Pages

Thursday, June 7, 2012

Perlembagaan baru: Tentera Mesir beri 48 jam

Tentera beri 48 jam
Penyokong Ikhwanul Muslimin turut menyertai perhimpunan disertai
puluhan ribu penduduk di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin.

KAHERAH - Majlis Tertinggi Tentera, kelmarin memberi kata dua kepada parti politik di Mesir untuk menubuhkan panel terdiri daripada 100 ahli dalam tempoh 48 jam bagi merangka perlembagaan baru negara itu atau mereka akan membuat keputusan sendiri.

Bagaimanapun, beberapa parti termasuk Ikhwanul Muslimin dilaporkan memboikot mesyuarat yang diadakan pemerintah tentera tersebut.

Speaker Parlimen, Saad el-Katatni berkata, tiada siapa boleh melaksanakan undang-undang tanpa persetujuan Parlimen dan mereka tidak akan mengiktiraf jika pemerintah
tentera mahu merampas kuasa perundangan.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas majlis tentera mengancam untuk mengeluarkan deklarasi tambahan yang akan membuat rangka tindakan untuk panel tersebut.

Kerajaan sementara Mesir itu berhadapan tekanan berganda selepas kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara
seumur hidup ke atas bekas presiden, Hosni Mubarak kerana dianggap tidak setimpal dengan kekejamannya.

Difahamkan, pada masa ini tahap kesihatan Mubarak didakwa semakin merosot akibat daripada gangguan emosi yang dialaminya sejak Sabtu lalu.

Rangka puntianak ditemui di Bulgaria


Rangka puntianak ditemui di Bulgaria
Ahli arkeologi mendakwa kedua-dua rangka ini ditikam dengan besi kerana khuatir
ia akan bertukar menjadi puntianak.
SOFIA - Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai puntianak dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.

Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan puntianak.

Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.

"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.

Puluhan lagi budak korban keganasan Syria


Puluhan lagi budak korban keganasan Syria
Seramai 108 penduduk kampung termasuk 40 kanak-kanak di Houla dibunuh
dengan kejam oleh kumpulan lelaki bersenjata, shabiha.
DAMSYIK - Golongan wanita dan kanak-kanak berterusan menjadi mangsa kezaliman di Syria.

Sekurang-kurangnya 86 terbunuh termasuk lebih 20 kanak-kanak dalam insiden pembunuhan secara beramai-ramai di dua kampung di wilayah Hama, kelmarin.

 Insiden itu didakwa didalangi oleh kumpulan penyokong kuat Presiden Bashar al-Assad digelar shabiha.

Kumpulan aktivis mendakwa, beberapa mayat termasuk kanak-kanak dibunuh kejam dan dibakar tanpa perikemanusiaan.

Ia adalah keganasan terbaru selepas kejadian pembunuhan mengerikan terhadap 108 penduduk kampung di Houla lebih seminggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Assad tetap menyalahkan kumpulan bersenjata asing sebagai pencetus huru-hara dan melakukan tindakan keganasan di negara itu

KEPINCANGAN SISTEM WANG KERTAS

The U.S Dollar is going to be attacked and it will collapse and bring down all the PAPER money in the world 

Seorang Manusia Agung Yang Pakar Dalam Ekonomi Pernah Berpesan... Tentang Sistem Kewangan Manusia Bahawa..: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
H.R Imam Ahmad Ibn Hanbal.

"Wang Kertas Akhirnya Akan Kembali Kepada Nilai Dalamannya.. Iaitu hanya Sebagai Sekeping Kertas Kosong..."
-Voltaire ( Ahli Falsafah Perancis )..

"Tidak Ada cara Yang Lebih Baik Bagi Memporak-Perandakan Masyarakat Daripada Menjatuhkan Sistem Mata Wang..." - John Maynard Keynes ( Ahli Ekonomi Britian )...

Nota:
- Bersediakah anda melihat dunia bertukar ke era matawang digital(Kad Kredit) ?
- Tak nampak lagi kenapa harga emas naik mendadak tanpa sebab ?
- Sudah nampak keruntuhan sistem duit kertas ?
- 43 buah bank tutup di luar negera.
- Bank bergabung di dalam negara.
- Israel wujudkan nilai wang berteraskan emas(dinar) dan perak(dirham).
- Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan GLOBAL.

APA MAKNANYA SEMUA INI???

>>> BANGUNLAH DARI TIDUR WAHAI SAUDARAKU <<<

- BUT YET, MANY OF YOU ALWAYS DENY.

Setelah USD Tidak Lagi Menyandarkan Wang-Wang Kertas Kepada Rizab Emas Dan Perak Sejak Tahun 1971..
Dunia Menyaksikan "Pecah Amanah" Yang Telah Oleh Amerika Syarikat Pada Perjanjian "Brettonwoods 1944"...

44 Buah Negara Mengikat Rizab Wang Kertas Negara Dengan Rizab USD...
Sedangkan USD sudah Lama Memisahkan Diri Dari Emas Dan Perak...

44 Buah Negara??
Kalau USD jatuh (US Bankrap) apa Jadi Apa 44 Buah Negara Tersebut??

Siap Siaga Beberapa Tahun Saja Lagi...
Bakal Menyaksikan Peralihan Kuasa Dunia...
Dari Britian (Poun Sterling) kepada Amerika Syarikat (US DOLLAR)...
Kemudian??

Admin Percaya Jika Israel Telah Menguasai Lagi 2 PERATUS Tanah Palestin.. 
EKONOMI US secara Terancang Akan Runtuh Tanpa Diduga...

11 Minit Kemudian...
Bakal Menyaksikan Matawang Digital & Kerajaan Digital Pasti Berpusat Ke TEL AVIV (Israel) Secara RASMINYA...

Wassalam.

Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Melayu Hilang Di Dunia...

Agenda Tersembunyi Kafir Untuk Menghancurkan Islam



William Ewart Gladstone (1809-1898

William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan"Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.


Theodore Hertzel,

Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - Ucapan beliau di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.


Arnold Toynbee

Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”

Samuel Zweimer


Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya di hadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “Sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”



Fidel Castro,

Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab di sekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”


Callaghan

Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain di mana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.

Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “Di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.

Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “Persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ Boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.


Jewish Cronical,

Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “Pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Lawrence Brown berkata, “Pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”

Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini menyatakan, “Sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason, “Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”

Pemimpin Tertinggi Imprealis, “Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”


Karl Marx,

Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”

Miyen, seorang pemimpin di Burma membuat kenyataan, “Jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”






Lord Cromer
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "


Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”




Ucapan musuh Islam (Komunis): “ sesungguhnya agama adalah candu ( khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada kemunduran dan kelemahannya.”


Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.”





Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “ sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “ telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”



W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”



Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.



Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.


Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”


Ibn Glorion: “ sesungguhnya perkara yang paling ditakuti yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru dipersada Arab.”


Kimon – orientalis Perancis menulis dalam bukunya Pathologi Islam: “ saya berpendapat bahawa rukun Islam yang lima mestilah dimusnahkan serta menghapuskan yang lainnya dengan kerja-kerja berat, menghancurkan Ka’abah serta meletakkan Muhammad dan jasadnya di Muzium Lyrther.”

Philip Fondasy – menulis dalam bukunya Penjajahan Perancis di Afrika Hitam: “ amat penting bagi Perancis untuk menentang Islam di alam ini serta mewujudkan politik permusuhan terhadapnya, juga berusaha sekurang-kurangnya untuk menghentikan perkembangannya.”







10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam

Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
Menghapuskan Al-Qur'an.
Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
Lemahkan bangsa Arab.
Dirikan negara diktator di dunia Islam.
Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Renungkanlah.

Jutawan Amerika Peluk Islam Setelah Sebulan di Arab Saudi

Jutawan Amerika Peluk Islam Setelah Sebulan di Arab Saudi - Berita Terkini Dalam Dan Luar Negara:


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. (al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi. Dia ke Arab Saudi kerana mendapat kontrak dengan Bulan Sabit Merah Arab saudi untuk melatih mahasiswa tentang kecemasan di udara.

“Saya pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk tujuan transaksi komersial. Saya begitu senang membuat kesepakatan terbaik dalam hidup saya dengan Allah SWT dengan masuk Islam,” kata Abdulaziz

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

sumber
'via Blog this'

AS akan terus serang al-Qaeda di Pakistan

AS akan terus serang al-Qaeda di Pakistan: "NEW DELHI 7 Jun - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta berkata, negara itu akan meneruskan rancangannya menyerang al-Qaeda di Pakistan, selepas pembunuhan pemimpin nombor dua kumpulan militan itu, Abu Yahya al-Libi.

Katanya, AS amat jelas dalam perkara itu dan akan terus mempertahankan dirinya.

“Kedaulatan Amerika juga diancam oleh kumpulan yang turut berada di Pakistan dalam merancang serangan pada 11 September," katanya semasa lawatan ke India semalam. - AFP"

'via Blog this'

Hosni Mubarak alami kemurungan

Hosni Mubarak alami kemurungan: "KAHERAH 6 Jun - Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak mengalami 'kemurungan' di penjara semalam, beberapa hari selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan terlibat dengan pembunuhan penunjuk perasaan di negara ini tahun lalu.

Tahap kesihatan Mubarak, 84, semakin merosot sejak dia dipenjara, menurut seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri tanpa menjelaskan punca kemurungan itu.

"Doktor dari hospital polis telah dipanggil untuk merawatnya bersama beberapa doktor penjara lain selepas dia mengalami kemurungan," kata seorang pegawai keselamatan. - AFP"

'via Blog this'

Parti-parti politik Mesir terus bertelagah

Parti-parti politik Mesir terus bertelagah:

KAHERAH 6 Jun - Majlis pemerintah tentera Mesir memberikan tempoh 48 jam kepada parti-parti politik supaya membentuk panel untuk menggubal draf Perlembagaan baru terdiri daripada 100 anggota atau majlis itu sendiri akan merangkanya.
Kata dua itu diberikan selepas wakil 18 parti politik dan Ahli Parlimen bebas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir, Mohamed Hussein Tantawi, semalam.
Beberapa parti memulaukan pertemuan itu termasuk Ikhwan Muslimin yang merupakan kumpulan politik paling berpengaruh di negara ini.
Proses pembentukan panel berkenaan menjadi buntu apabila Parlimen yang didominasi pergerakan Islam cuba menempatkan anggota mereka sendiri dalam panel terbabit, menyebabkan anggota berhaluan sekular dan liberal menarik diri.
Pertelagahan itu menggambarkan perpecahan yang berlaku di Mesir, dua minggu sebelum pusingan kedua pilihan raya Presiden antara anggota Ikhwan Muslimin dan Perdana Menteri terakhir dibawah pentadbiran bekas Presiden, Hosni Mubarak berlangsung.
Ia juga mengutarakan peranan majlis pemerintah tentera dalam mentadbir Mesir pasca Mubarak dengan kritikan keras berhubung cara mereka mengendalikan tempoh peralihan itu.
Speaker Parlimen, Saad el-Katatni dari Ikhwan Muslimin, mengkritik tindakan majlis pemerintah tentera tersebut.
"Tiada siapa boleh menolak kuasa Parlimen dalam menggubal rang undang-undang dan meluluskan undang-undang,'' katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, penunjuk perasaan terus membanjiri Dataran Tahrir di sini, berikutan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak dan pegawai-pegawainya.
Sabtu lalu, mahkamah memutuskan Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, namun enam pegawai kanannya dibebaskan atas tuduhan pembunuhan penunjuk perasaan. - AGENSI

'via Blog this'

Pemimpin al-Qaeda didakwa terbunuh

Pemimpin al-Qaeda didakwa terbunuh:

WASHINGTON 6 Jun - Jurucakap White House, Jay Carney semalam mengesahkan timbalan pemimpin al-Qaeda, Abu Yahya al-Libi telah terbunuh, tetapi tidak menyatakan bagaimana atau bila ia berlaku.
Carney berkata, perisikan Amerika Syarikat (AS) memperolehi maklumat 'yang membuatkan mereka percaya' Libi telah meninggal dunia.
Menurutnya, timbalan pemimpin kumpulan pengganas itu adalah antara 15 orang yang maut dalam serangan drone di kawasan Khaisu, Mir Ali, sebuah pekan utama di Waziristan Utara, Pakistan, kelmarin.
Beberapa laporan media termasuk New York Times yang memetik seorang pegawai AS yang enggan dikenali turut menyatakan Libi maut dalam serangan AS itu.
Libi adalah 'pengurus besar' al-Qaeda yang bertanggungjawab memantau operasi di Pakistan dan rangkaian kumpulan itu di rantau tersebut.
Carney berkata, kematian Libi itu sebahagian daripada usaha menjatuhkan kumpulan al-Qaeda dalam tempoh beberapa tahun ini selepas seorang lagi pemimpin kumpulan militan tersebut, Atiyah Abd al-Rahman dibunuh pada tahun lalu.
Menurutnya, kematian timbalan pemimpin al-Qaeda itu juga memberi 'tekanan baru' kepada pemimpin kumpulan pengganas itu, Ayman al-Zawahiri, yang menggantikan Osama bin Laden.
"Ini adalah tamparan besar kepada al-Qaeda dan meruntuhkan moral serta semangat kumpulan itu selepas dua pemimpinnya maut dalam tempoh kurang setahun," katanya. - DPA

'via Blog this'

Israel bina 300 rumah berhampiran Ramallah

Israel bina 300 rumah berhampiran Ramallah: "BAITULMAQDIS 7 Jun - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berikrar untuk memperluaskan kawasan penempatan Beit El dengan membina 300 buah rumah, walaupun ahli Parlimen negara itu mengundi satu rang undang-undang untuk mencegah daripada memusnahkan bangunan di kawasan kejiranan tersebut.

Netanyahu menentang rang undang-undang itu, yang disifatkan akan melampaui keputusan Mahkamah Agung untuk merobohkan lima bangunan di kawasan kejiranan Ulpana, yang dibina di kawasan persendirian Palestin.

“Beit El yang berada berhampiran bandar Tebing Barat dekat Ramallah akan diperluaskan dengan 30 keluarga di situ terus kekal dan akan menerima kehadiran 300 keluarga baru,’’ katanya. - AFP"

'via Blog this'

Bashar pilih Riyad Hijab PM baru Syria

Bashar pilih Riyad Hijab PM baru Syria:

BEIRUT 7 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad menamakan penyokong setia Parti Baath untuk membentuk kerajaan baru semalam, sekali gus menandakan tiada pengunduran politik selepas kebangkitan rakyat sejak 15 bulan lalu dengan tentera kerajaan terus menyerang kubu kuat pemberontak.
Pelantikan Riyad Hijab yang juga Menteri Pertanian sebagai Perdana Menteri berikutan pilihan raya Parlimen bulan lalu didakwa kerajaan sebagai usaha pembaharuan politik namun ia ditolak pihak pembangkang.
“Kita menjangkakan Assad akan bermain satu permainan dengan melantik seorang yang bebas namun beliau memilih seorang penyokong setia Parti Baath. Kerajaan baru ini tidak akan mempunyai kuasa yang sebenar,’’ kata Najati Tayyara, yang berkempen untuk pembangkang. - REUTERS

'via Blog this'

Malaysia turut alami Transit Zuhrah terakhir abad ini

Malaysia turut alami Transit Zuhrah terakhir abad ini - Nasional - Sinar Harian:

Malaysia turut alami Transit Zuhrah terakhir abad ini
Fenomena Transit Zuhrah melintasi Matahari yang disaksikan di Quito, Ecuador. - Foto EPA
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan planet Zuhrah melintasi matahari - dikenali sebagai Transit Zuhrah yang terakhir abad ini, fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.

Menurut Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara, Lau Chen Chen, Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.

Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia, lapor media asing.

"Penduduk di sekitar Sabah bernasib baik kerana dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah ini kerana matahari terbit sebelum transit bermula," katanya pada sesi penerangan Transit Zuhrah di sini, pagi ini.

Jelas beliau, orang ramai dilarang melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selamat kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mata atau boleh mengakibatkan buta.

Bersempena dengan itu, Planetarium Negara  menyediakan sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang  ramai melihat keajaiban alam ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.

Dalam pada itu, seorang pengunjung, Yusman Daud, 45 berkata, dia datang untuk menyaksikan Transit Zuhrah kerana minat yang amat mendalam dalam bidang astronomi dan bagi menanam minat anak-anaknya menghayati kebesaran Tuhan dengan menyaksikan fenomena hari ini, yang jarang-jarang berlaku.

Latifah Maisarah Yusman, 16, seorang pelajar pula berkata, peluang menyaksikan Transit Zuhrah jarang dapat dilihat.

"Jadi saya tidak mahu ketinggalan melihat fenomena ini di samping menambah ilmu pengetahuan," katanya lagi.

'via Blog this'

Nazarrudin tekad kejar, bergelut tangkap peragut

Berita Harian Online | Nazarrudin tekad kejar, bergelut tangkap peragut:
pix_gal0

SEREMBAN: Keberanian seorang pemuda yang nekad mengejar dan bergelut dengan dua peragut bermotosikal berjaya menangkap seorang daripada mereka dalam kejadian di sini semalam. 

Kejadian jam 12.20 tengah hari itu berlaku selepas dua penjenayah itu meragut rantai seorang wanita di depan kompleks beli-belah Seremban Parade.
Ketika kejadian, Mohd Salehuddin Nazaruddin, (gambar) 21, yang sedang membantu bapanya saudaranya menyelenggara kabel telekom di tepi jalan mendengar bunyi deruman kuat enjin motosikal sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan.
“Saya kemudian nampak dua lelaki menunggang sebuah motosikal cuba melarikan diri. Saya yang memang geram dan marah dengan peragut kerana membahayakan nyawa orang ramai, terus mengejar motosikal itu dan menarik baju pemboncengnya,” katanya. 

Pembonceng motosikal itu kemudian terjatuh lantas Mohd Salehuddin memegang kedua-dua lelaki terbabit hingga berlaku pergelutan. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya memecut motosikal meninggalkan rakannya. 

Beliau berkata, lelaki yang ditinggalkan itu kemudian cuba melarikan diri ke arah seorang penunggang motosikal lain yang menunggu kira-kira 50 meter dari situ. 

“Ketika dia melarikan diri, saya segera menendang kakinya menyebabkan dia terjatuh lalu menangkapnya,” katanya yang kesal kerana orang ramai hanya melihat saja kejadian itu. 
Penunggang motosikal yang menunggu itu kemudian memecut motosikal melarikan diri. Bagaimanapun, Mohd Salehuddin berpuas hati kerana dapat membantu memberkas penjenayah terbabit walaupun mengalami lebam pada tangan. 

“Saya bersyukur kerana wanita berusia 40-an yang diragut itu mendapat semula rantainya yang terjatuh ketika pergelutan,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
'via Blog this'

Sekatan tak jejas Iran

myMetro | Sekatan tak jejas Iran:

BEIJING: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, sekatan selanjutnya ke atas Iran tidak akan mendatangkan hasil.
“Sekatan tambahan terhadap Iran sama sekali tidak akan mendatangkan hasil. Sekatan sudahpun dilaksanakan bukan saja oleh Majlis Keselamatan tetapi juga oleh beberapa negara,” kata Lavrov kepada wartawan di ibu negara China ini.

Beliau berada di Beijing kerana mengiringi Presiden Vladimir Putin yang melakukan lawatan rasmi ke negara itu.
Putin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Hu Jintao. Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Mesyuarat itu diadakan ketika Russia bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah rundingan terbaru antara kuasa dunia dengan Iran dalam usaha untuk mencari penyelesaian diplomatik berhubung program nuklear Iran pada 18 dan 19 Jun ini.

Perbincangan di Moscow menyusuli rundingan di Baghdad bulan lalu yang dihadiri oleh enam negara kuasa dunia - Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China, Russia dan Jerman dengan perunding Teheran mengenai aktiviti pengayaan uranium Iran.
Barat yakin Iran berusaha menghasilkan bom atom menerusi program nuklear yang didakwa negara itu bertujuan untuk keamanan.

Russia dan China sebelum ini menolak sekatan Barat terhadap industri minyak Iran. China ialah antara pembeli terbesar minyak Iran.
Rundingan dengan Mahmoud adalah yang pertama oleh Putin sejak beliau menjadi Presiden semula baru-baru ini, setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri. - AFP

'via Blog this'

Lelaki langgar peraturan kasta mati dibelasah

myMetro | Lelaki langgar peraturan kasta mati dibelasah: "PATNA (India): Polis di utara negara ini semalam berkata, mereka memburu samseng kampung yang dituduh membelasah hingga mati jiran daripada kasta rendah yang melanggar peraturan kasta gara-gara menggunakan pam tangan.

Mohan Paswan yang berusia akhir 40-an dibelasah di desa Parhuti di Bihar Khamis minggu lalu apabila dia enggan mematuhi arahan samseng di situ supaya tidak menggunakan pam itu ketika cuaca panas.


“Paswan diserang dan dibelasah dengan kejam oleh semsang kampung itu, Pramod Singh dan konconya kerana mengambil air,” kata pegawai polis tempatan, Saroj Kumar kepada media. “Polis masih memburu dan akan menahan suspek yang melarikan diri,” katanya. Diskriminasi berdasarkan kasta tidak dibenarkan di India, tetapi penderaan masih berleluasa khususnya di kawasan pedalaman. - AFP"

'via Blog this'

50 rumah hangus

myMetro | 50 rumah hangus:

PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran.
PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran.
KUALA LUMPUR: Lebih 50 rumah di Kampung Segambut Bahagia, di sini, dan kawasan setinggan berhampiran musnah dalam kebakaran tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, 20 rumah membabitkan penduduk kampung dan 30 rumah lagi dari kawasan setinggan berhampiran hangus.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, M Letchumanan berkata, pihaknya menerima maklumat panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari dan menghantar sembilan jentera dengan 90 anggota serta pegawai ke tempat kejadian. “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air berikutan kawasan itu tidak mempunyai pili bomba.
“Sumber air dari parit kecil berhampiran pula menyukarkan keadaan kerana air cetek hingga menyebabkan pam jentera sukar menyedut air,” katanya.

Menurutnya, api dipercayai bermula dari bahagian tengah kawasan setinggan terbabit sebelum merebak ke kampung berhampiran.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya jam 1.15 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, mangsa, S Mariayiee, 45, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat kerja dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan kebakaran itu oleh anak sulungnya.
“Walaupun rumah saya hangus, tetapi saya bersyukur kerana semua empat anak selamat,” katanya.

Mangsa lain, Husmiati Ali, 38, berkata, dia dan keluarga sudah 19 tahun menetap di kawasan setinggan terbabit dan tidak menyangka dia kini tinggal sehelai sepinggang.

“Semua hasil pekerjaan saya termasuk barang kemas bernilai lebih RM5,000 musnah dalam kebakaran itu berikutan tiada sesiapa berada di rumah ketika kejadian,” katanya Berikutan itu, semua mangsa dipindahkan sementara ke Dewan Sri Delima di Jalan Kepong, di sini.

'via Blog this'

2 terbunuh dalam serangan Zionis

myMetro | 2 terbunuh dalam serangan Zionis: "GAZA: Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin terbunuh selepas pesawat Israel melancarkan serangan terhadap dua sasaran di wilayah ini.

Sumber perubatan Palestin berkata, serangan Zionis itu turut menyebabkan dua penduduk cedera, seorang daripadanya parah.


Serangan itu mensasarkan kemudahan latihan keselamatan Palestin di utara Gaza dan satu lagi di ladang ternakan ayam di Rafah, selatan wilayah itu.

Tentera Israel mendakwa kedua-dua sasaran itu tempat simpanan senjata dan berkata, satu roket yang dilepaskan oleh kumpulan militan di Gaza jatuh ke wilayah selatan Israel beberapa jam sebelum itu.


Tentera Zionis mendakwa pejuang Palestin melepaskan lebih 270 roket dengan mensasarkan selatan Israel sejak awal tahun ini.


Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza meneruskan gencatan senjata rapuh dengan Israel tetapi kumpulan Palestin lain di wilayah berkenaan sering melancarkan serangan roket merentas sempadan. - AFP"

'via Blog this'

Lelaki penggal, cincang isteri

myMetro | Lelaki penggal, cincang isteri:

BERLIN: Seorang lelaki mengaku memenggal isterinya sebelum mencampakkan kepala mangsa dari bumbung apartmen mereka ketika keenam-enam anaknya berada di rumah.
Orhan Sircasi ditahan kerana membunuh isterinya, dan memotong mayat mangsa dengan pisau. 
Lelaki berusia 32 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap dengan menyerang anggota polis dengan pisau berkenaan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap di balkoni kompleks apartmennya tetapi hanya selepas dia mencampakkan kepala isterinya dari bumbung apartmen itu.

Polis diberitahu mengenai kejadian berkenaan sejurus selepas jam 1 pagi setelah saksi membuat laporan mengenai pertengkaran sepasang suami isteri dari balkoni masing-masing dan melihat bagaimana Orhan menikam dada mangsa sebelum memenggalnya.

Ekoran penangkapannya, Orhan dikatakan memberitahu pegawai, dia tidak kesal dengan perbuatannya.

Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Polis mengesahkan, enam anak pasangan itu, empat lelaki dan dua perempuan yang berusia antara satu hingga 13 tahun, berada di rumah tetapi tidak menyaksikan pembunuhan itu.

Bagaimanapun seorang jiran berkata sebaliknya.

“Mereka dalam ketakutan. Si bapa membiarkan mereka melihat ketika dia memotong mayat ibu mereka,” kata jiran itu.

Kanak-kanak itu kini diberi rawatan psikologi dan akan diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa.

Jiran membuat laporan kepada polis pada awal pagi selepas terdengar jeritan dari kediaman pasangan itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak diketahui.

Seorang jiran memberitahu akhbar Bild: “Saya terdengar jeritan dari rumah atas dan kakak saya berkata, ada sesuatu yang terjadi. Kami mendekati tingkap dan mendengar bagaimana lelaki itu menjerit dan memukul isterinya.

“Akhirnya, saya melihat dia memegang kepala wanita itu. Saya mendengar dia campakkan kepala itu ke bawah.”

Seorang jiran lain berkata: “Saya melihat kepala itu dan saya fikir tidak ada apa-apa. Ia mungkin patung atau sesuatu yang lain.

“Tetapi apabila polis menyuluhnya saya berkata: ‘Oh Tuhan. Itu jiran kami.”
Menurut laporan media, Orhan sering bertindak ganas terhadap isterinya, memukul dan menendangnya jika dia berang, lebih-lebih lagi selepas minum arak.

Orhan dipercayai mempunyai rekod polis kerana beberapa kesalahan, termasuk kerana cuai, kesalahan trafik dan dadah. - DM

'via Blog this'

Keadaan Libya masih kucar-kacir

Berita Harian Online | Keadaan Libya masih kucar-kacir:
KAPAL terbang Qatar Airways berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Tripoli, kelmarin.

KAPAL terbang Qatar Airways berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Tripoli, kelmarin.
Kes lapangan terbang Tripoli ditawan militan bimbangkan pelabur 

TRIPOLI: Kejadian lapangan terbang antarabangsa terbesar Libya ditawan oleh pasukan militan bersenjata selama beberapa jam Isnin lalu menyebabkan pembuat dasar di Eropah dan Amerika Syarikat bingung. Mereka sendiri tidak pasti keadaan dalaman Libya sejak membantu menjatuhkan Muammar Gaddafi.
Lebih memalukan, lapangan terbang itu diceroboh dengan cara paling mudah apabila penyerang cuma memotong wayar pagar pada waktu siang hari sebelum memandu kenderaan mereka ke arah landasan ketika ketua keselamatan lapangan terbang cuma berdiri dan memerhati.
Libya, lokasi simpanan minyak terbesar Afrika, sudah bebas daripada cengkaman Gaddafi tetapi ia masih kucar-kacir hampir setahun selepas berakhirnya kebangkitan rakyat. 

Sampah-sarap bertimbun tidak dikutip di jalan-raya di pinggir bandar, pemandu meletakkan kenderaan sesuka hati di tengah lebuh raya dan ketika kejadian seperti pencerobohan di lapangan terbang itu cukup menekan. Militan teryata lebih berkuasa daripada polis dan tentera. 

“Bagaimana mereka boleh menutup lapangan terbang begitu saja?,” soal Adel Salama, aktivis sivil di Zintan, bandar yang menjadi lokasi pejuang mengawal lapangan terbang sebelum menyerahkannya kepada kerajaan pusat April lalu. 

Kelmarin, pasukan militia yang menyerang lapangan terbang sudah tiada dan kakitangan kembali ke jawatan masing-masing. Pesawat penerbangan Austria, Austrian Airlines berlepas ke Vienna, pelepasan pertama sejak serangan itu. 
Sementara itu, pelabur asing yang memang tahu Libya adalah tempat berisiko, kini semakin curiga. Kejadian di lapangan terbang berlaku pada hari sama Timbalan Perdana Menteri Libya, Mustafa Abushagur, berada di Amerika Syarikat cuba memujuk syarikat di negara itu datang dan melabur di Libya. 

“Memang membimbangkan bagi seseorang yang mahu datang dan membuat perniagaan di sini. Saya gembira pelabur saya tiada di sini ketika ia berlaku,” kata seorang ahli perniagaan asing yang melawat Tripoli. 

Serangan ke atas lapangan terbang dilakukan anggota briged al-Awfea, militia sukarela dari bandar Tarhouna kira-kira 80 kilometer ke tenggara Tripoli. – Reuters
'via Blog this'

Mubarak trauma, sukar bernafas

Berita Harian Online | Mubarak trauma, sukar bernafas:
KAHERAH: Kesihatan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak berada dalam keadaan kritikal semalam sehingga terpaksa menerima bantuan oksigen sebanyak lima kali, berikutan masalah sukar bernafas kata pegawai keselamatan di penjara beliau ditempatkan. 

Pegawai Penjara Torah di selatan Kaherah berkata, Mubarak, 84, mengalami trauma akibat terkejut, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.
Masalah itu berlaku beberapa hari selepas beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup berikutan kegagalannya menghentikan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat untuk menggulingkan diktator itu tahun lalu.
“Pakar perubatan sudah dibawa untuk memeriksa beliau dan kami sedang menimbang untuk memindahkan Mubarak ke sebuah hospital tentera,” kata beliau yang enggan mendedahkan namanya. 

Beliau berkata, pihak berkuasa membenarkan anak Mubarak, Gamal, berada di sisi bapanya. Seorang lagi anak Mubarak, Alaa sudah mengemukakan permohonan untuk bersama Mubarak, tetapi tidak mendapat kebenaran. 

Sabtu lalu, Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, tetapi Gamal dan Alaa, dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Kedua-dua mereka bagaimanapun masih berdepan satu lagi dakwaan berasingan membabitkan salah laku perniagaan. 

Walaupun rejim Mubarak tidak disenangi kebanyakan rakyat Mesir, keadaan tidak banyak berubah selepas beliau digulingkan tahun lalu dengan masalah ekonomi kucar-kacir dan tunjuk perasaan yang tidak berkesudahan. – AFP
'via Blog this'

Suami baharu Nurul warga Perancis

Kosmo! Online - Negara:



NURUL dan suami baharunya, Eric Daniel Deep memotong kek selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi dan komposer tidak asing lagi, Ajai selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan Perancis di sini semalam.
Nurul Huda Abdul Wahab, 35, atau lebih dikenali sebagai Nurul selamat diijabkabulkan dengan usahawan produk kesihatan Herbalife, Eric Daniel Depp, 47, dengan hanya sekali lafaz di Duchess Place, Jalan Ampang.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pukul 12.20 tengah hari berwalikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Menurut Nurul, dia kini sudah bersedia menggalas tugas sebagai seorang isteri setelah lebih lima tahun menjadi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Ayu Nazirah, 14.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan majlis pun sudah selesai. Apa yang dirancang menjadi kenyataan dan yang paling penting, kami kini sah menjadi suami isteri,” kata Nurul yang ditemui selepas majlis.
Nurul berkata, dia berkenalan dengan lelaki Perancis itu menerusi rakannya, pelakon Zahida Rafik.

Lelaki tunggang basikal setinggi rumah

Kosmo! Online - Dunia:



FELIX GUIROLA melambai tangan semasa menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu.


HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini.
Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.
Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.
"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.
"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.
Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.
Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.
Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. - Agensi

'via Blog this'

Ternak lebah madu atas bumbung hotel

Kosmo! Online - Dunia:



CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini.
Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.
"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote.
"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.
Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.
Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi

'via Blog this'

Lebih ramai calon perempuan duduki peperiksaan di Tunisia

Kosmo! Online - Dunia:



PELAJAR Tunisia menduduki peperiksaan lulusan sekolah tinggi di Tunis kelmarin.


TUNIS - Sekitar 129 000, 181 pelajar menduduki peperiksaan sekolah tinggi atau baccalaureat di Tunisia kelmarin.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut akan mendapat tempat di universiti awam di negara berkenaan.
Pada tahun ini, bilangan calon perempuan yang menduduki peperiksaan penting tersebut adalah 57.06 peratus berbanding 42 peratus pelajar lelaki.
Peperiksaan kali ini turut menyaksikan permohonan oleh seorang calon warga emas berusia 64 tahun dan lima pelajar yang sedang menjalani hukuman penjara.
Peperiksaan akhir itu akan tamat pada 13 Jun ini manakala keputusan akan diumumkan 10 hari kemudian. - Agensi

'via Blog this'