KUANTAN: Gara-gara sijil kelahirannya ditulis dalam tulisan Jawi, seorang lelaki dinafikan haknya untuk mendapat status warga negara selama 47 tahun sebelum memperoleh dokumen penting itu, baru-baru ini.
Lelaki berkenaan, Che Koh Chai @ Kok Chui, 66, dari Lorong Seri Teruntum 120, Taman Cahaya, di sini, gembira apabila impiannya memiliki kad pengenalan seperti ahli keluarganya lain tercapai.
Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia menghadapi kesukaran memohon status warga negara berikutan mempunyai sijil kelahiran ditulis dalam tulisan Jawi selain beberapa kali gagal temu duga dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Katanya, hanya dia dan kakak ketiganya saja menghadapi masalah berkenaan, namun kakaknya itu mendapat status warga negara selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya dilahirkan di Terengganu dan mula memohon mendapatkan status warga negara pada usia 19 tahun, namun JPN ketika itu mengesyorkan saya menukar sijil kelahiran kerana ia ditulis dalam Jawi.
“Malangnya, proses menukar sijil kelahiran mengambil masa 10 tahun, malah nama pada sijil kelahiran baru juga tidak sama berikutan kesilapan bapa tidak membawa sijil kelahiran lama,” katanya ketika ditemui semalam.
Pages
▼
Friday, July 16, 2010
Lapan askar AS terbunuh
KABUL (Aghanistan): Pasukan tentera Amerika mengalami kemalangan jiwa yang tinggi dalam tempoh 24 jam lalu apabila lapan tenteranya terbunuh dalam serangan berani mati termasuk serangan anggota Taliban di halaman sebuah balai polis di Kandahar.
Sebelum itu, Amerika dan sekutunya memberi amaran akan mempertingkatkan latihan ketenteraan bagi menangani keganasan yang kian memuncak pada musim panas ini. Ribuan tentera bersekutu dikerah ke selatan Afghanistan. Dilaporkan seorang penyerang berani mati meletupkan bom kereta di ibu pejabat Polis Kebangsaan Afghan di Kandahar sebelum disusuli tembakan mesingan dan lontaran bom tangan kumpulan pemberontak.
Tiga tentera Amerika, seorang anggota polis Afghan dan lima orang awam terkorban.
Empat lagi tentera Amerika terbunuh akibat serangan bom di tepi jalan. - AFP

Kapal bantuan kemanusiaan Libya berlabuh di pelabuhan Mesir
EL-ARISH (Mesir): Kapal bantuan kemanusiaan Libya yang cuba melepasi sekatan Israel ke atas Gaza berlabuh di Mesir, semalam selepas bersetuju untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui wilayah di Mesir.
Berita itu mengakhiri kebimbangan terjadinya konfrontasi antara kumpulan aktivis kemanusiaan dengan tentera laut Israel yang mengancam akan menggunakan kekerasan jika kapal bantuan itu tidak berpatah balik atau menuju ke Mesir.
Organisasi Kebajikan Libya, Pertubuhan Kadhafi yang menganjurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza itu mendapat jaminan Kerajaan Mesir yang Israel membenarkan kapal membawa 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan itu dihantar ke Gaza. Libya juga diberi keizinan menyalurkan pembiayaan AS$50 juta (RM165 juta) untuk membina kediaman selain menyediakan 500 rumah pasang siap di Gaza, lapor pengarah eksekutif kumpulan kebajikan itu, Yusef Sawan. - AFP

Saman RM2j
SHAH ALAM: Seorang bapa melahirkan kekesalan terhadap perbuatan tiga daripada lima anak kandungnya sebagai tidak wajar kerana memaksanya menandatangani pada surat pembahagian harta pusaka, selepas didakwa mengurungnya dalam rumah, tiga tahun lalu.
SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam
“Tindakan ketiga-tiga anak saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya masih hidup, mereka paksa saya tandatangan kerana mahu rampas harta saya,” kata Baharom Long dengan linangan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.
Terdahulu, dia yang menyambut hari jadi ke-85 semalam, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM2 juta terhadap tiga anaknya yang didakwa mengurung dan memaksanya menurunkan tandatangan pada satu surat berhubung pembahagian harta pusaka, pada 2007.
Baharom, bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memfailkan saman itu menerusi peguam Muhd Azmi Talib & Co.
Dia menamakan anak sulungnya, Md Hanafiah, 55, pesara tentera sebagai defendan pertama, manakala Zakariah, 52, dan Musa, 50, kedua-duanya bekerja di bahagian kargo syarikat penerbangan, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. Baharom mempunyai dua lagi anak, Roslan, 48, dan Azizan, 44.
Dalam penyataan tuntutannya, Baharom mendakwa, defendan kedua berjumpanya di Masjid Selayang di pinggir Kuala Lumpur, sekitar November 2007 dan membawanya ke rumah defendan pertama sebelum mengunci pintu dan tingkap kediaman itu.
Di situ, Baharom mendakwa dipaksa menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungannya sekiranya mahu berkahwin kali kedua.
Menerusi salinan surat yang diterimanya kemudian, plaintif mendapat tahu ia surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda di Batu Caves, milik dia dan arwah isterinya.
Oleh itu, plaintif mendakwa semua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya memaksa dia menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.
Selain itu, dia mendakwa defendan secara agresif memaksanya menyerahkan geran kedua-dua tanah terbabit tanpa persetujuan atau kerelaannya.
Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa dia mengalami trauma serius sehingga sentiasa hidup dalam ketakutan terutama tinggal berseorangan di rumah.
Dia mendakwa mengalami kemurungan teruk kerana bimbang kejadian sama berulang sehingga memaksanya mengambil ubat khas bagi mengawal masalah itu.
Selain itu, plaintif mendakwa perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan psikologi akibat trauma daripada peristiwa berkenaan.

Dibuang tepi jalan
KANGAR: Nasib seorang remaja berusia 13 tahun tidak ubah seperti kucing kurap apabila dibuang abang angkatnya dalam kegelapan malam di tepi jalan di Tambun Tulang, dekat sini.
MAKLUMAT...Ku Chik (kanan) menyoal Zulkarnain.
Remaja yang dipanggil dengan nama Zulkarnain oleh keluarga angkatnya berkata, dia buntu dan hilang arah tuju selepas diperlakukan sedemikian kerana itu kali pertama melihat dunia luar kerana selama ini dia tidak dibenarkan keluar rumah serta tidak bersekolah.
“Abang angkat membuang saya di tepi jalan dan dalam keadaan gelap, saya terpandang cahaya lampu di sebuah rumah sebelum mengejutkan pemiliknya untuk tumpang bermalam di situ,” katanya pada sidang media di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Md Esa.
Menurutnya, kejadian berlaku pada malam 20 Mei lalu dan selepas diberi kebenaran menumpang tidur di rumah berkenaan, keesokannya tuan rumah itu membawanya ke balai polis sebelum dia diserahkan kepada JKM.
Bercerita lebih lanjut mengenai kejadian malam berkenaan, Zulkarnain berkata abang angkat yang memeliharanya sejak kecil memberitahu mahu membawanya keluar bersiar-siar menaiki kenderaan pikap.
Menurutnya, abang angkatnya berhenti di satu kawasan gelap di tepi jalan dan memaklumkan tayar kenderaannya pancit sebelum mengarahkannya keluar untuk sementara.
“Sebaik keluar, abang angkat terus memecut kenderaan meninggalkan saya seorang diri di kawasan itu. Itu kali pertama saya melihat dunia luar selepas terkurung dalam rumah keluarga abang angkat dan saya tidak mengetahui lokasi rumah itu sejak kecil,” kata remaja yang boleh dianggap misteri itu.
Zulkarnain bukan saja tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, malah turut gagal memberi maklumat mengenai identiti keluarga angkatnya termasuk lokasi kediaman keluarga berkenaan walaupun sudah 13 tahun menetap di sana.
Katanya, keadaan itu disebabkan sepanjang menginap di rumah keluarga angkatnya, dia tidak pernah belajar atau bersekolah, sebaliknya hanya disuruh melakukan kerja rumah selain tidak dibenarkan keluar atau bergaul orang luar kecuali dengan lima beranak yang tinggal di rumah itu yang juga tidak diketahui nama mereka.
Menurutnya, dia langsung tidak mempunyai maklumat mengenai keluarga angkatnya itu termasuk alamat atau nama pasangan yang memeliharanya yang hanya dikenali dengan panggilan pak cik dan mak cik.
Malah, dua anak lelaki pasangan terbabit juga hanya dikenali dengan panggilan ‘abang nombor satu’ dan ‘abang nombor dua’ manakala anak perempuannya pula bernama Noriza.
“Apa yang saya tahu, semua mereka bertutur dalam bahasa Siam dan hanya menggunakan bahasa Melayu ketika bercakap dengan saya,” katanya.
Sementara itu, Ku Chik berkata, Zulkarnain kini ditempatkan di bawah jagaan JKM sejak dua bulan lalu melalui perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Jagaan Kanak-kanak 2001 sementara menunggu tindakan lanjut.
“Kami sukar mengesan keluarga angkat Zulkarnain kerana ketiadaan pengenalan diri dan kanak-kanak ini juga gagal memberikan sebarang maklumat untuk membantu usaha berkenaan.
“Justeru, kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu terutama keluarga angkat Zulkarnain untuk membolehkan JKM menguruskan tindakan sewajarnya,” katanya.

Si gemuk malang
LONDON: Wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler, mendakwa dia terlantar di atas katil dan terbiar sementara menunggu mati selepas doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya.
BERBEZA...keadaan Sharon sekarang (kiri) dan 20 tahun lalu.
Sharon, 40, mempunyai berat 285.8 kilogram dan kini terpaksa menghabiskan masa setiap hari di atas katil hospital dicipta khas untuknya.
Katil itu diperkukuhkan bagi menampung berat Sharon.
Pada asasnya, tubuh Sharon agak kecil dengan ketinggian hanya 1.5 meter.
Kegemukan melampau menyebabkan berlaku tekanan ke atas jantung dan paru-paru Sharon, memaksa dia menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.
Suaminya, Tyler, berada di sisinya hampir setiap masa untuk membantu.
Ketika berkahwin kira-kira 20 tahun lalu, Sharon memiliki tubuh normal.
Bagaimanapun, dia menjadi kemaruk kepada makanan selepas mengalami kemurungan pascanatal melampau tidak lama kemudian.
Pada 2007, doktor menjangkakan dia hanya mampu hidup beberapa bulan saja.
Ketika itu berat badan Sharon adalah 266.7 kilogram.
Kini ditempatkan di Hospital Broomfield yang terletak berhampiran rumahnya di Chelmsford, Essex, Sharon berkata, doktor enggan menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawanya kerana terlalu gemuk.
“Saya dibiarkan di sini untuk mati.
“Jika saya sukar bernafas, memang hospital memberi bantuan tapi nampaknya tiada siapa yang bersimpati kepada orang gemuk,” katanya.
Sementara itu, pentadbiran hospital berkata, Sharon dijadual menjalani pembedahan bernilai RM147,489 tidak lama lagi. - Agensi

Bapa saman tiga anak lelaki RM2 juta
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
waziha@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Perebutan harta pusaka antara anak-beranak menyebabkan tiga bersaudara didakwa sanggup menipu dan mengurung bapa kandung mereka bagi memaksa warga emas itu menandatangani surat akuan menyerahkan dua lot tanah tiga tahun lalu.
Trauma dengan kejadian itu, bapa malang itu, seorang bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyaman ketiga-tiga anak lelakinya dan menuntut ganti rugi RM2 juta demi menuntut kembali haknya selain membela nasib dirinya.
Plaintif, Baharom Long, 85, hadir memfailkan saman tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam menerusi peguam Muhd. Azmi Talib.
Dalam writ saman tersebut, Baharom menamakan tiga anak lelakinya iaitu Md. Hanafiah, 55, Zakariah, 52, dan Musa, 50, sebagai defendan.
Plaintif bagaimanapun mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Roslan, 48, dan Azizan, 44.
Berdasarkan pernyataan saman tersebut, plaintif mendakwa, pada November 2007, dirinya dikurung di salah sebuah rumah defendan dan dipaksa oleh defendan menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungan.
Bagaimanapun, dakwa plaintif lagi, selepas memperoleh salinan surat tersebut, dia mendapati surat itu merupakan surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah miliknya dan arwah isteri, Maimunah Husin yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.
Menurut plaintif, dua lot tanah yang menjadi rebutan defendan terletak di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini.
Plaintif mendakwa, kesemua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya sebagai pemilik tanah bagi memaksa dirinya menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.
Plaintif seterusnya mendakwa, kesan perbuatan kesemua defendan yang merupakan anak-anaknya, dirinya mengalami trauma yang serius, sentiasa dalam ketakutan apabila berada seorang diri malahan menjadikan dirinya seorang yang prejudis.
Senjata kimia amerika yang telah membunuh ribuan umat Islam Iraq
Inilah senjata amerika yang telah dijual kepada Iraq sehingga amerika sendiri takut kepada senjata tersebut, lantaran penjualan senjata tersebut kepada Iraq maka amerika mencipta perang terhadap dunia Islam sehingga mengherek afghanistan yang tidak terlibat penjualan senjata tersebut, terbaru kini amerika juga menyerang negara Sudan dan lain-lain negara Islam, Apakah alasan yang sama juga boleh diterima oleh akal pemimpin-pemimpin negara Islam dunia?
قال وزير الدفاع الإيراني أنه مستعد للكشف عن القرائن التي تثبت تورط كل من الولايات المتحدة ودولا أوروبية في عمليات بيع أسلحة كيماوية إلى العراق، إبان الحرب العراقية الإيرانية : " إذا وجد قضاء أوروبي مستقل، فإننا سنقدم كل الوثائق التي تلقي مزيدا من الضوء على تدخلات الشركات الأمريكية والأوروبية، التي سلمت خلال الحرب المفروضة على إيران، معدات حربية إلى يد الدكتاتور العراقي السابق صدام حسين" كان قد صرح مسئول رفيع بوزارة الدفاع الإيراني في خضم حملة الضغوطات التي تتعرض لها إيران بخصوص برنامجها النووي السلمي. وقد ارتأت الحكومة الإيرانية الجديدة إرسال رسالة مفادها أن واشنطن لا يحق لها أن تكون الطرف الذي يعطي دروسا لإيران.
Tiada peperangan menentang pengganas tetapi peperangan tersebut adalah ciptaan amerika
جنرال أسترالي : الحرب على الارهاب لا حقيقة لها.
Jeneral Australia mengeluarkan kenyataan bahawa peperangan di Iraq dan di dunia sekarang hanyalah satu peperangan ciptaan amerika, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah menilai kerugian besar yang ditanggung oleh tentera-tentera yang terlibat dalam peperangan di Iraq.
Nota:
Lihatlah sendiri pengakuan seorang Jeneral yang memiliki Ilmu pengetahuan, tetapi pemimpin negara-negara Islam sendiri sentiasa menyokong kata-kata amerika demi mendapat keuntungan disebalik program tersebut untuk kepentingan peribadi. Melalui sokongan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin negara Islam kepada amerika, amerika menjanjikan penjualan senjata-senjata canggih untuk kegunaan ketenteraan, negara-negara Islam juga berpeluang untuk berlumba-lumba mengukuh siatem pertahanan negara masing-masing.
يتمتع الجنرال جوستان كيللي (الصورة) بسمعة عالية في استراليا. فقد قاد قوات السلام في تيمور الشرقية وهو اليوم بمثابة مدير البحث والتنمية بوزارة الدفاع. وقد أثار جدلا واسعا بنشره تقريرا عن الخسارة العسكرية لقوة التحالف بالعراق، خصوصا وأن قد أكد أن الحرب على الارهاب ما هي الا شعار. حسب الجنرال، فان الحرب على العراق لم تعلن ضد الارهاب، لكنها بالعكس قد آذنت بميلاد الارهاب في بلد لم يعرف الارهاب. انه من السخافة القول أن الهجمات توجه بدقة إلى الإرهابيين، وأن المجتمع يمكنه تصديق ذلك. " الحرب على الإرهاب لا حقيقة لها" استنتج الجنرال جوستان كيللي.
Kapal tentera laut amerika tetap kekal di laut arab selama-lamanya
Jeneral tentera laut amerika mengistiharkan semua kapal perang mereka berada di negara-negara arab tidak akan ditarik balik dari timur tengah.
Nota: Satu perjanjian rahsia diantara negara teluk telah ditandatangani oleh negara-negara teluk sebelum amerika memulakan tugas membebaskan kuwait daripada cengkaman Iraq. Diantara isi perjanjian tersebut semua kos perbelanjaan ribuan tentera amerika dan setiap peluru yang digunakan oleh tentera mesti ditanggung oleh negara-negara arab selagi mereka berada ditimur tengah, hasil daripada perjanjian rahsia tersebut semua negara arab telah menanggung hutang dan eset-eset simpanan mereka telah habis digunakan, kecuali negara mesir yang telah mengistiharkan negaranya sebagai negara bersekutu dengan israeil dan amerika telah mendapat layanan istimewa sehingga semua hutang kerajaan mesir dengan amerika telah dihapuskan.
أعلن الجنرال جون جامبر، الضابط الرفيع بالقوات البحرية الأمريكية، أن أسطول الطائرات الحربية المتواجدة بالعراق لمحاربة المقاومة العراقية وحماية النظام العراقي المعين من قبل الولايات المتحدة قائلا: "على الأكثر غير محددة". كما يثار الحديث كثيرا حول خروج القوات الأمريكية، والتي يقال أنها في مهمة دعم القوات العراقية، التي تحتاج إلى عدة كبيرة. هذا الأسطول الذي يناط به مراقبة آبار النفط عن طريق 50 رحلة يومية، مهمتها أيضا قمع كل محاولة تمرد عن طريق رميها بالقاذفات. بهذه الخطة العسكرية، تسعى الولايات المتحدة لشرعنة عمليات نهب الثروات البترولية العراقية عن طريق المسار الدستوري العراقي. " لدينا مصالح في هذه البقعة من العالم، ولدينا مصلحة في البقاء على اتصال مع الجيش المتواجد حاليا" كان قد أعلن نفس الجنرال أثناء تقرير صحفي اجري خلال أسابيع مضت.
CIA memilki sebuah penjara kapal terbang yang diubah suai
CIA memiliki beberapa buah penjara rahsia di Iraq,Uzbakistan, Palestin, amerika dan britain serta beberapa buah negara di eropah, CIA juga memilki sebuat pesawat rahsia yang digunakan untuk mengazabkan pejuang pejuang Islam.
-.
سجون السي آي إي السرية بأوروبا
خلال السنوات الأربع الماضيات، قامت الولايات المتحدة بعمليات اختطاف في مناطق كثيرة من العالم، كما أنها احتجزت و عذبت ضحاياها في مراكز تعذيب سرية، و هو ما كشفت عنه صحيفة الواشنطن بوست. بعض المعتقلات غير القانونية متواجدة في أوروبا الشرقية، بمن فيها دول تابعة للاتحاد الأوروبي، كما ذكرته جريدة" زيا" في مقال ننقله في هذا السياق. ففي الوقت الذي كنا على وشك وضع المقال في الموقع، تلقينا تأكيدا عن وجود تلك المعتقلات في بولونيا و وجود طائرة مخصصة كسجن اعتقال تمتكلها وكالة الاستخبارات المركزية في مطار "سريحغي" الروماني. وأثناء المؤتمر الدولي "محور السلام 2005 " أقيمت مائدة مستديرة أدارها كل من "راي ماكوفرن" ( محلل سابق في وكالة الاستخبارات المركزية)، سفيان أبو زيدة (وزير في السلطة الفلسطينية)، السفير "غريغ موراي" ( الذي استقال من "وايتهال" احتجاجا على مركز التعذيب البريطاني في أوزباكستان)، ماتوتز بسكورفسكي ( عضو برلماني بولوني الذي حمل القضية إلى المجلس التشريعي)، و الجنرال "روني فارغاس بازوس" ( القائد الأعلى للقوات المسلحة الاكواتورية، و الشاهد على خطة كونكورد)، وقد حلل هؤلاء معا شمولية التعذيب الذي يقوم به الحلفاء.
Pakaian wanita jahiliah
Surah Al-Ahzab, ayat :33. dan hendaklah kamu tetap di rumahmu[1215] dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu[1216] dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait[1217] dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. |
[1215]. Maksudnya: Isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan ke luar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara'. Perintah ini juga meliputi segenap mukminat. [1216]. Yang dimaksud Jahiliyah yang dahulu ialah Jahiliah kekafiran yang terdapat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Dan yang dimaksud Jahiliyah sekarang ialah Jahiliyah kemaksiatan, yang terjadi sesudah datangnya Islam. [1217]. Ahlul bait di sini, yaitu keluarga rumah tangga Rasulullah s.a.w. |
Kaum Nabi Lut terbaru di Argentina
BUENOS AIRES - Argentina kini menjadi negara pertama di Amerika Latin untuk meluluskan pernikahann sesama jenis, yang disahkan oleh para anggota senat dan disiarkan secara langsung oleh TV Kebangsaan tempatan.Undang-undang yang diluluskan adalah menyokong perancangan pemerintah yang berfahaman kiri dari presiden Cristina Kirchner. Sedangkan warga Argentina banyak memeluk fahaman Katolik Roma. "Ini adalah hari yang bersejarah," Kata Pimpinan Parti Miguel Pichetto, seperti dipetik dari AFP, Khamis (15/7/2010).Sementara senator aliran oposisi radikal Gerardo Morales mengatakan, masyarakat Argentina telah berubah, dengan menekankan bahawa undang-undang tersebut bertujuan untuk menjamin hak bagi kaum minoriti.
DOSA IBU BAPA MENGATASI KESALAHAN ANAK-ANAK
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya.
Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan"
[al-Tahrim 66 : 6]
Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk
isteri dan anak-anak.
"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon
saya.
Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting?
Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak- anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!
Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa.
Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.
"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya sukar menahan hati dari bersedih.
Saya masih ingat, semasa saya di Ireland , usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk
diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Juma at.
Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.
Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya.
Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan
mereka?
Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan.
Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK , dan sambil
itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.
Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.
Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan
anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik.
Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.
Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.
Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik,
kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.
Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland . Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia , lebih
menghiris rasa.
Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia . Cabaran membesarkan anak- anak semakin meruncing. Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.
"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia ", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan
kami.
Isteri saya mengangguk tanda setuju.
Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau.
Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa
kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road , Belfast . Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis "OMER".
Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia .
Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, "my father is a Moslem!"
Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland ? Tentu sekali tidak.
Tetapi selepas pulang ke Malaysia , pandangan saya berubah sama sekali.
Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, "apakah selamat anakku membesar di Malaysia ?"
Ya, semasa di Ireland , saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.
"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.
Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.
Tetapi bagaimana di Malaysia ? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas.
Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan
anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas.
Mampukah saya begitu? Entahlah...
Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland . Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas
dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.
Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak
dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya.
Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.
Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari
nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.
Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak- anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.
Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik
angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya ke bawanya ke
bilik dan kami berdialog.
Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan.
Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad
Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.
Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil aligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.
Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini.
Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.
Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak?
Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia . Alhamdulillah jika yang Indonesia itu
orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar , Thailand atau Filipina.
Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?
Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi.
Ibu dan ayah di mana?
Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya.
Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Bekalan (rezeki) yang kita dapat adakah dari sumber yang halal untuk kita memberi makan anak-anak kita, bekalan yang tidak berkat atau tidak halal yang menjadikan anak-anak jauh dari ALLAH dan melahir kan anak-anak yang bermasalah tanpa kita sedari…… sebagai contoh kita sebagai ibu bapa berkerja lebih masa, semata-mata untuk dapat kan bekalan tambahan, tetapi kita tidak melakukan kerja lebih masa dgn bersungguh-sungguh (curi tulang).
Lagi 1 yang saya nak ingatkan kepada ibu bapa zaman sekarang, jangan lah berkira @ kedekut dengan anak-anak, kita sebagai ibu bapa berkerja siang dan malam untuk keperluan anak-anak. Kalau kita kedekut dan berkira dengan anak-anak, bila anak-anak dewasa mereka pula akan kedekut dan berkira dengan kita… masa tu jangan salahkan anak-anak kita, salah kan diri kita yang mengajar anak-anak kita menjadi begitu... (biar kedekut dengan orang lain, tapi jangan kedekut dengan anak-anak kita)
Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?
Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita…. Menasihati anak-anak, biar lah dari mulut kita sebagai ibu bapa yang menasihati, cara lebih berkesan, dari kita mewakilkan orang lain menasihati anak-anak… terutama mulut ibu….. nasihat biar cara lembut… bukan berkasar dgn anak-anak…
Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.
Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.
Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah madu pertama saya.
Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh , kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh . Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.
Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan.
Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang?
Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.
Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.
Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya.
Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?
Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!... luang kan masa bersama-sama anak lebih dari masa berkerja.. pergorbanan paling berkesan mendidik anak zaman sekarang…!
Saintis Iran didakwa terima bayaran daripada CIA
WASHINGTON 15 Julai – Akhbar Washington Post melaporkan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayar sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) kepada saintis nuklear Iran Shahram Amiri untuk mendapatkan maklumat perisikan mengenai program nuklear negara itu.
Shahram pulang ke Iran hari ini dengan disambut sebagai wira setelah mendakwa beliau diculik oleh ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan kemudian ditawarkan wang sebanyak AS$50 (RM160 juta) untuk menetap di AS.
AS berkata, Shahram berpaling tadah secara sukarela tetapi kemudian menukar fikiran dan meminta dihantar balik ke Iran.
Edisi dalam talian akhbar Washington Post lewat semalam memetik pegawai kanan AS sebagai berkata, Shahram bekerja untuk CIA selama lebih setahun.
Beliau menerima bayaran sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) daripada sebuah program rahsia yang bertujuan untuk menarik saintis dan pakar lain yang memiliki maklumat mengenai program nuklear Iran supaya berpaling tadah.
Setibanya di Teheran Shahram berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat rahsia dan hanyalah seorang ‘penyelidik biasa’, dan menyangkal dakwaan pegawai Iran sendiri bahawa beliau seorang saintis nuklear.
“Saya tidak ada kaitan dengan tapak-tapak nuklear Natanz dan Fordo. Saya telah diperalatkan oleh AS untuk meningkatkan tekanan politik dan saya tidak pernah menjalankan penyelidikan nuklear,” kata Shahram yang merujuk kepada dua loji pengayaan uranium Iran.
Semasa sidang media di Teheran hari ini, Shahram mendakwa diseksa dengan teruk secara mental dan fizikal semasa dua bulan pertama ditahan dan pernah disoal siasat oleh ejen-ejen Israel.
Katanya, penculikannya adalah ‘perang psikologi ke atas Iran dan membuktikan segala pembohongan yang mahu disebarkan oleh AS kepada negara lain mengenai Iran’.
Shahram yang menghilangkan diri dari Arab Saudi semasa mengerjakan umrah pada Jun 2009, tiba di Teheran hari ini selepas muncul di Bahagian Kepentingan Iran di Kedutaan Pakistan di Washington pada Isnin lalu. – AP/AFP
Imam Muda popular di Eropah
FRANKFURT 15 Julai – Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia, Imam Muda, terbitan Astro Oasis.
Pada saat kebanyakan negara Barat menganjurkan program bakat televisyen bagi memilih bintang, langkah Malaysia menganjurkan program serupa untuk memilih ‘bintang imam’ menarik perhatian beberapa akhbar di kedua-dua negara itu.
Butiran mengenai program Imam Muda dilaporkan secara meluas oleh akhbar harian – daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger – membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan dalam komen mereka terhadap laporan berita itu.
Menerusi program Imam Muda, kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.
Tagesanzeiger menyifatkan calon berkenaan sebagai superstar di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda.
Berbeza dengan program realiti yang lain, apabila peserta lazimnya menyanyi atau menari, calon program Imam Muda memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran, mengikuti latihan menguruskan jenazah untuk dikebumikan dan berikrar melindungi golongan muda Malaysia daripada seks serta dadah.
Program pencarian bakat yang disiarkan setiap minggu itu diketuai oleh seorang ulama terkemuka, Hasan Mahmud.
Beliau mewujudkan sekumpulan imam muda yang dapat dijadikan contoh dan menggunakan bantuan mereka untuk memerangi gejala keruntuhan sosial dan moral.
Calon berusia antara 18 hingga 27 tahun dipilih berdasarkan kriteria personaliti dan pengetahuan agama mereka.
Seperti juga dalam American Idol dan program bakat yang lain, calon disingkirkan setiap minggu apabila mereka gagal melayakkan diri.
Ramai penonton dan pembaca yang terkejut apabila mendapati sepanjang tempoh program, calon-calon diasingkan dan ditempatkan dalam ruang tidur sebuah masjid – tanpa telefon bimbit, Internet, televisyen dan peralatan moden lain – supaya mereka dapat berfikir sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada bantuan atau galakan dari luar.
“Pemenang pertandingan itu berpeluang menunaikan fardu haji di Mekah, bantuan kewangan melanjutkan pelajaran di universiti di Madinah dan bekerja di masjid,” kata pengulas dalam akhbar harian Tagesspiegel yang diterbitkan di Berlin.
Akhbar Jerman itu menegaskan semua peserta yang mengambil bahagian pastinya dikagumi oleh peminat remaja dan bakal ibu mertua.
“Bagi umat Islam, menantu yang ideal ialah bakal imam kerana mereka berpendidikan dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam,” akhbar itu memetik Iselan Bazar daripada rangkaian Astro Oasis yang menyiarkan rancangan pencarian bakat agama itu. – BERNAMA