Pages

Thursday, September 6, 2012

Negara luar sebar kesengsaraan di Syria




         
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Pemimpin PBB, Ban Ki-moon, semalam mendakwa negara pembekal senjata kepada Syria sebagai pihak yang menyebarkan “kesengsaraan” dan menggesa komuniti antarabangsa menamatkan perang di situ.

Bercakap di Persidangan Agung PBB, Ban berkata, sesiapa yang membekalkan senjata kepada mana-mana pihak di Syria hanya menyumbang kesengsaraan lebih banyak.


“Ia juga mungkin menyebabkan kesan tidak diingini seperti meningkatkan pertempuran,” katanya.

Ban tidak menamakan sebarang negara tetapi Russia adalah pembekal utama senjata untuk rejim Bashar al-Assad, manakala PBB mendakwa Iran menghantar senjata kepada tentera kerajaan.


Damsyik pula menuduh Arab Saudi, Qatar dan Turki membekalkan senjata kepada pembangkang. Menurut Ban, perlu ada sokongan lebih gigih menyokong usaha wakil Liga Arab dan PBB, Lakhdar Brahimi, menamatkan konflik selama 18 bulan itu.


Sementara itu, Lakhdar berkata, dia akan ke Damsyik “beberapa hari lagi.” Katanya, keadaan di Syria semain meruncuing, jumlah kematian meningkat, kemusnahan mencapai tahap malapetaka dan kesengsaraan rakyat begitu meluas.

“Masa depan Syria akan dibina rakyat negara itu sendiri dan bukan pihak lain,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment