Pages

Wednesday, August 20, 2014

Video ngeri tunjuk kepala wartawan Amerika dipancung militan


GAMBAR menunjukkan seorang militan memegang pisau di sebelah seorang lelaki yang dikatakan James Foley di tempat tidak diketahui hari ini.

WASHINGTON: Sebuah video ngeri menunjukkan kumpulan militan memancung kepala seorang wartawan, James Foley, yang didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai tindakan balas terhadap serangan udaranya di Iraq.

Berikutan penyiaran video itu semalam, anggota keluarga Foley mengesahkan kematiannya secara berasingan menerusi kenyataan mereka dalam akaun Facebook yang dibuka khas untuk mendapatkan sokongan bagi pembebasannya.

"Beliau menyerahkan nyawanya bagi mendedahkan kepada dunia mengenai penderitaan yang dialami rakyat Syria," kata kenyataan itu. Ibu Foley, Diane merayu kepada pihak militan supaya tidak membunuh tebusan lain.

Katanya: "Seperti Jim, mereka tidak bersalah. Mereka tidak mempunyai kuasa ke atas dasar kerajaan Amerika di Iraq, Syria atau mana-mana tempat pun di dunia."

Kenyataan itu dipos dalam laman Facebook bernama 'Cari James Foley', yang digunakan oleh keluarganya beberapa kali sejak kehilangannya pada November 2012.

Foley, wartawan berusia 40 tahun dari Rochester, New Hampshire, hilang di Syria utara ketika bertugas sambilan untuk Agence France-Presse (AFP) dan GlobalPost milik syarikat dari Boston. Kereta yang dinaikinya ditahan oleh empat militan di kawasan pertempuran yang cuba dikuasai oleh penentang Sunnah dan pasukan keselamatan kerajaan.

Sejak itu tiada lagi berita yang didengar mengenainya. - AP

No comments:

Post a Comment