Pages

Monday, January 30, 2012

Krasnodar perkenal kotak ‘buang’ bayi

MOSCOW: Wilayah Krasnodar menjadi kerajaan tempatan pertama memperkenalkan kotak khas untuk meninggalkan bayi di Russia sejak November lalu, lapor media semalam.

Berada di selatan Russia, Krasnodar menyediakan lima kotak berkenaan bagi membolehkan mana-mana ibu yang tidak mahukan anak mereka menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan tanpa dikenali.


Tiga kotak pertama dipasang di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.

Menjelang akhir bulan, seorang bayi perempuan ditinggalkan di situ.


Ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar, Elena Redko, berkata langkah itu diambil bagi menyediakan perlindungan untuk bayi tidak dikehendaki.



“Ia lebih baik daripada bayi terbabit ditinggalkan dalam tong sampah,” katanya.

Menurut Elena, bayi perempuan itu kini sihat dan diserahkan kepada pegawai penjagaan kanak-kanak.


“Saya rasa dia akan diambil sebagai anak angkat tidak lama lagi kerana di wilayah ini, tak ramai bayi dan berbanding keluarga yang mahukannya,” katanya. Langkah itu menyusuli tindakan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Afrika Selatan yang memperkenalkan pusat penyerahan bayi tahun lalu.

Disediakan Tabung Kanak-kanak Out of Africa, ia dipasang di pusat komuniti di Cape Town bagi membolehkan mana-mana ibu meninggalkan bayi mereka tanpa memperkenalkan diri. - DM

myMetro | Krasnodar perkenal kotak ‘buang’ bayi:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment