Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah subhanahu wa taala…
Dalam satu riwayat At-Tirmizi ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Apabila Allah memutuskan seseorang hamba mati di sesebuah tempat, maka Allah akan menjadikan orang itu mempunyai hajat di tempat tersebut”
Dalam hadis riwayat Ad Dailami secara marfu’ menyebutkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud :
Dalam hadis riwayat Ad Dailami secara marfu’ menyebutkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud :
“Setiap yang diperanakkan yakni kanak-kanak, ditaburkan pada pusatnya daripada tanah kuburnya. Maka apabila ia mati dikembalikan dia kepada tanahnya”.
Diriwayatkan daripada Abu Hatim rahimahullah katanya:
“Tiada kami dapati fadilat yang seumpama fadilat Abu Bakar dan Umar kerana tanah mereka berdua adalah sama dengan tanah Rasulullah s.a.w.
Dalam riwayat Ibnu Majah pula (secara marfu’) menyebutkan :
“Apabila ditetapkan ajal seseorang hamba pada suatu tempat dibumi ini, maka dijadikan dia mempunyai hajat keperluan di bumi itu, bila dia sampai ke bumi itu, maka dia dimatikan Allah di situ. Pada hari kiamat bumi itu berkata :”wahai Tuhanku, inilah orangnya yang engkau letakkan aku”.
Berdasarkan keterangan dan dalil di atas maka para ulama mengatakan, di sunatkan kepada seseorang hamba yang hendak bermusafir agar dia melepaskan dirinya daripada sebarang kezaliman dan membayar segala hutangnya, serta berwasiat tentang haknya dan hak orang lain yang perlu dilunaskan olehnya. Ini kerana dia tidak mengetahui adakah dia akan kembali semula ke rumahnya dari perantauan itu atau tidak…
Diriwayatkan bahawa ada seseorang lelaki yang masuk ke dalam majlis Nabi Sulaiman a.s lalu berkata : “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku mempunyai hajat keperluan di negeri India, dan aku memohon agar engkau titahkan angin membawaku ke situ pada waktu ini. Lalu Nabi Sulaiman a.s melihat kepada Malaikat Maut yang ada dalam majlisnya. Malaikat maut tersenyum darihal yang demikian. Tanya Nabi Sulaiman a.s: “Mengapa engkau tersenyum? Jawab Malaikat Maut : “Aku merasa hairan, kerana aku diperintahkan supaya mengambil nyawa orang ini di negeri India pada ketika ini, sedangkan aku lihat dia ada bersama engkau.” Kemudian orang itupun dibawa angin ke negeri India pada saat itu juga dan di sana nyawanya diambil.”
2 comments:
salam..
bagaimana pula seseorang itu berwasiat memutuskan silaturahim,katanya "sampai aku mati pun, kamu semua jangan berkawan bertegur sapa dengan si polan ni sampai bila-bila pun"..dengan kehendak allah,dia pun mati pada bulan syaaban lalu.
tolong beri pandangan dalam masalah ini.
Wasiat yang bertentangan dengan suruhan agama tidak perlu diikuti walaupun wasiat itu datangnya dari ibu bapa kita sendiri. Wallaha'klam
Post a Comment