Pages

Tuesday, August 7, 2012

PM Syria berpaling tadah

Damsyik: Perdana Menteri Syria, Riad Hijab semalam berpaling tadah kepada pembangkang yang mahu menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, kata sebuah kumpulan pemerhati ketika media tempatan mengumumkan pemecatan mendadak pemimpin itu hanya dua bulan selepas pelantikannya. 

Televisyen tempatan berkata, Hijab dipecat, namun satu sumber rasmi di Amman melaporkan pemecatan berkenaan menyusul tindakannya berpaling tadah ke Jordan bersama ahli keluarganya. 
Jika disahkan, Hijab adalah tokoh paling kanan berpaling tadah sejak kebangkitan 17 bulan lalu dan tamparan baru terhadap al-Assad, yang sudah menyaksikan kurang 31 daripada jeneralnya menyeberangi sempadan ke Turki untuk menyertai pemberontakan dan sejumlah besar dutanya melangkaui kedudukan. 

Umum paling tadah 

“Saya mengumumkan hari ini bahawa saya berpaling tadah daripada rejim pembunuhan dan pengganas dan saya mengumumkan bahawa saya menyertai revolusi kebebasan dan maruah. 

“Saya mengumumkan bahawa bermula hari ini saya adalah seorang anggota tentera dalam revolusi yang dirahmati,” kata Hijab dalam satu kenyataan dibacakan atas namanya oleh jurucakap itu yang disiarkan dalam televisyen Al-Jazeera. 

Pengumuman pemecatan Hijab oleh televisyen tempatan Syria ketika tentera kerajaan bersiap sedia satu serangan darat untuk membersihkan pemberontak dari Aleppo, bandar terbesar negara itu. 
Hijab adalah penganut Sunnah mengetuai kerajaan Assad didominasi puak Alawite. Wilayah asalnya di Deir Ezzor di timur laut menjadi satu daripada medan pertempuran utama konflik yang menyaksikan angka kematian meningkat akibat operasi ketenteraan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. 

“Hijab kini berada di Jordan bersama keluarganya,” kata sumber rasmi Jordan yang enggan dikenali. 

Sumber berkata, Hijab berpaling tadah ke Jordan sebelum pengumuman pemecatannya. 

“Riad Hijab berpaling tadah daripada rejim,” kata pengarah kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman. 

Abdel Rahman berkata, ada laporan yang bercanggah berhubung di mana Hijab berada. 

“Sesetengah sumber berkata, beliau berada di Jordan manakala lain mengatakan dia ditahan sebelum melarikan diri,” kata Abdel Rahman. 

Televisyen tempatan melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Omar Ghalawanji dilantik pemangku perdana menteri. 

AFP/Reuter

No comments:

Post a Comment