Pages

Wednesday, June 6, 2012

Israel ada cara halang pelawat pro-Palestin

Berita Harian Online | Israel ada cara halang pelawat pro-Palestin:
BAITULMAQDIS: Israel menggunakan taktik baru untuk menyekat aktivis pro-Palestin masuk ke wilayahnya dengan memaksa mereka membuka emel ketika pemeriksaan di sempadan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. 

Salah seorang mangsa ialah Sandra Tamari ketika dia tiba di lapangan terbang antarabangsa apabila disuruh membuka emel Gmail supaya ‘mendaftar masuk.’
Ejen itu mengesyaki Tamari terbabit dalam aktiviti pro-Palestin dan mahu memeriksa akaun emel peribadi untuk mendapat bukti. Warga Amerika berketurunan Palestin itu enggan menyebabkannya diusir.
Pengalaman Tamari bukan sesuatu yang unik. Menyasarkan hanya individu Islam atau Arab, ia bertujuan mengusir pelawat yang mempunyai sejarah aktiviti pro-Palestin. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekurang-kurangnya tiga wanita Amerika diusir. Tidak dapat dipastikan sejauh mana meluasnya amalan ini. 

Ditanya mengenai kes Tamari, agensi keselamatan Shin Bet mengesahkan wanita itu disoal siasat dan berkata ejennya bertindak mengikut undang-undang. 

Israel sekian lama mempunyai sejarah menggunakan profil etnik, menggelarnya satu keperluan kerana pengalaman diserang pengganas. 
Pelawat Arab dan sesiapa saja dilihat sebagai risiko sering menjadi subjek soal siasat hebat termasuk dibogelkan. 

Diana Butto, bekas penasihat perundangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan fellow di jurusan Pentadbiran Harvard Kennedy, berkata dasar pemeriksaan emel, satu ketika dulu digunakan secara rawak, lebih meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Butto berkata beliau mengetuai tiga kumpulan pelancong ke rantau itu sejak beberapa tahun lalu dan dalam setiap kes, sekurang-kurangnya seorang anggota kumpulan diminta membuka emel. 

Katanya, individu Islam, Arab dan India biasanya menjadi sasaran dan dalam kebanyakan kes tidak dibenar masuk. – AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment