Pages

Wednesday, November 17, 2010

Pengasas Facebook dakwa e-mel sudah mati




KETUA Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menjelaskan mengenai perkhidmatan mesej terbaru di laman sosial itu di San Francisco kelmarin.




SAN FRANCISCO - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendakwa, teknologi e-mel bakal pupus seperti surat menyurat kerana ia terlalu perlahan dan tidak formal, lapor sebuah akhbar semalam
Eksekutif berusia 26 tahun itu membuat dakwaan tersebut kelmarin ketika melancarkan perkhidmatan mesej terbaru dan percuma bagi para pengguna Facebook di sini, Amerika Syarikat (AS).
"Ia (perkhidmatan mesej Facebook) bukan e-mel. Ia mengendalikan e-mel dan kaedah komunikasi lain termasuk laman sembang," katanya.
Menurutnya, perkhidmatan terbaru Facebook itu menggabungkan semua bentuk komunikasi web dan teks di Internet serta berfungsi serta-merta.
"Kami mahu orang ramai boleh berkomunikasi dalam apa cara yang mereka mahu sama ada e-mel, teks atau mesej Facebook," tambahnya.
Perkhidmatan itu dijangka membuka persaingan lebih sengit antara Facebook dan Gmail milik Google untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan.
Setakat ini, Facebook kekal unggul dengan 500 juta pelanggan diikuti Hotmail dan Yahoo masing-masing dengan 362 juta pengguna dan 273 juta pengguna manakala Gmail ketinggalan dengan 193 juta pengguna.
- Agensi

No comments:

Post a Comment