Pages

Friday, July 16, 2010

Dapat MyKad selepas 47 tahun

KUANTAN: Gara-gara sijil kelahirannya ditulis dalam tulisan Jawi, seorang lelaki dinafikan haknya untuk mendapat status warga negara selama 47 tahun sebelum memperoleh dokumen penting itu, baru-baru ini.
Lelaki berkenaan, Che Koh Chai @ Kok Chui, 66, dari Lorong Seri Teruntum 120, Taman Cahaya, di sini, gembira apabila impiannya memiliki kad pengenalan seperti ahli keluarganya lain tercapai.
Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia menghadapi kesukaran memohon status warga negara berikutan mempunyai sijil kelahiran ditulis dalam tulisan Jawi selain beberapa kali gagal temu duga dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, hanya dia dan kakak ketiganya saja menghadapi masalah berkenaan, namun kakaknya itu mendapat status warga negara selepas mendirikan rumah tangga.

“Saya dilahirkan di Terengganu dan mula memohon mendapatkan status warga negara pada usia 19 tahun, namun JPN ketika itu mengesyorkan saya menukar sijil kelahiran kerana ia ditulis dalam Jawi.

“Malangnya, proses menukar sijil kelahiran mengambil masa 10 tahun, malah nama pada sijil kelahiran baru juga tidak sama berikutan kesilapan bapa tidak membawa sijil kelahiran lama,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment