Pages

Tuesday, August 7, 2012

16 askar mati ditembak

Penduduk Mesir menunggu di luar hospital di El Arish selepas serangan yang didakwa dilakukan militan, semalam. - Foto APPenduduk Mesir menunggu di luar hospital di El Arish selepas serangan yang didakwa dilakukan militan, semalam. - Foto AP
El-arish: Kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng, menembak mati 16 askar Mesir di sebuah pusat pemeriksaan di sempadannya dengan Gaza sebelum melarikan diri dan cuba merempuh masuk ke wilayah Israel, kata pegawai. 

Serangan ini adalah yang terburuk di Sinai dalam tempoh beberapa tahun dan membabitkan jumlah kematian paling besar askar Mesir setakat ini. 
Tak terkawal
 
Ia memberi isyarat mengenai keadaan yang semakin tidak terkawal dan peningkatan keganasan di wilayah Mesir, sebahagiannya dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda dengan askar negara itu sebagai sasaran utama. 

Pegawai berkata, dalam kejadian yang berlaku ketika askar berkenaan berbuka puasa itu, lima daripada penyerang terbabit bagaimanapun berjaya ditembak mati askar Israel. 

Bekas pegawai perisikan Mesir yang rapat dengan tentera, Sameh Seif el-Yazel memberitahu televisyen tempatan, serangan bermula di sebuah pusat pemeriksaan lain di Rafah apabila militan merampas kereta perisai sebelum menuju ke pusat pemeriksaan di sempadan dan melakukan serangan sekali lagi. 

Seberang ke Israel 
Beliau berkata militan memandu kenderaan sejauh 25 meter ke wilayah Israel sebelum diserang askar negara itu. Sebahagian mereka melarikan diri masuk ke Mesir semula. 

Stesen televisyen Mesir melaporkan, serangan di pusat pemeriksaan itu dilakukan puak militan terdiri daripada kelompok militan, gabungan antara warga Palestin yang memasuki Mesir dari Gaza dan rakyat Mesir di Sinai. 

Pegawai perkhidmatan kecemasan Ahmed el-Ansari memberitahu agensi berita tempatan bahawa tujuh orang lagi cedera dalam kejadian itu. 

Presiden Mohammed Morsi mengadakan mesyuarat tergempar dengan tentera dan pemimpin keselamatan berikutan serangan itu. 

Morsi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, berikrar bertindak balas manakala mereka yang bertanggungjawab akan menerima balasan setimpal. 
Ketika ditemu ramah stesen televisyen Mesir selepas mesyuarat itu, Morsi berkata arahan sudah dikeluarkan untuk menangkap mereka yang terbabit. 
AP

No comments:

Post a Comment