Pages

Wednesday, June 6, 2012

China desak henti laporan mutu udara

Berita Harian Online | China desak henti laporan mutu udara:
SEORANG penunggang motosikal elektrik melintas jalan raya Beijing yang berjerebu.
SEORANG penunggang motosikal elektrik melintas
 jalan raya Beijing yang berjerebu.



BEIJING: Pihak berkuasa alam sekitar China memberitahu kedutaan luar asing semalam supaya berhenti menerbitkan laporan mereka berhubung kualiti udara di negara itu dengan merujuk kepada mesej Twitter Kedutaan Amerika Syarikat yang mengesan pencemaran di bandar negara itu yang berjerebu. 

Wu Xiaoqing, seorang timbalan menteri alam sekitar memberitahu media dalam satu taklimat di sini, hanya kerajaan China diberi kuasa memantau dan menerbitkan maklumat kualiti udara dan memberi amaran bahawa data daripada sumber lain mungkin tidak seragam atau tidak tepat.
Kedutaan Amerika memberi bacaan setiap jam kualiti udara bandar ini menerusi maklumat Twitter yang mengumpul lebih 19,000 pengikut sejak ia diwujudkan pada 2009. Ia menggunakan garis panduan ketat untuk kadar pencemaran yang ditetapkan kerajaan China.
Wu berkata, adalah tidak adil untuk menghakimi udara China mengikut standard Amerika kerana China adalah sebuah negara sedang membangun. 

Katanya, Amerika secara berperingkat memperketat garis panduan alam sekitarnya dari semasa ke semasa. 

“Piawai yang digunakan China mengambil kira paras peringkat pembangunan terkini. Menurut konvensyen antarabangsa, diplomat perlu menghormati dan akur kepada undang-undang di negara penerima mereka. Mereka juga tidak boleh campur tangan dalam isu domestik negara berkenaan. 

“Kami harap kedutaan dan konsulat akan menghormati undang-undang China dan berhenti menyiarkan data mutu udara,” kata Wu. 
Beijing kerap diliputi jerebu kuning. Bangunan sejauh beberapa blok tidak jelas kelihatan, namun rekod indeks kualiti udara rasmi ibu kota ini mencatat tahap pencemaran sebagai ‘ringan’ - bacaan yang pelik kerana ia tidak dirasai oleh kebanyakan penduduk. 

China mensyaratkan kepekatan partikel halus digelar PM2.5 di bawah purata harian 75 mikrogram setiap meter padu - dua kali ganda lebih ringan berbanding standard di Amerika. – AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment