Pages

Thursday, June 7, 2012

Lelaki penggal, cincang isteri

myMetro | Lelaki penggal, cincang isteri:

BERLIN: Seorang lelaki mengaku memenggal isterinya sebelum mencampakkan kepala mangsa dari bumbung apartmen mereka ketika keenam-enam anaknya berada di rumah.
Orhan Sircasi ditahan kerana membunuh isterinya, dan memotong mayat mangsa dengan pisau. 
Lelaki berusia 32 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap dengan menyerang anggota polis dengan pisau berkenaan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap di balkoni kompleks apartmennya tetapi hanya selepas dia mencampakkan kepala isterinya dari bumbung apartmen itu.

Polis diberitahu mengenai kejadian berkenaan sejurus selepas jam 1 pagi setelah saksi membuat laporan mengenai pertengkaran sepasang suami isteri dari balkoni masing-masing dan melihat bagaimana Orhan menikam dada mangsa sebelum memenggalnya.

Ekoran penangkapannya, Orhan dikatakan memberitahu pegawai, dia tidak kesal dengan perbuatannya.

Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Polis mengesahkan, enam anak pasangan itu, empat lelaki dan dua perempuan yang berusia antara satu hingga 13 tahun, berada di rumah tetapi tidak menyaksikan pembunuhan itu.

Bagaimanapun seorang jiran berkata sebaliknya.

“Mereka dalam ketakutan. Si bapa membiarkan mereka melihat ketika dia memotong mayat ibu mereka,” kata jiran itu.

Kanak-kanak itu kini diberi rawatan psikologi dan akan diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa.

Jiran membuat laporan kepada polis pada awal pagi selepas terdengar jeritan dari kediaman pasangan itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak diketahui.

Seorang jiran memberitahu akhbar Bild: “Saya terdengar jeritan dari rumah atas dan kakak saya berkata, ada sesuatu yang terjadi. Kami mendekati tingkap dan mendengar bagaimana lelaki itu menjerit dan memukul isterinya.

“Akhirnya, saya melihat dia memegang kepala wanita itu. Saya mendengar dia campakkan kepala itu ke bawah.”

Seorang jiran lain berkata: “Saya melihat kepala itu dan saya fikir tidak ada apa-apa. Ia mungkin patung atau sesuatu yang lain.

“Tetapi apabila polis menyuluhnya saya berkata: ‘Oh Tuhan. Itu jiran kami.”
Menurut laporan media, Orhan sering bertindak ganas terhadap isterinya, memukul dan menendangnya jika dia berang, lebih-lebih lagi selepas minum arak.

Orhan dipercayai mempunyai rekod polis kerana beberapa kesalahan, termasuk kerana cuai, kesalahan trafik dan dadah. - DM

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment