Pages

Sunday, March 28, 2010

Lelaki 96 tahun kahwini wanita 30 tahun

TAIPEI: Seorang penjaga kuil menjadi pengantin tertua Taiwan apabila berkahwin dengan wanita jauh lebih muda daripadanya, lapor media tempatan, semalam.
Dia menimbulkan kekaguman orang ramai apabila berjaya memikat wanita berusia 30 tahun untuk diperisterikan.

Wanita itu berasal dari Hunan, China.

Walaupun bujang, Lin membesarkan dua anak angkat.

Katanya, dia ‘diarah’ dewa pergi ke Hunan pada 2007 bagi mencari isteri.

Walaupun dibantah keras anak angkatnya yang berusia 68 tahun, Lin tetap mahu berkahwin.

“Saya tak pernah kahwin. Mengapa saya tak boleh berkahwin dengan dia?” katanya. - AFP

No comments: