang memakai sebarang pakaian berjahit dan bercantum. Tidak kira sesiapa pun, etika pakaian mereka tetap sama iaitu pakaian ihram.
Pangkat dan darjat tidak membawa sebarang makna tetapi iman serta amalan menjadi pengukur untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
Pakaian ihram menjadi pelindung badan mereka pada waktu panas terik dan sejuk semasa menunaikan haji.
Ia turut mengikis segala perbezaan di kalangan jemaah sekali gus mengukuhkan lagi kesatuan umat Islam di seluruh dunia.
Dalam pada itu, dua helai kain putih itu memberi sekelumit gambaran kecil bahawa mereka hanya memakai beberapa lapis kain kafan sebagai penutup badan ketika menghadap Tuhan pada saat kematian.
Ihram kain kapas

PAKAIAN Ihram menunjukkan bahawa semua umat Islam adalah sama di sisi Allah SWT.



Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidiladha, ia juga membuka peluang kepada usahawan untuk mencari sumber pendapatan menjual pakaian dan produk menunaikan ibadah haji.
Pemilik kedai Ilham Jaya Baru Collection, Kompleks PKNS, Shah Alam, Marlis Hamid, 55, berkata, tidak banyak pilihan pakaian ihram yang terdapat di negara ini.
Bagaimanapun, kini terdapat kain ihram yang mempunyai corak berkotak-kotak dan bermotifkan flora untuk menjadi pilihan jemaah haji.
“Kebanyakan jemaah haji gemar menggunakan pakaian ihram kain kapas tuala kerana ia lebih tebal, lembut dan selesa digunakan.
“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, saya akan menempah kain ihram tersebut dari China kerana di negara ini tidak terdapat kilang yang membuat pakaian ihram,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Dia yang menjalankan perniagaan produk haji selama hampir enam tahun lalu memberitahu, terdapat tiga saiz pakaian ihram.
“Saya menjual saiz untuk orang dewasa, remaja 14 tahun ke bawah dan kanak-kanak enam tahun.
“Pelbagai saiz pakaian ihram dijual kerana kini bukan orang dewasa sahaja yang menunaikan haji bahkan remaja dan kanak-kanak. Pakaian ihram ini akan dijual pada harga di antara RM35 sehingga RM60,” katanya.
Dalam pada itu, kata Marlis jemaah haji lazimnya membeli dua pasang pakaian ihram untuk dibawa menunaikan haji.
Mereka juga akan membeli pakaian ihram pada Hari Raya Aidilfitri untuk membuat persiapan awal.
“Sehingga kini, perniagaan pakaian ihram saya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Mereka bukan sahaja membeli kain ihram tetapi produk-produk lain seperti selipar, tali pinggang, kurta dan bermacam-macam lagi,” ujarnya.

MUHAMMAD ILYAS menunjukkan tali pinggang yang dijual di Jun Collection, Kompleks PKNS, Shah Alam.



Bagi Muhammad Ilyas Ahmad, 29, yang bekerja di Jun Collection, Kompleks PKNS, Shah Alam pula menambah, pakaian ihram yang dijual di kedai tersebut didatangkan khas dari Pakistan.
“Kami import dari Pakistan kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar menggunakan kain kapas dari negara berkenaan.
“Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain tidak dijahit dan tidak dicantum. Sehelai akan dipakai di sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut manakala sehelai lagi dibuat selendang.
“Selain pakaian ihram lelaki, pakaian ihram perempuan pula menutup semua anggota badannya seperti telekung solat,” ujarnya.
Muhammad Ilyas berkata, kebanyakan pakaian ihram yang terdapat di negara ini diimport dari China, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, India dan beberapa negara lain.
Sementara itu bagi pasangan suami isteri, Darul Yusriman, 36, dan Roziela Abu Bakar, 35, pengalaman menunaikan haji pada tahun 2007 tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
“Kami suami isteri masih muda ketika menunaikan haji. Ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci, perasaan gementar dan teruja terdetik secara tiba-tiba kerana itulah pengalaman pertama menunaikan Rukun Islam kelima.
“Walaupun kami telah menjalani latihan praktikal tetapi perasaan gementar itu tetap wujud dan kami sangat bersyukur kerana dapat mengerjakan haji bersama ibu bapa dan adik-beradik,” kata eksekutif di sebuah syarikat swasta itu.
Darul menambah, menunaikan ibadah haji bersama ibu bapa amat penting kerana sekurang-kurangnya ada orang berpengalaman yang menemani ketika mengerjakan haji.


DARUL (kiri) dan Roziela berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia muda tiga tahun lalu.




Sesat di Mina
Kata Darul, sepanjang menunaikan haji dia sentiasa teringatkan anak-anak yang ditinggalkan di tanah air.
“Wajah anak-anak sering bermain di fikiran tetapi bersyukur kerana mempunyai telefon bimbit 3G untuk melepaskan rindu kepada anak-anak,” ujarnya.
Menyentuh mengenai pakaian ihram, Darul memberitahu, tidak menghadapi sebarang masalah memakai pakaian tersebut.
“Kita telah diberi penerangan dan cara-cara pemakaian ihram dengan betul untuk memastikan ia berada dalam keadaan kemas dan tertib,” katanya lagi.
Sementara itu, Roziela menambah, mengerjakan haji umpama perhimpunan agung umat Islam kerana mereka datang dari seluruh pelosok dunia.
“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika jemaah haji Malaysia bertakbir, ia mengingatkan saya sambutan Aidiladha ketika berada di tanah air.
“Selain itu tidak banyak pengalaman pelik yang saya alami. Cuma, kita perlu menyesuaikan diri dengan cuaca, makanan dan kemudahan yang disediakan,” ujarnya.
Namun Roziela teringat kisah seorang jemaah yang sesat sehingga dua atau tiga hari ketika berada di Mina.
“Difahamkan semasa mak cik tersebut hilang dia menjumpai banyak kambing dan orang Arab yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
“Bagaimanapun, seorang pemandu teksi yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu telah menghantarnya ke hotel,” katanya yang berharap dapat menunaikan ibadah haji lagi pada masa hadapan.

Polemik khazanah antik China




ATAS: Muzium Paris dipercayai pernah menjual khazanah berharga dari Yuanmingyuan.




KERAJAAN China meminta pihak muzium dan pengumpul barangan antik di seluruh dunia memulangkan semula pelbagai khazanah berharga miliknya yang dirampas dari Old Summer Palace di Beijing kira-kira 150 tahun lalu.
Bagaimanapun, pakar-pakar berpendapat tindakan yang dilakukan itu tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Dua buah institusi yang menyimpan khazanah itu yang diperoleh dari bekas istana Maharaja Dinasti Qing itu ialah Army Museum Paris dan Victoria and Albert Museum di London.
Pakar-pakar berpendapat, kesemua khazanah yang tersimpan tidak akan diberikan semudah itu.
"Ketika kebanyakan institusi di Barat dan individu yang terlibat belum memberi sebarang maklum balas, seruan itu lebih disasarkan kepada penggunaan domestik, di mana para pemimpin China berharap ia akan merangsang negara berkenaan," kata profesor sejarah di Universiti Sydney, John Wong.
Dijual secara haram
Old Summer Palace atau lebih dikenali sebagai Yuanmingyuan pernah diserang tentera British dan Perancis semasa Perang Candu pada 18 hingga 19 Oktober 1860.
Peristiwa itu dilihat sebagai satu penghinaan kepada rakyat China kerana terpaksa tunduk kepada kuasa Barat. Seorang penulis Perancis, Victor Hugo menggambarkan setiap kali sambutan ulang tahun memperingatinya dilakukan, ia telah melonjakkan semangat nasionalisme rakyat.
Beijing menganggarkan sekurang-kurangnya 1.5 juta khazanah berharganya telah dirampas, tetapi seorang ahli sejarah yang juga penulis buku kemusnahan istana itu, Bernard Brizay memberitahu, ia sengaja diperbesar-besarkan.
Brizay memberitahu, versi serangan itu masih kabur manakala versi rasmi menunjukkan: "Terdapat khazanah yang dicuri di Yuanmingyuan dan telah dijual kepada peniaga barangan antik di Beijing."
Dalam kata lain, khazanah berharga yang dicuri seperti porselin, enamel, arca, perabot, lukisan sutera telah dijual secara haram selepas serangan itu.


ORANG ramai mengunjungi Old Summer Palace atau Yuanmingyuan di Beijing yang pernah diserang tentera British dan Perancis pada tahun 1860.




Titik tolak kemarahan Beijing bermula selepas acara lelongan dua air pancut buatan gangsa milik pereka fesyen terkenal, mendiang Yves Saint Laurent dan rakan kongsinya, Piere Berge. Keduanya-duanya berjaya dilelong pada harga AS$20 juta dolar (RM62 juta) setiap satu pada tahun lalu.
Pengurusan taman Yuanmingyuan pada minggu lalu telah menyeru untuk memboikot acara lelongan yang diadakan, tetapi permintaan itu langsung tidak diendahkan.
"Hampir setiap bulan, khazanah berharga dari Yuanmingyuan dijual di London, Hong Kong, Paris dan New York. Apabila orang ramai dapat tahu ia datang dari Yuanmingyuan, harganya akan meningkat," kata Brizay.
Pakar-pakar menambah, muzium-muzium terkemuka di dunia tidak akan memberi maklum balas terhadap permintaan Beijing. "Barangan yang tersimpan di muzium berkenaan tidak akan dipulangkan semula ke China.
"Pihak muzium agak keberatan mendedahkan di mana koleksi itu diperoleh, sekali pun mereka mempunyai kemampuan untuk mengidentifikasikan ciri-cirinya," tambah lelaki itu lagi.
Sebahagian besar koleksi yang dipamerkan di muzium artifak China di luar Paris berasal dari istana berkenaan. Salah satu daripadanya ialah sebuah album yang memaparkan 40 gambar mengenai Yuanmingyuan, kini ia tersimpan di Perpustakaan Negara Perancis.


ADA yang mendakwa khazanah yang dicuri di Yuanmingyuan dijual kepada peniaga barangan antik di pasaran gelap.




Tiada maklumat
Pada Oktober 2009, China mengumumkan untuk menghantar pasukan khas ke luar negara bertujuan mengesan jumlahnya.
Pengarah Yuanmingyuan, Chen Mingjie berkata, ketika ini kebanyakan khazanah milik negara itu berada di lebih 2,000 muzium di 47 buah negara, dibawa keluar dari Muzium Britain. Bagaimanapun selepas setahun, maklumat terperinci mengenainya belum dapat dikeluarkan.
Menurut Ketua Kuratornya, Jean-Paul Desroches, pihak Guimet Museum yang memaparkan seni Asia di Perancis juga tidak menerima sebarang permohonan untuk mengira jumlah khazanah miliknya.
Desroches berkata, dia tidak berapa pasti sama ada muzium kendaliannya menyimpan khazanah-khazanah dari Yuanmingyuan. Tambahnya, jika dia mengetahuinya sekali pun, ia tidak membawa sebarang kesan.
Minggu lalu, Perancis telah diminta untuk melakukan kajian berhubung tragedi di Old Summer Palace. Pada masa yang sama, negara itu turut menyarankan sebarang permintaan untuk memulangkan semula hasil dan karya seninya perlu melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - AFP

Mangsa simbah asid jadi model menawan




GAMBAR menunjukkan gaya Katie Piper untuk majalah Reveal selepas dia menjalani pembedahan. GAMBAR KECIL:KATIE PIPER sebelum wajahnya dibedah.




LONDON - Seorang model dan hos televisyen, Katie Piper berusia 27 tahun yang mengalami kecacatan muka akibat disimbah asid kini tampil menawan dalam sesi fotografi majalah Reveal, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, dia dirogol, dipukul dan ditikam beberapa kali di lengannya oleh bekas kekasihnya yang cemburu, Daniel Lynch pada Mac 2008.
Dia kemudian menjalani lebih 40 pembedahan dan memakai topeng 23 jam sehari untuk mengurangkan parut di wajahnya.
"Ia merupakan satu perasaan yang mengagumkan untuk menjadi model dan saya mempunyai perasaan seperti seorang gadis yang normal semula.
"Saya sepatutnya menjadi seorang mangsa serangan asid tetapi akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Piper.
Menurutnya, dia berharap wanita lain yang wajah mereka mengalami kecacatan akan melihat wajahnya supaya mereka berasa yakin pada diri sendiri.
Piper yang telah menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu wanita lain yang menjadi mangsa melecur dan kecacatan wajah berkata, dia kini berasa gembira dengan kehidupannya.
- Agensi

Gambar janin dalam perut ibu gajah




GAMBAR menunjukkan janin anak gajah jantan, George dalam kandungan ibunya.




BEDFORDSHIRE - Kakitangan Zoo Whipsnade di sini, Britain merakamkan gambar janin seekor anak gajah jantan dinamakan George di dalam perut ibunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej janin itu dirakamkan dengan menggunakan mesin pengimbas ultrabunyi dan sebuah kamera kecil ketika kandungan ibunya berusia tiga bulan.
George dilahirkan setahun setengah selepas itu atau selepas ibunya bunting selama 22 bulan.
George yang kini berusia enam bulan memiliki berat 124 kilogram ketika dilahirkan manakala proses kelahirannya disiarkan saluran ITV1 di Britain semalam. - Agensi

Pengasas Facebook dakwa e-mel sudah mati




KETUA Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menjelaskan mengenai perkhidmatan mesej terbaru di laman sosial itu di San Francisco kelmarin.




SAN FRANCISCO - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendakwa, teknologi e-mel bakal pupus seperti surat menyurat kerana ia terlalu perlahan dan tidak formal, lapor sebuah akhbar semalam
Eksekutif berusia 26 tahun itu membuat dakwaan tersebut kelmarin ketika melancarkan perkhidmatan mesej terbaru dan percuma bagi para pengguna Facebook di sini, Amerika Syarikat (AS).
"Ia (perkhidmatan mesej Facebook) bukan e-mel. Ia mengendalikan e-mel dan kaedah komunikasi lain termasuk laman sembang," katanya.
Menurutnya, perkhidmatan terbaru Facebook itu menggabungkan semua bentuk komunikasi web dan teks di Internet serta berfungsi serta-merta.
"Kami mahu orang ramai boleh berkomunikasi dalam apa cara yang mereka mahu sama ada e-mel, teks atau mesej Facebook," tambahnya.
Perkhidmatan itu dijangka membuka persaingan lebih sengit antara Facebook dan Gmail milik Google untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan.
Setakat ini, Facebook kekal unggul dengan 500 juta pelanggan diikuti Hotmail dan Yahoo masing-masing dengan 362 juta pengguna dan 273 juta pengguna manakala Gmail ketinggalan dengan 193 juta pengguna.
- Agensi

Hidup baru selepas susut 112kg



SYANIE memandu sendiri Toyota Innova sehingga selamat sampai ke kampungnya di Kota Bharu semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang disebabkan masalah obesiti, pelakon Syaniza Hisham kini sudah boleh bergaya dengan memandu kenderaan sendiri.
Syaniza yang lebih dikenali sebagai Syanie, 36, menjalani pembedahan pintasan perut di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini pada Mei tahun lalu sehingga berjaya menurunkan berat badannya daripada 240 kilogram (kg) kepada 128kg.
Bagi Syanie, keputusan menjalani pembedahan tersebut adalah tindakan yang memberi kesan paling besar dan cukup bermakna kepada hidupnya setakat ini.
“Dahulu saya selalu semput dan susah untuk bergerak malah kerap kurang tidur kerana oksigen tidak sampai ke otak.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat buat apa sahaja yang saya suka termasuk memandu kereta kesayangan saya,“ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Katanya, pembedahan yang menelan belanja RM40,000 itu bukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik tetapi menjadikan tubuhnya lebih sihat dan mengelak risiko penyakit yang selalu dikaitkan dengan obesiti.

Tiga beradik terpisah bertemu semula di Mekah


ARAFAH 16 Nov. - Ibadah haji musim ini bukan sekadar menunaikan rukun Islam kelima tetapi bagi tiga adik beradik wanita yang terpisah selama berpuluh-puluh tahun, ia adalah pertemuan semula yang tidak pernah dirancang.
Shahana Mirza, Farzana dan Durdana yang berasal dari bandar Allahabad, utara India kini masing-masing menetap di Karachi, Pakistan; Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan Bangalore, India.
Pertemuan tiga saudara wanita dalam suasana hiba itu berlangsung di sekitar Kaabah minggu lalu. Mereka saling berpelukan, menangis dan berkongsi cerita tentang zaman kanak-kanak selepas berpuluh-puluh tahun tidak berjumpa.
"Kami pernah bertemu beberapa kali sebelum ini di India dan Pakistan tetapi tidak pernah berada di satu tempat sama pada satu-satu masa. Pertemuan ini ibarat cerita dongeng. Kami sangat gembira hingga tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
"Kami terpisah sejak Shahana tinggal di Pakistan. Permohonan visa masuk ke India menyukarkan dia pulang," kata adik bongsu, Durdana.
Tiga beradik itu mula terpisah apabila Shahana, 55, berkahwin dengan sepupu jauh mereka di Karachi pada 1977 diikuti Farzana yang menetap di Chicago selepas berkahwin dengan pembantu penyelidik, Yawar Siddiqui pada 1979.
Durdana yang berkahwin dengan jurutera komputer, Shakir Bazmi berkata, dia menulis sepucuk surat kepada Shahana memberitahu dia dan suami bakal mengerjakan haji tahun ini, sebelum kakak sulung mereka itu menyatakan akan turut ke Mekah.
Katanya, tanpa diduga, Farzana di AS juga menghubungi menyatakan perkara sama.
"Semasa berada di Arafah, kami berdoa supaya Allah tidak memisahkan ahli-ahli keluarga dengan orang tersayang. Kesakitan akibat perpisahan memang tidak tertanggung.
"Kami juga berdoa supaya perbezaan politik antara India dan Pakistan akan berakhir supaya rakyatnya tidak hidup menderita," kata Durdana. - Agensi

Google perkenal telefon Gingerbread



Eric Schmidt menunjukkan prototaip telefon pintar Android Gingerbread semasa Sidang Kemuncak Web 2.0 di Francisco, California, kelmarin. - REUTERS



SAN FRANCISCO 16 Nov. - Sebuah telefon bimbit baru Google yang dilengkapi dengan cip yang menjadikannya sebagai dompet maya bagi membolehkan orang ramai 'menyentuh dan bayar', bakal diperkenalkan buat pertama kalinya tidak lama lagi.
Menurut Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt, pengganti kepada telefon pintar Nexus One keluaran firma Internet itu mengaplikasikan perisian baru yang dikenali sebagaiGingerbread dan dilengkapi dengan sebuah cip Near Field Communication (NFC) untuk melaksanakan transaksi kewangan.
"Saya memiliki produk yang belum diumumkan bersama saya.
"Anda boleh mendapatkan telefon ini tidak lama lagi yang boleh digunakan untuk menjalankan perdagangan.
"Pada asasnya, ia mempunyai pelbagai fungsi dan akhirnya menggantikan kad kredit. Dalam industri ini, ia dirujuk sebagai sentuh dan bayar," kata Schmidt ketika mengeluarkan sebuah telefon pintar skrin sesentuh dari poket jaketnya semasa bercakap di atas pentas pada persidangan kemuncak Web 2.0 di sini, semalam.
Cip NFC mampu menyimpan data peribadi yang boleh dihantar kepada alat pembaca, misalnya di sebuah kaunter kedai dengan menyentuh telefon bimbit pada sebuah pad.
Namun, Schmidt menyembunyikan tanda-tanda yang mungkin mendedahkan syarikat mana yang membuat telefon bimbit itu dan bergurau dengan merujuk ia hanya sebagai sebuah produk yang belum diumumkan.
Google bekerjasama dengan syarikat elektronik gergasi Taiwan, HTC untuk mencipta telefon bimbit Nexus One yang dilancarkan pada Januari lalu dalam satu kemasukan berprofil tinggi ke dalam pasaran telefon pintar yang semakin berkembang pesat.
Telefon pintar Nexus One telah membina platform android bagi Google untuk memperolehi ulasan yang baik tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Di sesebuah negara, telefon bimbit secara umumnya terikat kepada syarikat perkhidmatan telekomunikasi, misalnya iPhone keluaran Apple dengan AT&T.
Namun Google mengambil satu pendekatan baru dengan menjual Nexus One tanpa sebarang kontak atau subsidi daripada mana-mana syarikat perkhidmatan telekomunikasi. - AFP

Pelan Arab Saudi atasi kesesakan di Jamrah berjaya



Ribuan jemaah haji berjalan dalam tiga lorong khas yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memastikan kesesakan dapat dikawal semasa para jemaah menuju ke Jambatan Jamrah untuk melakukan rukun melontar batu sebagai simbolik merejam syaitan dan mengawal hawa nafsu di Mina, dekat kota suci Mekah, semalam. - AFP



MEKAH 16 Nov. - Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi menyediakan pelan rapi yang bertujuan untuk mengawal kesesakan di Jambatan Jamrah semasa jemaah haji mula melontar jamrah di Mina pagi ini.
Menurut pelan tersebut, jemaah yang tiba di Jambatan Jamrah dengan tren Masyair akan dikumpulkan semula untuk memastikan mereka melaksanakan kerja melontar di semua tingkat kompleks itu.
Komander Pertahanan Awam di Jamrah, Brigadier Jeneral Zuhair Seibiyah berkata, fokus pelan itu juga adalah untuk mengelakkan pergerakan terlalu ramai jemaah di laluan masuk dan laluan keluar di kompleks jambatan lima tingkat itu semasa waktu puncak.
Katanya, lebih 1,300 pegawai melaksanakan pelan tersebut yang membenarkan jemaah melakukan lontaran antara 11 pagi hingga 6 petang (4 petang hingga 11 malam waktu Malaysia) selama empat hari mulai hari ini sehingga 19 November (10-13 Zulhijjah).
"Segala persiapan sudah dilakukan bagi mencegah kesesakan jemaah di tingkah bawah dan tingkat satu jambatan dan mengagihkan mereka untuk melakukan kerja melontar di kesemua lima tingkat jambatan," ujarnya.
Seibiyah berkata, Pertahanan Awam sudah membuat persiapan khas untuk menerima jemaah yang menaiki tren Masyair di tingkat empat jambatan.
"Kemudian eskalator akan digunakan untuk membawa mereka ke tingkat lain sebagai sebahagian langkah untuk mengelakkan kesesakan dan insiden rempuhan.
"Dengan siapnya kelima-lima tingkat, struktur jambatan raksasa mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 400,000 jemaah sejam," katanya.
Kemudahan tersebut juga telah melipatgandakan keupayaan pasukan Pertahanan Awam untuk bertindak pantas sekiranya berlaku kecemasan, tambah komander itu.
Selain itu, bilangan lokasi pemantauan di Jamrah ditingkatkan daripada 51 kepada 102 bagi membolehkan anggota Pertahanan Awam mengawasi pergerakan jemaah dan menghantar bantuan kepada jemaah yang memerlukan pertolongan cemas. - Agensi