Pages
Monday, January 30, 2012
Monyet, babi hutan tertipu
Lelaki cintai isteri orang kena hukuman potong
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.
Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.
sumber : myMetro
MABUK, ROGOL ISTERI TEMANNYA YANG DISANGKA ISTERINYA DI JALAN MARAKAU, RANAU
RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.
Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek
Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.
Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.
Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar.
Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.
“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.
“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
'via Blog this'
Kitab Tib rahsia kearifan Melayu
BANGSA Melayu sejak dulu sudah memiliki pengetahuan dalam ilmu perubatan dan secara umum sebahagian besar maklumat dalam bidang ini ditulis dalam tulisan jawi dengan manuskrip yang dikenali sebagai Kitab Tib, iaitu pinjaman daripada bahasa Arab bermaksud ilmu mengenai ubat-ubatan.
Perkara ini yang dibangkitkan Mantan Mualim Tamu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dr Harun Mat Piah, ketika membincangkan Kitab Tib Sebagai Wadah Ilmu dan Kearifan Orang Melayu pada Siri Wacana Manuskrip Melayu di PNM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Jika puisi Melayu tradisi seperti pantun adalah petanda kearifan orang Melayu dalam ilmu geografi, Kitab Tib pula adalah himpunan kebijaksanaan orang Melayu dalam ilmu perubatan dan penjagaan diri,” katanya yang turut mendedahkan 80 manuskrip yang tergolong dalam kategori Kitab Tib tersimpan di seluruh dunia termasuk 40 daripadanya di PNM.
Bakinya menjadi hak milik individu, organisasi dan kerajaan negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei hinggalah negara barat seperti Belanda, Britain selain Perancis, manakala antara Kitab Tib yang terkenal ialah Tajul Muluk dan Kitab Tib Pontianak.
“Kearifan orang Melayu dalam dunia perubatan sangat jelas jika kita mengkaji Kitab Tib. Seolah-olah setiap bomoh atau pawang itu lepasan sekolah perubatan. Ilmu pengubatan untuk sesuatu penyakit hampir sama dengan ubat-ubatannya, sukatan dan cara menghasilkan ubat juga dibuat dengan ukuran standard,” jelasnya.
Kehadiran Kitab Tib yang menjadi warisan berharga bangsa Melayu hari ini jelas menunjukkan wujudnya pelbagai bidang ilmu yang dipelajari masyarakat dengan sebahagian besarnya dirakam dalam naskhah lama dengan kebanyakan jenis ilmu terbabit mempunyai konsep dan kaedah penyampaiannya tersusun.
Meskipun Kitab Tib kurang seninya daripada segi bahasa atau penampilannya berbanding manuskrip sastera atau sejarah, tetapi isi kandungannya relevan, malahan kandungannya yang kekal menjadi petua berkesan sehingga terus diamalkan generasi hari ini.
Buktinya, pantang larang tidak boleh makan daging untuk mereka yang buasir, jangan makan telur bagi mereka yang sakit mata dan madu asli sebagai penawar mujarab untuk masalah batuk, masih menjadi amalan sebahagian besar bangsa Melayu hari ini.
“Yang menjadi masalah ialah bahasa yang digunakan dalam Kitab Tib. Kebanyakan bahasanya Melayu lama dan ditulis berdasarkan zamannya. Justeru bahasanya sedikit sukar difahami orang kebanyakan, manakala ada beberapa ramuan ubat yang mungkin sukar dicari. Justeru, pada logiknya perubatan moden lebih sesuai dan menjimatkan masa,” ujarnya.
Dr Harun turut berkongsi dengan khalayak wacana bahawa tidak semua Kitab Tib ditulis dalam bentuk catatan perubatan kerana ada sesetengah kandungan Kitab Tib ditulis dalam bentuk syair dan hikayat, misalnya Syair Laksana Kita, Syair Bahr An-Nisa dan Hikayat Nurul Lisan.
“Satu lagi pecahan kecil dalam Kitab Tib ialah ilmu jimak, iaitu perkara yang berkaitan dengan hubungan intim suami isteri. Ilmu ini disebut juga sebagai ilmu berahi atau ilmu syahwat. Ia bukan pendidikan seks ala barat, tetapi pendidikan berhemah dalam masa sama memberi didikan kepada amalan penjagaan kesihatan diri. Misalnya dalam Kitab Kanz al-Ikhtisas disebut tentang jika jimak terlalu banyak dilakukan, ia memberi mudarat daripada manafaat,” katanya.
Dalam Kitab Hayawat al-Haiwan pula ilmu berahi ditampilkan sebagai, ‘empat perkara yang mendaifkan badan dan menyegerakan tua, pertama banyak jimak, kedua banyak citaan hati (terlalu bercita-cita tinggi tidak sepadan usia), ketiga banyak minum air pagi-pagi serta keempat banyak makan yang masam.
Kitab Syaikh Razak al-Maki pula menyebut, ‘tiga perkara yang menyegerakan rukuh badan dan mendaifkan dia, pertama menjimak perempuan yang sangat tua, kedua tidur pada ketika sangat kenyang, ketiga memasukkan di dalam jimak tatkala kenyang perut’.
Begitupun, apa yang paling menarik dalam Kitab Tib bagi Dr Harun ialah kaedah pembicaraan kitab itu dengan setiap jenis penyakit, rawatan, ubat-ubatan, penggunaan bahan, sistem sukatan dan timbang ramuan ubat, proses pembuatan ubat dan pantang larangnya hampir sama dalam kebanyakan kitab.
“Selain itu dalam ilmu perubatan Melayu, unsur pantang larang iaitu kalau berubat mesti ada pantangnya dan kalau langgar pantang akan bentan. Justeru ada konsep makanan berangin atau sejuk dalam ilmu perubatan Melayu. Namun, apa yang menarik kearifan orang Melayu sangat menyerlah kerana kalau sudah bentan, ilmu perubatan Melayu ada pula ilmu untuk menangani bentan,” katanya.
Sungguhpun demikian, Dr Harun tidak menafikan kearifan orang Melayu bukan saja dirakam dalam Kitab Tib, tetapi juga karya sasteranya dan ratusan jenis ilmu, dalam semua bidang mahupun peringkat, selain wujud serta subur berkembang dalam semua zaman.
“Bagaimanapun, meskipun secara keseluruhan direkodkan ada 22,000 naskhah manuskrip Melayu di seluruh dunia, namun hanya separuh daripadanya berada di Malaysia, manakala sebahagian lagi berada dalam simpanan negara asing,” katanya.
'via Blog this'
Ibu Keji, Sanggup Bunuh Anak Sendiri Agar Dapat Klaim Insurans
Namun, alibi Susan tidak boleh diterima sehingga ibu berusia 48 tahun itu didakwa atas tuduhan pembunuhan demi memperoleh wang insurans. ”Susan Hendricks (48) ditahan kerana membunuh dua anak lelaki, bekas suami dan ibu tirinya setelah ditahan di sebuah motel pada Isnin malam,” kata polisi.
Susan juga dituduh atas kepemilikan senjata selama melakukan aksi jenayahnya. Yakni, sebuah pistol yang disimpan di dalam almari kecilnya. Polis dipanggil ke sebuah rumah di Liberty, South Carolina, pada 14 Oktober, kata Asisten Ketua Polis Pickens County Tim Morgan.
Berdasarkan penyelidikan di Tempat Kejadian Perkara (TKP) serta barang bukti forensik dan wawancara dengan anggota keluarga, polis menyimpulkan keterangan yang disampaikan Susan tidak benar. Anggota keluarga memberitahu polis mengenai motif Susan sebenarnya adalah klaim insurans. Susan akan menerima wang insuransberlipat-lipat dari para korban jika aksinya berhasil.(Sumber)
Read more: http://www.borakkosong.com/2012/01/ibu-keji-sanggup-bunuh-anak-sendiri.html#ixzz1kz5WU36F
'via Blog this'
Israel kemuka cadangan sempadan ‘mustahil’
Menurut pegawai enggan dikenali itu, wakil Israel mengemukakan dasar prinsip mengenai sempadan masa depan negara itu dalam perbincangan pusingan akhir dianjur Jordan dan Kuartet Barat.
“Mereka mendedahkan gagasan yang hampir sama dengan sekatan keselamatan kontroversi Israel dan membiarkan seluruh Baitulmaqdis dalam negara mereka,” katanya. Menurut pegawai Israel itu, kata sumber berkenaan, Baitulmaqdis tidak boleh dipertikaikan manakala sejumlah penduduk haram Yahudi akan kekal di Tebing Barat.
“Israel tidak menyatakan secara khusus mengenai tembok dibina mereka, tetapi butirannya menunjukkan binaan itu akan dijadikan sempadan,” katanya. - AFPhref="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Israelkemukacadangansempadan__8216_mustahil__8217_/Article/index_html">myMetro | Israel kemuka cadangan sempadan ‘mustahil’:
'via Blog this'
Harga minyak bakal melonjak
Kenyataan Ahmad Qalehbani itu dibuat ketika pegawai kerajaan bersedia membincangkan larangan penjualan minyak mentah ke negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindak balas sekatan pertubuhan itu ke atas Iran.
Menurut Ahmad, Teheran juga akan mengembangkan kapasiti pengeluarannya untuk diproses di dalam negara berbanding menjual bahan penting itu ke pasaran antarabangsa.
EU mengumumkan sekatan ke atas minyak Iran minggu lalu dalam usaha menekan Teheran dalam program nuklear kontroversinya.
Sekatan itu akan dikuatkuasakan pada musim panas ini, tetapi Iran berkata, ia mungkin mengurangkan pengaliran minyak mentah ke Eropah lebih awal.
Menurut Iran, EU hanya menyumbang kepada 18 peratus daripada pengeluaran dan Teheran boleh mencari pelanggan baru.
Kata Teheran, larangan itu lebih menyukarkan Barat berbanding Iran, antaranya disebabkan peningkatan harga di pasaran.
Harga penanda aras bagi petroleum mentah AS pada Jumaat adalah AS$99.56 (RM302.76) satu tong Ahmad berkata, dunia akan melihat kenaikan harga petroleum pada masa depan.
“Iran boleh mendapatkan pelanggan baru untuk memasarkan minyaknya dalam jangka pendek, manakala bagi jangka panjang, kami akan mengembangkan kapasiti penapisan untuk menukar petroleum mentah menjadi produk lain,” katanya. - APhref="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaminyakbakalmelonjak/Article/index_html">myMetro | Harga minyak bakal melonjak:
'via Blog this'
Tiga hari terperangkap dalam lumpur
Bagaimanapun, kebebasan lelaki itu tidak lama kerana polis berkata, dia dikehendaki atas kesalahan jenayah. Polis akan menahannya selepas dia dirawat di hospital. Sekumpulan pelajar sekolah tinggi La Cueva dan guru biologi mereka terdengar jeritan lelaki itu pagi kelmarin dari kawasan berlumpur di Pusat Pemuliharaan Terbuka Oxbow, kata polis dan Jabatan Bomba Albuquerque.
Kumpulan pelajar itu berada di kawasan berkenaan iaitu kira-kira 3.2 kilometer di utara lebuh raya 40 di Albuquerque untuk projek sekolah. Mereka menghubungi pihak berkuasa memberitahu lelaki terbabit terperangkap dalam sungai itu selama tiga hari dan tidak dapat bergerak. Anggota bomba dan pegawai perhilitan tiba di tempat kejadian dan mendapati “seorang lelaki terperangkap di rimbunan tanaman kira-kira 300 kaki dari barat tebing sungai itu,” kata pihak berkuasa. Anggota bomba kemudian menggunakan bot udara dan sistem takal untuk mengangkat lelaki itu dari lumpur ke kawasan bukit.
Polis kemudian mengenal pasti lelaki terbabit sebagai Clayton Senn, gelandangan yang tinggal di tepi sungai itu.
Polis berkata, mereka mempunyai waran tangkap ke atas Senn kerana disyaki melakukan jenayah serangan bersenjata. - APhref="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigahariterperangkapdalamlumpur/Article/index_html">myMetro | Tiga hari terperangkap dalam lumpur:
'via Blog this'
Ibu pandu kereta tarik anak ke sekolah
Menurut polis, wanita terbabit bertindak begitu selepas anaknya tertinggal bas sekolah.
Ketua Polis Wood Cross, Greg Butler, berkata tindakan itu berbahaya kerana budak terbabit boleh dilanggar kenderaan dari arah bertentangan.
“Kes ini diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Daerah Davis untuk ditentukan tindakan sewajarnya,” katanya.
Menurut Butler, wanita berkenaan memandu sangat perlahan dan anaknya mampu berjalan mengikut kelajuan kenderaan itu.
Seorang jiran menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan. - Reutershref="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibupandukeretatarikanakkesekolah/Article/index_html">myMetro | Ibu pandu kereta tarik anak ke sekolah:
'via Blog this'
Krasnodar perkenal kotak ‘buang’ bayi
Berada di selatan Russia, Krasnodar menyediakan lima kotak berkenaan bagi membolehkan mana-mana ibu yang tidak mahukan anak mereka menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan tanpa dikenali.
Tiga kotak pertama dipasang di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.
Menjelang akhir bulan, seorang bayi perempuan ditinggalkan di situ.
Ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar, Elena Redko, berkata langkah itu diambil bagi menyediakan perlindungan untuk bayi tidak dikehendaki.
“Ia lebih baik daripada bayi terbabit ditinggalkan dalam tong sampah,” katanya.
Menurut Elena, bayi perempuan itu kini sihat dan diserahkan kepada pegawai penjagaan kanak-kanak.
“Saya rasa dia akan diambil sebagai anak angkat tidak lama lagi kerana di wilayah ini, tak ramai bayi dan berbanding keluarga yang mahukannya,” katanya. Langkah itu menyusuli tindakan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Afrika Selatan yang memperkenalkan pusat penyerahan bayi tahun lalu.
Disediakan Tabung Kanak-kanak Out of Africa, ia dipasang di pusat komuniti di Cape Town bagi membolehkan mana-mana ibu meninggalkan bayi mereka tanpa memperkenalkan diri. - DM
'via Blog this'
Krisis Syria boleh gugat kestabilan serantau – Duta Mesir
Mesir yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama revolusi di negara itu yang berjaya menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, memandang serius apa yang berlaku di Syria kerana ia boleh menjejaskan kestabilan di rantau itu.
Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD ZULKIFLI SAINUDDIN telah menemu bual Duta Mesir ke Malaysia, MOHAMED SAAD EBEID untuk mengetahui pendirian Mesir mengenai krisis di Syria dan juga perkembangan di rantau itu.
UTUSAN: Krisis politik di Syria kini semakin meruncing. Sebagai negara jiran dan juga anggota Liga Arab, apakah pendirian Mesir mengenai isu ini?
SAAD: Sebagai sebuah negara jiran, kami mengikuti secara dekat apa yang berlaku di Syria. Sejak mula lagi kami telah menyuarakan pendirian kami berulang kali menggesa kerajaan Syria mengambil langkah secara aman bagi menagani krisis yang sedang berlaku. Kekerasan tidak akan membawa kestabilan di sesebuah negara dan ia hanya boleh dicapai dengan mewujudkan kedamaian melalui dialog, memenuhi tuntutan rakyat dan bukan melalui keganasan. Kekerasan hanya akan membawa pertumpahan darah yang akhirnya menimbulkan bencana bukan sahaja di Syria tetapi juga di rantau itu.
Bagaimana pula dengan peranan Liga Arab dalam menangani krisis ini?
Liga Arab yang beribu pejabat di Kaherah, Mesir telah mengambil langkah berpatutan untuk membawa kestabilan di Syria. Satu daripada langkah itu ialah dengan menghantar pasukan pemantau untuk mengetahui situasi terkini di negara itu dan memastikan Syria mematuhi pelan damai yang telah dipersetujui sebelum ini. Kami amat berharap krisis ini dapat diselesaikan secara aman kerana ini adalah jalan terakhir untuk mengelak campur tangan asing. Kita telah melihat sebelum ini bagaimana kedegilan Libya telah mengundang campur tangan asing, sekali gus menyebabkan banyak rakyat negara itu terbunuh dan berlaku kemusnahan.
Namun, penyelesaian masih belum menampakkan kejayaannya di Syria, apa komen tuan?
Proses untuk mengembalikan kestabilan di Syria bukan mudah, tetapi kami tidak akan berputus asa demi kepentingan semua pihak, terutamanya penduduk awam di negara itu. Pasukan pemantau akan terus menghantar laporan kepada Majlis Liga Arab untuk menilai langkah seterusnya. Rundingan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani krisis itu turut dijalankan. Syria adalah negara Arab yang penting kepada Mesir dan di rantau itu. Mengekalkan kestabilan di Syria bagi Mesir adalah kepentingan antarabangsa.
Bagaimana pula pandangan tuan mengenai isu program nuklear Iran yang penuh kontroversi?
Isu program nuklear Iran adalah satu isu yang sangat rumit. Namun, Mesir mengambil pendirian bahawa Asia Barat harus bebas daripada senjata nuklear yang bakal mencetuskan kemusnahan besar. Kami mahu isu itu diselesaikan secara aman tanpa sebarang pertempuran, sesuatu yang tidak diingini, bukan sahaja oleh Mesir tetapi juga oleh seluruh dunia. Pertempuran hanya akan mendatangkan lebih banyak kemusnahan dan ketidakstabilan di rantau itu. Dalam menyelsaikan isu ini, Iran perlu bekerjasama dan membuktikan kepada dunia bahawa negara itu tidak membangunkan senjata nuklear dan dunia pula perlu memberi peluang kepada Teheran untuk membuktikan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan.
Amerika Syarikat (AS) dan Barat kuat mengecam program nuklear Iran, mungkinkah terdapat agendal lain?
Sebenarnya bukan AS dan Barat sahaja yang bimbang dengan program nuklear Iran, tetapi juga seluruh negara di rantau Arab dan di dunia. Ini kerana program nuklear Iran boleh menyebabkan kemusnahan bukan sahaja di negara itu tetapi di rantau tersebut. Kebocoran nuklear contohnya akan menjejaskan seluruh Teluk Arab. Mungkin AS dan Barat dilihat berada di barisan hadapan dalam mengecam program nuklear Iran, tetapi ini tidak bermakna hanya mereka yang bimbang. Sama seperti program nuklear Korea Utara, ia turut menjadi kebimbangan di negara-negara di rantau itu. Ia menjadi komitmen setiap masyarakat antarabangsa dan pada masa yang sama hak setiap negara untuk membangunkan kemudahan nuklear untuk tujuan keamanan, tetapi jika ia dibangunkan melebihi daripada tujuan itu ia akan membawa bahaya dan mengugat kestabilan dunia.
'via Blog this'
Akhbar China minta sekat ekonomi Filipina
BEIJING - China sepatutnya mengenakan sekatan ke atas Filipina selepas ia menawarkan untuk membenarkan lebih banyak askar Amerika Syarikat (AS) berada di negaranya, lapor Global Timessemalam.
Menurut agensi berita AFP, kenyataan itu dibuat ketika semakin meningkatnya ketegangan di perairan Laut China Selatan.
Pada Jumaat lalu, Filipina menyatakan ia merancang untuk mengadakan lebih banyak latihan dan membenarkan lebih ramai kehadiran askar AS yang bertugas bergilir-gilir di negara itu.
Filipina juga mengalu-alukan kedatangan AS yang mahu melebarkan kuasa ketenteraannya di Asia.
China masih belum membuat respons mengenai pengumuman itu.
Namun, akhbar ruangan pengarang akhbar Global Times menyatakan bahawa China perlu memberi respons ekoran langkah Filipina itu dengan menggunakan pengaruhnya untuk memotong aktiviti ekonomi antara Filipina dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Menurut ruangan pengarang itu, sekatan ke atas Filipina akan menyebabkan ia memikirkan untuk memilih sama ada kehilangan seorang rakan seperti China atau menjadi rakan yang sia-sia AS.
China dan Filipina bersama Vietnam bersaing untuk menuntut sebahagian kawasan di Laut China Selatan.
Taiwan, Brunei dan Malaysia turut membuat tuntutan yang sama.
AS kini meningkatkan kehadiran pasukan tenteranya di Asia Pasifik dalam satu peralihan strategik yang mencetuskan kemarahan China.
Pada Khamis lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mengumumkan pada satu sidang akhbar untuk mengurangkan saiz askar AS menerusi satu bajet 2013.
Namun, rancangan itu mencadangkan keutamaan tentera AS di Asia.
Menurut agensi berita Reuters, Panetta juga mengumukan dia akan meminta bajet sebanyak AS$525 bilion (RM1.59 trilion) untuk tahun fiskal 2013. - Agensi
'via Blog this'
Al-Quran dibuang dalam guni
berita @kosmo.com.my
JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.
Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.
Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.
Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.
'via Blog this'
Pameran festival keranda bentuk unik
LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London.
Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain.
"Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton.
"Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu.
"Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya.
Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP
Tiga wanita separuh bogel ditangkap
DAVOS, Switzerland - Tiga wanita dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana mendedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.
Dua daripada mereka ditangkap polis semasa cuba memanjat pagar ke sebuah resort yang menjadi lokasi forum tersebut berlangsung.
Mereka yang menuntut keadilan ekonomi dunia hanya memakai seluar panjang tanpa baju walaupun cuaca amat sejuk. - Agensi/AFP
'via Blog this'