Pages

Monday, January 30, 2012

Akhbar China minta sekat ekonomi Filipina



PESAWT C-30 Tentera Udara Amerika Syarikat.


BEIJING - China sepatutnya mengenakan sekatan ke atas Filipina selepas ia menawarkan untuk membenarkan lebih banyak askar Amerika Syarikat (AS) berada di negaranya, lapor Global Timessemalam.

Menurut agensi berita AFP, kenyataan itu dibuat ketika semakin meningkatnya ketegangan di perairan Laut China Selatan.

Pada Jumaat lalu, Filipina menyatakan ia merancang untuk mengadakan lebih banyak latihan dan membenarkan lebih ramai kehadiran askar AS yang bertugas bergilir-gilir di negara itu.

Filipina juga mengalu-alukan kedatangan AS yang mahu melebarkan kuasa ketenteraannya di Asia.

China masih belum membuat respons mengenai pengumuman itu.

Namun, akhbar ruangan pengarang akhbar Global Times menyatakan bahawa China perlu memberi respons ekoran langkah Filipina itu dengan menggunakan pengaruhnya untuk memotong aktiviti ekonomi antara Filipina dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Menurut ruangan pengarang itu, sekatan ke atas Filipina akan menyebabkan ia memikirkan untuk memilih sama ada kehilangan seorang rakan seperti China atau menjadi rakan yang sia-sia AS.

China dan Filipina bersama Vietnam bersaing untuk menuntut sebahagian kawasan di Laut China Selatan.

Taiwan, Brunei dan Malaysia turut membuat tuntutan yang sama.

AS kini meningkatkan kehadiran pasukan tenteranya di Asia Pasifik dalam satu peralihan strategik yang mencetuskan kemarahan China.

Pada Khamis lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mengumumkan pada satu sidang akhbar untuk mengurangkan saiz askar AS menerusi satu bajet 2013.

Namun, rancangan itu mencadangkan keutamaan tentera AS di Asia.

Menurut agensi berita Reuters, Panetta juga mengumukan dia akan meminta bajet sebanyak AS$525 bilion (RM1.59 trilion) untuk tahun fiskal 2013. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment