Pages

Thursday, June 7, 2012

Keadaan Libya masih kucar-kacir

Berita Harian Online | Keadaan Libya masih kucar-kacir:
KAPAL terbang Qatar Airways berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Tripoli, kelmarin.

KAPAL terbang Qatar Airways berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Tripoli, kelmarin.
Kes lapangan terbang Tripoli ditawan militan bimbangkan pelabur 

TRIPOLI: Kejadian lapangan terbang antarabangsa terbesar Libya ditawan oleh pasukan militan bersenjata selama beberapa jam Isnin lalu menyebabkan pembuat dasar di Eropah dan Amerika Syarikat bingung. Mereka sendiri tidak pasti keadaan dalaman Libya sejak membantu menjatuhkan Muammar Gaddafi.
Lebih memalukan, lapangan terbang itu diceroboh dengan cara paling mudah apabila penyerang cuma memotong wayar pagar pada waktu siang hari sebelum memandu kenderaan mereka ke arah landasan ketika ketua keselamatan lapangan terbang cuma berdiri dan memerhati.
Libya, lokasi simpanan minyak terbesar Afrika, sudah bebas daripada cengkaman Gaddafi tetapi ia masih kucar-kacir hampir setahun selepas berakhirnya kebangkitan rakyat. 

Sampah-sarap bertimbun tidak dikutip di jalan-raya di pinggir bandar, pemandu meletakkan kenderaan sesuka hati di tengah lebuh raya dan ketika kejadian seperti pencerobohan di lapangan terbang itu cukup menekan. Militan teryata lebih berkuasa daripada polis dan tentera. 

“Bagaimana mereka boleh menutup lapangan terbang begitu saja?,” soal Adel Salama, aktivis sivil di Zintan, bandar yang menjadi lokasi pejuang mengawal lapangan terbang sebelum menyerahkannya kepada kerajaan pusat April lalu. 

Kelmarin, pasukan militia yang menyerang lapangan terbang sudah tiada dan kakitangan kembali ke jawatan masing-masing. Pesawat penerbangan Austria, Austrian Airlines berlepas ke Vienna, pelepasan pertama sejak serangan itu. 
Sementara itu, pelabur asing yang memang tahu Libya adalah tempat berisiko, kini semakin curiga. Kejadian di lapangan terbang berlaku pada hari sama Timbalan Perdana Menteri Libya, Mustafa Abushagur, berada di Amerika Syarikat cuba memujuk syarikat di negara itu datang dan melabur di Libya. 

“Memang membimbangkan bagi seseorang yang mahu datang dan membuat perniagaan di sini. Saya gembira pelabur saya tiada di sini ketika ia berlaku,” kata seorang ahli perniagaan asing yang melawat Tripoli. 

Serangan ke atas lapangan terbang dilakukan anggota briged al-Awfea, militia sukarela dari bandar Tarhouna kira-kira 80 kilometer ke tenggara Tripoli. – Reuters
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment