Pages

Thursday, September 6, 2012

Mursi lantik anggota Ikhwanul Muslimin sebagai gabenor




         
KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Mursi Isa al-Ayyat melantik beberapa anggota Ikhwanul Muslimin sebagai gabenor wilayah dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan pengikut Hosni Mubarak dari agensi kerajaan serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin.

Pejabat Presiden mengumumkan, 10 gabenor baru dilantik dan semua mereka dipilih berdasarkan kemampuan berbanding hubungan dengan parti. Jurucakapnya berkata, tokoh terbabit dilantik berdasarkan kepada keberkesanan mereka menjalankan tugas, selain kemampuan berhubung dengan rakyat.


“Mereka juga mempunyai reputasi baik,” katanya. Sekurang-kurangnya tiga nama baru diketahui anggota Ikhwanul Muslimin dan mereka mengambil jawatan di Minya, Kafr el-Sheikh dan Manufiya. Sebuah akhbar melaporkan, tiga lagi gabenor juga mempunyai hubungan dengan kumpulan Islam itu.

Tiga jeneral tentera pula dilantik sebagai gabenor di Suez, Laut Merah dan Sinai Utara yang terletak berhampiran sempadan sensitif.


Mesir memiliki 27 gabenor dan ketika ra Hosni, hampir semuanya dipegang pegawai kanan tentera.


Dalam beberapa kes, ia dilihat sebagai jawatan untuk “gaji buta” atau sekadar menghargai pegawai terbabit. - Reuters

No comments:

Post a Comment