Pages

Friday, July 16, 2010

Lapan askar AS terbunuh

KABUL (Aghanistan): Pasukan tentera Amerika mengalami kemalangan jiwa yang tinggi dalam tempoh 24 jam lalu apabila lapan tenteranya terbunuh dalam serangan berani mati termasuk serangan anggota Taliban di halaman sebuah balai polis di Kandahar.
Sebelum itu, Amerika dan sekutunya memberi amaran akan mempertingkatkan latihan ketenteraan bagi menangani keganasan yang kian memuncak pada musim panas ini. Ribuan tentera bersekutu dikerah ke selatan Afghanistan. Dilaporkan seorang penyerang berani mati meletupkan bom kereta di ibu pejabat Polis Kebangsaan Afghan di Kandahar sebelum disusuli tembakan mesingan dan lontaran bom tangan kumpulan pemberontak.
Tiga tentera Amerika, seorang anggota polis Afghan dan lima orang awam terkorban.

Empat lagi tentera Amerika terbunuh akibat serangan bom di tepi jalan. - AFP

No comments:

Post a Comment