Pages

Thursday, June 7, 2012

50 rumah hangus

myMetro | 50 rumah hangus:

PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran.
PADAM...anggota bomba memadamkan kebakaran.
KUALA LUMPUR: Lebih 50 rumah di Kampung Segambut Bahagia, di sini, dan kawasan setinggan berhampiran musnah dalam kebakaran tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, 20 rumah membabitkan penduduk kampung dan 30 rumah lagi dari kawasan setinggan berhampiran hangus.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, M Letchumanan berkata, pihaknya menerima maklumat panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari dan menghantar sembilan jentera dengan 90 anggota serta pegawai ke tempat kejadian. “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air berikutan kawasan itu tidak mempunyai pili bomba.
“Sumber air dari parit kecil berhampiran pula menyukarkan keadaan kerana air cetek hingga menyebabkan pam jentera sukar menyedut air,” katanya.

Menurutnya, api dipercayai bermula dari bahagian tengah kawasan setinggan terbabit sebelum merebak ke kampung berhampiran.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya jam 1.15 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, mangsa, S Mariayiee, 45, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat kerja dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan kebakaran itu oleh anak sulungnya.
“Walaupun rumah saya hangus, tetapi saya bersyukur kerana semua empat anak selamat,” katanya.

Mangsa lain, Husmiati Ali, 38, berkata, dia dan keluarga sudah 19 tahun menetap di kawasan setinggan terbabit dan tidak menyangka dia kini tinggal sehelai sepinggang.

“Semua hasil pekerjaan saya termasuk barang kemas bernilai lebih RM5,000 musnah dalam kebakaran itu berikutan tiada sesiapa berada di rumah ketika kejadian,” katanya Berikutan itu, semua mangsa dipindahkan sementara ke Dewan Sri Delima di Jalan Kepong, di sini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment